Thursday, June 04, 2009
Perangkap judi ....SMS
Salam,
PERJUDIAN ditegah dalam Islam kerana ia sentiasa menzalimi di satu pihak dan menguntungkan pihak lain tanpa melalui jalan dan cara sihat.
Allah SWT menegaskan: “Wahai orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (memberi korban pada) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan itu supaya kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah: 90)
Apabila Allah memulakan sesuatu ayat al-Quran dengan kalimah “Wahai orang yang beriman”, ia satu tanda bahawa mesej dan arahan yang menyusul selepas itu berat dan sukar, kecuali bagi orang yang betul-betul beriman.
Justeru, jika kita benar-benar beriman, tandanya kita akan sensitif kepada segala jenis perjudian yang wujud di sekeliling kita.
Perjudian seperti dadah yang mengkhayalkan dan ia kerap mendorong orang yang menyertainya ada keinginan lagi dan lagi sehingga dia lupa kerugian semakin bertambah. Apa dalam fikirannya kononnya untuk menebus kerugian sebelum ini.
Apa yang dibimbangi ialah perjudian kini semakin maju cara dan kaedahnya. Ia tidak lagi memerlukan kasino dan premis khusus. Kini ia boleh dilaksanakan dengan jayanya melalui SMS saja.
Ada yang bertanya saya berkenaan satu peraduan menjawab beberapa soalan dan berpeluang memenangi sebuah kereta.
Peraduan ini mengenakan kos RM5 bagi satu soalan yang dihantar oleh pihak pengendali dan mana-mana peserta yang menjawab dengan tepat yang tertinggi pada hari itu akan memenangi kereta.
Selepas saya teliti peraduan ini dengan jelas dan membuka webnya serta mendengar pengakuan mereka yang menyertainya secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan haram di sisi Islam kerana perjudian.
Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian tidak kurang daripada RM5 dan ada yang kerugian sehingga ribuan ringgit kerana cuba menjawab soalan dengan tepat bagi peroleh mata tertinggi. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.
Peserta mungkin berkata: “Alah, apalah sangat dengan RM5 atau RM50. Reda saja, kami tidak rasa dizalimi pun.”
Malah, setakat aduan yang saya terima, ada peserta mengaku kehabisan RM300 dan ada yang menjawab soalan sehingga bernilai RM1,500, namun gagal memenangi kereta idamannya.
Wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah SWT dan sebarang keredaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah tertolak. Reda dalam hal dosa seperti ini adalah reda maksiat.
Malah, lebih dahsyat daripada itu, keredaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah akan menjadikan ia sebagai satu dosa lebih besar.
Mungkin juga ada yang berkata: “Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang.”
Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana ditegaskan Allah SWT yang ertinya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Al-Baqarah: 219)
Saya teringat pernah menonton rancangan National Geographic yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau.
Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam temuramah dengan wartawan dokumentasi itu: “Daripada 10 kali main, biasanya hanya sekali menang dan sembilan kali kalah.”
Berikut pula info jelas daripada seseorang peserta peraduan ini yang saya petik dari ruangan komen di laman web berkenaan. Ia membuktikan ia judi yang menindas dan zalim.
“Pada 2 Jun (tarikh bermula peraduan) saya mula hantar SMS jam 8.30 malam. Sehingga jam 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat itu lebih kurang 200 SMS. Yang dicaj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan menggunung untuk memperolehi kereta itu, saya melabur RM300.”
Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin berSMS dan menjawab soalan. Maka, saya terperangkap dalam permainan ini.
Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang buruk.
Jauhilah daripadanya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segera sampaikan kepada adik beradik, rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.
Ini pula satu lagi pengakuan penting daripada pekerja di syarikat itu. Cuba baca pengakuan pekerja berkenaan: “Ada juga kenalan terjebak dengan peraduan ini dan ada juga customer (pelanggan) tanya saya, bila hendak dapat kereta, sedangkan diorang (mereka) ada yang melabur lebih RM3,000 (ada bukti) tapi masih belum menang... memang memeranjatkan saya apabila ada yang sanggup belanja beribu-ribu untuk peraduan ni.”
Bayangkan betapa ghairahnya orang pada zaman ini dalam bab duit dan harta segera sehingga mudah ditipu, diperdaya dan terjebak judi.
Mereka berlumba-lumba menjawab soalan daripada SMS ini kerana ingin mendapat mata tertinggi setiap hari bagi meraih sebuah kereta Camry hingga terkorban RM3,000 sehari!
Sedarlah umat Islam dan jauhi perjudian dan sedarlah bahawa telah ditipu
" Bukan mata yang buta (tak nampak @ sedar) , tetapi yang buta adalah mata didalam hati" ( cinta dunia & ikut hawa nafsu)"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment