Tuesday, June 16, 2009

***CANTIK DIMATA LELAKI***

Assalammu’alaikum warahmatullahi wabarakahtuh…

CANTIK itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirnya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki, wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelak yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula hilang kecantikan, kejelitaan, dia mudah terkalih perasaan.

Ketika itu dia mungkin merasakan cinta dan kasihnya telah tawar dan hanya manis kembali takkala melihat wanita-wanita cantik di kelililingnya. Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah.

Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan takkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan maupun berkasih-kasihan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja. Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar.

Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah. Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Baunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih tertarik melihat rekabentuknya walaupun warnanya telah mula kelam dan berdebu..Akan tetapi lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru senantiasa keluar dan kecantikan model-model baru senantiasa mengatasi.
Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya.

Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk keggunaan dan kekal saying meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman..Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak cantik asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlsaan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap pilihan lelaki kini.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagian lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah. Sebaliknya, kecantikan yang selalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan.

Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukra tua kerepot. Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja, Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang itu yang kita rasakan lansung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem…ehhmmm…rezeki lah tu kot…pergggg…

Hiasilah diri anda dengan keperibadaian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita: Hiasilah juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrah wanita.

Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identity diri anda. Hargai diri kerana andalah satu-satunya: tiada duanya dan tiada tiganya…”HANYA ANDA adalah ANDA”

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda