Habib yang tekun beribadat berkata saya pernah masuk ke kota Basrah. Tiba-tiba saya menemui kedai-kedainya tertutup dan jalannya lenggang. Saya bertanya kepada mereka: "Wahai penduduk Basrak, apakah kalian mempunyai suatu hari besar yang tidak saya ketahui?"
Mereka menjawab "Tidak, tetapi pada hari ini Hassan Bashri sedang berada di masjid untuk menyampaikan pengajaran kepada orang ramai." Kemudian saya terus ke majlis Hassan. Saya menemuinya sedang duduk di atas tanah yang tinggi sambil berkata "Wahai manusia! Berbekallah kalian untuk berangkat kerana dunia kalian yang tersisa hanyalah sedikit, bersiaplah kalian dengan barang-barang yang diperlukan pada jalan yang akan diteruskan, kerana tidak ada jalan bagi kalian untuk terus menetap di sini (dunia).
Apakah kamu tidak menyedari bahawa kamu akan dibawa dari daerah tawanan maut (dunia) ini dan akan diserahkan ke negeri cubaan? Juga akan dihisab segala sesuatu yang kamu lakukan satu persatu, kamu akan dihadapkan kepada Yang Maha Penuntut Hutang (Hakim) pada hari kiamat? Dia telah memerintahkan kamu untuk taat, tetapi kamu tidak mematuhinya. Dia telah melarangmu derhaka, tetapi kamu tidak berhenti dari melakukan kederhakaan itu. Dia telah menciptakan ketakutan untukmu dengan neraka, tetapi kamu tidak takut dan gentar. Dia telah menjadikan kamu merindukan syurga, tetapi kamu tidak rindu kepadanya dan tidak pula senang kepada nya.
Wahai orang-orang yang sudah beruban, petanda akan dekat masa akhirmu, apalagikah kamu tunggu? Wahai orang-orang yang sudah beruban yang sanggup untuk beramal, apakah alasanmu untuk tidak beramal? Wahai oarang yang hanya mematuhi lidah dan hawa nafsunya, yang mengia-iakan akhiratnya, yang tetap dalam dosa-dosa dan kesalahannya, aduhai sekiranya saya tahu apa kiranya alasanmu apabila kamu sudah berada di hadapanNya?
Apakah hujahmu apabila kamu menghadapNya, usaha-usaha duniamu akan sirna sedangkan cita-cita hakiki dari hidupmu di dunia ini telah gagal. Maka, minta ampunlah kamu kepada Allah untukku dan kamu"
http://cahayamukmin.blogspot.com/2011/01/nasihat-hasan-al-basri.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment