Monday, June 01, 2009

FAHAMAN WAHHABI MENULAR -

Oleh NAZERI NONG SAMAH

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda. Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah. Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu melakukan ibadah dengan mudah dan cepat, selain menganggap amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai bidaah dan khurafat.

Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini.

``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi sudah diresapi pula fahaman lain. `

`Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak kerana ia bertentangan dengan Sunah Waljamaah yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara ini. Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab yang berketurunan Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18 Masihi iaitu sekitar 1204 Hijrah.

``Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad Abdul Wahab, tetapi ia menjadi amat berpengaruh dengan pendekatan ekstremnya itu.``Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di Turki,'' katanya. Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan Risalatul Al-Tauhid, fahaman puak Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran yang pada asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi fahaman ekstrem itu ditujukan pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman ekstrem Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan negara ini. ``Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil pendekatan bahawa Islam tiada hubungan dengan kelebihan yang ada pada sunah Rasulullah, hadis mahupun sesama manusia.

``Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat selain daripada fahamannya adalah bidaah semata-mata,'' ujarnya. Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof Hussain berkata, umat Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi kerana ia tidak mengikut kehendak ahli sunah wal jamaah.

``Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras khurafat di Arab tetapi pendekatannya yang keras itu juga menumbangkan kuasa pemerintah zaman tersebut. ``Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,'' katanya.Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pula berkata, pertentangan ahli sunah wal jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani dengan bijaksana demi kebaikan agama. `

`Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan menjadikan kita dilaga-lagakan seperti puak sunni dan syiah di Iran dan Iraq sehingga mengakibatkan perpecahan Islam,'' katanya.

LAGI
http://lelabu.com/blog/2007/02/28/saya-berlepas-diri-dari-wahabi/

Dalam amalan fikah tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain. Fahaman ini juga melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan sebagainya serta melarang mengadakan majlis zikir secara berjemaah.Larangan-larangan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan keharmonian umat Islam yang selama ini turun-temurun mengadakan sambutan-sambutan hari kebesaran Islam.

Apakah hujah membolehkan sambutan sedemikian mengikut Ahli Sunah? Bagi kalangan umat Islam di rantau ini yang berpegang kepada Ahli Sunah, apa yang lebih diberi perhatian ialah pengisian dalam majlis sambutan tersebut. Memanglah Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengadakan majlis sambutan hari lahir Baginda. Namun, pengisian majlis dengan bacaan al-Quran, selawat ke atas Nabi dan mengajak umat Islam memperingati sirah Nabi menyebabkan ulama mengkategorikan ia sebagai bidaah hasanah. Selain itu, sambutan seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama Muslim yang sama-sama meraikan majlis tersebut. Demikian juga dengan mengadakan tahlil arwah dan bacaan talkin. Dalam tahlil kita menyebut ayat-ayat Allah selain ada unsur mewujudkan rasa persaudaraan yang utuh. Bab talkin pula, jika ia tidak memberi manfaat kepada si mati ia tetap memberi pengingatan kepada sahabat handai yang mengiringi jenazah di tanah perkuburan.

Fahaman Wahabi12.06.04 (1:45 am)Petikan dari buku 40 Masalah Agama,karangan Al-Fadhil Abuya K.H. Siradjuddin 'Abbas,UlamaBesar Indonesia.

Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang Dibawa OlehMuhammad 'Abdul wahab.
1. Dalam mempelajari ilmu Ushuluddin (Tauhid) harusmenganut fahaman Ibnu Taimiyah.
2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab(Talfiq).
3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadith yang kuatsahaja tanpa 'Ijma Ulama dan Qias.
4. Melarang keras umat Islam mendo'a dengan Tawassul(Perantaraan).
5. Melarang berpergian menziarahi kubur, walaupunmaqam Nabi. (Adapun orang yang menunaikan Fardhu Hajiyang diizinkan ke Madinah pada Wahabi berkuasai ini,menurut Wahabi mereka datang ke Madinah menziarahiMasjid, bukan menziarahi maqam.)
6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan, kerana hal inisemuanya menjadikan orang musyrik. Gedung besar yangdibangunkan diatas tempat Nabi di Suq al Leil diruntuhi
7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabiseperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingatiMaulidin Nabi, Isra' Mikraj dan semua perayaan harikebesaran Islam yang lain.
9. Melarang mengaji "Sifat Dua-puluh", "KifayatulAwam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "HusunHamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum AHLUSSUNNAHWAL JAMA'AH dibuang jauh-jauh.
11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat","Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-mujiNabi s.a.w
12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanyadengan lagu Fuqara, Mesir dan lain-lain. Quran harusdibaca lurus saja, begitu juga Adzan tidak bolehberlagu.
13. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramaidilarang sama sekali.
14. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Sholat.
15. Amal-amal Tariqah, umpamanya Tariqah Naqsyabandi,Tariqah Qadiri, Tariqah Sazali. Tariqah Saman danlain-lain dilarang keras.
16. Wirid, berdo'a selepas Sholat berjema'ah dilarangkeras.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda