DI DALAM BERSAHABAT.. .
Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyaitanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita &sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut kerana lidah tidak bertulang ini memang sedap mengeluarkan kata - kata tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitah tahu walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgndibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akankembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut dan ada waktu hujan dan ada waktu kemarau.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau diamengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yangdikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikanhati-hati ini bersih kembali?
" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulahingat mati dan membaca Al Quran."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment