Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Jangan kamu dengki mendengki, jangan kamu meminta membeli dengan harga yang tinggi bukan dengan tujuan membelinya tetapi untuk menipu orang lain dan memudaratkan mereka, jangan kamu benci membenci, jangan kamu belakang membelakangi, janganlah sebahagian kamu menjual di atas jualan orang lain, dan jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain. Dia tidak menzalimi saudaranya, tidak membohonginya dan tidak menghinanya. Takwa itu di sini (sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali).
Seseorang itu sudah dianggap berdosa jika dia menghina saudaranya seIslam. Tiap-tiap orang muslim itu di atas saudaranya adalah haram: darahnya, hartanya, dan maruahnya" – Riwayat Muslim
Isi Kandungan Hadis
1. Dilarang dari berhasad dengki
Dengki adalah sifat dan akhlak yang buruk, di mana seseorang itu mengharapkan hilangnya nikmat dari seseorang yang lain. Sesungguhnya ini merupakan satu tabiat yang hina; yang tertanam di dalam dadanya sifat benci apabila ada orang lain yang mengatasinya dalam sesuatu kelebihan.
2. Larangan dari an-najash
An-najash adalah penipuan di dalam perniagaan, sama ada dalam bentuk riba, penyorokan, monopoli, dan sebagainya.
3. Larangan dari benci-membenci
Rasulullah SAW melarang kita dari benci-membenci antara satu sama lain, bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana nafsu.
4. Larangan dari belakang-membelakangi
Maksudnya di sini adalah kita dilarang memutuskan hubungan sesama Islam kerana sebab-sebab duniawi. Ini adalah kerana memutuskan hubungan atas sebab kerana Allah adalah diharuskan, walaupun melebihi tiga hari. Sebagai contoh kita diharuskan memutuskan hubungan dengan ahli bidaah yang melampau, dan juga penyeru kepada hawa nafsu dan ajaran-ajaran sesat.
5. Larangan dari menjual di atas jualan orang lain
Haram ke atas kita untuk menerima tawaran yang lebih murah atau mahal setelah berlaku akad jual beli dengan memotong jualan dan belian orang lain.
6. Suruhan supaya menyebarkan persaudaraan
Setiap umat Islam adalah diminta berusaha menyebarkan persaudaraan dengan meningkatkan kualiti persaudaraan itu sendiri, seperti menjauhkan sifat dengki mendengki dan benci membenci, dan pada masa yang sama menggantikannya dengan sifat-sifat kerjasama, kasih sayang, dan sebagainya.
7. Kewajipan seorang Muslim terhadap saudaranya
Seseorang Muslim dituntut itu supaya bergaul dengan saudara seIslamnya dengan cara yang mampu menjinak dan menyatukan hati, dan dilarang dari melakukan sesuatu yang menimbulkan perselisihan dan meliarkan hati.
Selain dari itu, haram ke atas kita untuk menzalimi saudaranya, haram membiarkannya tanpa memberi pertolongan, haram membohonginya, dan haram ke atas kita untuk menghinanya.
8. Takwa neraca kelebihan dan kemuliaan
Takwa adalah menjauhkan diri dari azab Allah dengan melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Sesungguhnya Allah SWT memuliakan seseorang itu berdasarkan ketakwaan dan ketaatannya, bukannya berdasarkan peribadi dan banyak hartanya. Kedudukan manusia di sisi Allah SWT adalah berbeza-beza menurut amalan dan kadar ketakwaan mereka, dan bukannya berdasarkan kemuliaan asal-usul keturunan, rupa bentuk, warna kulit, dan kemewahan harta benda.
9. Maruah seorang muslim
Seseorang muslim itu mempunyai kehormatan pada darah, harta, dan juga maruahnya. Oleh itu Allah SWT mensyariatkan qisas terhadap jiwa dan anggota, pemotongan tangan terhadap pencuri, dan rejaman atau sebatan terhadap penzina yang berdosa.
Pengajaran Hadis
* Islam bukan sahaja merangkumi aqidah dan ibadah, malah termasuk juga akhlak dan muamalah
* Akhlak yang keji dalam syariat Islam merupakan dosa yang amat dibenci
* Niat dan amalan adalah neraca halus yang digunakan oleh Allah SWT dan ia menentukan hukuman terhadap mereka
* Hati adalah sumber ketakutan kepada Allah
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment