Reda secara berhemah
SETIAP kali harga minyak naik, ramai melenting, me nunjukkan pelbagai tindak balas dan tuduhan, malah di sesetengah negara, mereka mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas membantah kenaikan itu. Reaksi tidak bersetuju dengan kenaikan harga bahan api sudah menjadi satu kebiasaan. Mana ada yang suka me ngeluarkan wang lebih untuk membeli beberapa liter seperti dulu.
Justeru, pelbagai dakwaan ditimbulkan, seperti harga barang lain juga turut meningkat dan secara automatik kos sara hidup secara keseluruhannya turut membebankan. Golongan miskin terutamanya, malah masyarakat kelas pertengahan tertekan dengan perubahan itu, kerana nisbah kenaikan kos sara hidup tidak seimbang dengan pendapatan yang diperoleh, ditambah sikap sukar menerima perubahan.
Suka atau tidak, kenaikan harga bahan api dan barang keperluan menjadi fenomena global. Masyarakat pengguna kena menerima perubahan harga itu dan membayar harga seperti ditetapkan, walaupun dalam keterpaksaan.Tetapi bagi orang Islam, bagaimanakah sikap yang se patutnya diambil apabila berdepan situasi meruncing ini? Apakah terus menerus membantah kenaikan terbabit dan menyalahkan pihak lain, tanpa melihat kepada diri sendiri?
Pensyarah Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, berkata sebagai umat Islam, kita perlu reda dengan keadaan ini.Menurutnya, jika diperhatikan secara mendalam fenomena turun naik harga ini, ia datang daripada kuasa Allah.“Kita kena reda.
Ini ada disebut ulama silam, seperti Ibnu Khaldun. Ia disebabkan permintaan yang datang dari dalam diri seseorang. “Memang ada disebabkan spekulasi dan kita juga kena sedar kenaikan inflasi tidak dapat dielakkan kerana ekonomi dunia hari ini dicipta orang bukan Islam. Kita kena reda dengan cara berhemah,” katanya.
Beliau berkata, dalam konteks dunia hari ini, faktor yang menyebabkan lahir spekulator, penyorok barang secara tidak sihat dan kenaikan harga disebabkan sifat tamak dan tiada keagamaan yang baik pada diri seseorang.“Jika dia orang Islam, dia tidak mengamalkan nilai Islam dan jika dia orang Buddha, dia tidak mengikuti nilai murni dalam ajaran itu,” katanya.
Justeru, katanya, sikap orang Islam pertama sekali melihat pada diri sendiri terlebih dulu, sama ada diri tergolong dalam kategori orang yang tamak atau tidak.“Kadangkala kita marah orang yang bersikap tamak ini, tetapi pada masa sama kita terikut-ikut dengan perangai tamak orang ini.
Sepatutnya diri sendiri terlebih dulu di betulkan dan dibaiki secara berhemah,” katanya.Zaharuddin yang berpengalaman luas dalam perekonomian Islam berkata, selepas melakukan pembetulan pada diri, barulah seseorang itu melihat kepada aspek berjimat- cermat dan perbelanjaan secara bersederhana.“Cuma ada berasakan tidak dapat berjimat kerana sudah terbiasa dengan amalan membeli dalam jumlah banyak,” katanya.
Firman Allah bermaksud: “Mereka apabila membelanjakan hartanya dengan tiada berlebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara kedua-duanya.” (al-Furqan: 67)Sudah tentu cara hidup secara bersederhana adalah langkah bijak dalam keadaan sekarang, dengan mengambil kira setiap wang yang dibelanjakan, bukannya dihabiskan sesuka hati tanpa memikirkan kepentingannya.
Ketika ini percaturan yang bijak sangat penting bagi me mastikan kehidupan tidak terbeban dek kos yang semakin melambung. Pengetahuan dan pengurusan wang secara bijak amat penting, malah perlu mengenal pasti dan membezakan antara keperluan dan kemahuan.Tetapi, umumnya masyarakat pengguna negara ini mem belanjakan wang atas dasar kemahuan terhadap sesuatu barang, bukannya kerana keperluan dan dengan sebab itu banyak wang dihabiskan, malah selalu tidak cukup dengan pendapatan yang diperolehi.
“Sistem pesanan ringkas (SMS) yang tidak penting tidak perlu dilayan, jangan membazirkan wang sewenang-we nangnya,” kata Zaharuddin.Beliau menegaskan, dalam menghadapi situasi ini ilmu dan sistem nilai sangat penting, kerana tanpa ilmu orang Islam tidak akan ke mana.“Tanpanya kita tidak dapat membezakan mana satu perkara yang patut dibuang atau tidak.
Kita kena persiapkan diri dengan ilmu, supaya tidak mudah tertipu,” katanya.Menurut beliau, sebagai orang Islam perlu juga mengambil kira unsur berkat, supaya kehidupan sentiasa diredai Allah dan merasai nikmatnya, walaupun dunia ‘berperang’ dengan kenaikan harga.“Jangan lupa juga unsur berkat.
Jika tidak pada kita, Allah boleh datangkan bala kepada anak, mudah ditipu sebab tidak ada unsur berkat.“Allah boleh tarik nikmat dalam pelbagai bentuk dan keadaan kita tidak sedar. Disebabkan ada keberkatan, ada orang berasakan keperluan hidupnya sentiasa cukup dan tidak memberikan masalah walaupun kos hidup makin meningkat,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment