Saturday, June 06, 2009

Penawar bagi hati...

Penawar bagi hati.......

Kata ALLAH,"Di antara tanda orang beriman ialah dia boleh memaafkan orang yang yang menyakitinya."

Menurut Imam Ghazali r.a. bahwa orang yang memberi kemaafan kepada orang lain berada dalam posisi orang yang menang. Kerana orang yang memberi kemaafan tidaklah semudah yang memintanya.

Bayangkan tuan-tuan,kalau hari tu ada sorang mai 'sedeqah' tengah belakang kita...gedebab !!!,lepas tu dia gelak sampai ke telinga pulak; tiba-tiba hari ini dia mai dengan muka welfare,dia kata,"Sorryla,hari tu tak sengaja."...Masa tu,boleh kah kita kata,"Takpalah,saya pun tak ingat apa-apa."..Bolehkah tuan-tuan kata macam tu?...Aaa,susah tu tuan-tuan.

Tapi Nabi Yusuf a.s. boleh kata macam tu. Kerana masa Nabi Yusuf kecik-kecik dulu, adik beradik ambik dia lempar dalam telaga. Kemudian, setelah Nabi Yusuf dewasa dan menjadi seorang yang besar di Mesir, datang adik beradik yang buat aniaya dekat dia hari tu; mai minta bantuan. Mereka tidak mengenali Nabi Yusuf, tapi Nabi Yusuf masih dapat mengenali adik beradiknya itu. Keadaan sebegini telah ALLAH gambarkan di dalam Al-Quran dengan mengatakan bahwa sekiranya Nabi Yusuf hendak membalas balik perbuatan adik beradik dia terhadap dia sewaktu kecil dahulu; ALLAH SWT akan izinkan. Tapi hati Nabi Yusuf a.s. bukan pendendam, dia dapat memaafkan mereka.

Daripada kisah ini, memang telah menjadi lumrah bahwa kita akan lupa apabila kita buat aniaya kat orang lain; tapi orang yang kena aniaya tu, dia akan sentiasa ingat. Misalannya, kalau kita maki hamun seseorang, lepas tu kita akan lupa; tapi orang yang kena maki tu, dia akan ingat setiap patah perkataan apa yang kita kata. ]

Kata ALLAH, "Tanda-tanda orang yang beriman lagi ialah dia boleh amanah dengan orang yang buat khianat pada dia. Dia boleh bercakap dengan orang yang tak mau bercakap dengan dia. Dan dia memuliakan orang yang menghina dia. Sesungguhnya, Aku akan membalasi setiap kebajikan yang hangpa buat."

Sambungan bacaan kitab 'Penawar Bagi Hati' dalam Bab pada menyatakan segala sifat yang dipuji; yakni 10 sifat mahmudah.

Diketahui olehmu bahwasanya perangai yang dipuji itu banyak. Menyebut oleh hamba di sini akan 10 perkara kerana mengikut akan Al-Imamul Ghazali dalam kitab 'Arba ina fi usuluddin'. Sifat-sifat itu ialah :

i) taubat dari segala dosa
(ii0 takut akan ALLAH
(iii) zuhud, yakni benci akan dunia dan berpaling daripadanya
(iv) sabar
(v) syukur
(vi) ikhlas
(vii) tawakkal
(viii) kasih akan ALLAH
ix) redha dengan kada ALLAH
(x) mengingat akan mati.

Nota : tuan /puan yang budiman , belajar di majlis ilmu di surau / masjid ...jangan terpersona dengan amal yang sedikit ..... jangan terpesona dengan dengan kursus ESQ 165 , ianya adalah petunjuk jalan sahaja ...jadi jika lepas kursus ....tidak masuk majlis ilmu .....hati akan jadi keras atau terdapat banyak bintik - bintik hitam......penat tuan /puan ...hidayah, Allah dah campakkan kepada kita ..tetapi kita lalai ...disebabkan CINTA DUNIA.....

Otam67

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda