Ruqqayah lahir selepas kakaknya, Zainab. Selepas itu lahir Ummu Kaltsum yang banyak menjadi teman permainannya selepas Zainab berkahwin. Ketika Ruqqayah dan Ummu Kaltsum mencecah usia perkahwinan, Abu Thalib meminang mereka berdua untuk kedua puteraAbu Lahab. Ruqayah berkahwin dengan 'Utbah, dan Ummu Kaltsum berkahwin dengan 'Utaibah.Tidak lama setelah perkahwinan itu, Rasulullah s.a.w menerima wahyu. Disebabkan sikap Abu Lahab yang memusuhi Islam, perkahwinan mereka pun berakhir. Ruqayah kemudian berkahwin lagi dengan Utsman bin Affan. Selang beberapa waktu setelah berkahwin, mereka hijrah ke Habasyah.
Manakala Ummu Kaltsum tetap tinggal bersama ayah dan ibunya.Rombongan muhajir ke Habasyah (Ethiopia) disertai oleh 11 orang lelaki dan empat orang wanita. Rombongan dipimpin oleh Utsman bin Affan, suami Ruqqayah. Mereka tinggalkan kesenangan hidup seperti harta, anak dan keluarga, serta negeri demi Allah. Mereka tinggalkan tanah airnya yang mahal dan berangkat menuju Habasyah, sebuah negeri yang jauh dengan penduduk yang berlainan bangsa, warna kulit, dan budaya, demi membela akidah yang diimaninya.Hijrah ke Habasyah itu dilakukan kerana mereka takut fitnah dan menyelamatkan agama mereka menuju Allah.
Bukan bermaksud untuk menyebarkan agama Islam, kerana Habasyah pada waktu itu menganut agama baru. Namun Habasyah diperintah oleh raja yang santun. Hijrah ke Habasyah merupakan sebabagian dari peralihan dan usaha meneruskan perjuangan. Di negeri yang memberi ketenangan bagi mereka, iman dan Islam akan tetap menyala.
Di negeri itu mereka tidak mengalami tekanan dan gangguan.Imam Adz-Dzahabi berkata: "Ruqayyah hijrah ke Habasyah bersama Utsman dua kali. Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya kedua orang itu (Utsman dan Ruqayyah) adalah orang-orang yang pertama hijrah kepada Allah sesudah Luth."Ruqqayah kembali bersama Utsman ke Makkah dan mendapati ibunya Khadijah telah wafat. Kemudian kaum Muslimin pindah dari Makkah ke Madinah.
Ruqqayah juga ikut hijrah bersama suaminya, Utsman, sehingga dia menjadi wanita yang hijrah dua kali. Tidak pernah menceritakan kesukaran yang dihadapi sepanjang hijrah, hatinya teguh dalam iman selain taat mendampingi suaminya.Hijrah ke Madinah ini menandai batas dua fasa perjuangan nabi yakni fasa Makkah dan fasa Madinah. Hijrah ini juga mempunyai hikmah politik iaitumempersatukan kaum Muhajirin dengan kaum Anshor.
Sesampai Nabi di Madinah - sebelum masuk ke kota beliau mendirikan masjid Quba, masjid pertama dalam Islam. Dalam al-Quran, masjid ini disebut "masjid yang ditegakkan atas takwa" (Surah At-Taubah, ayat 109).Hijrah Nabi s.a.w ini juga merupakan satu titik baru berkembangnya dakwah menuju masyarakat yang lebih baik.Pada masa yang sama, di Madinah dakwah Rasul mendapat sambutan yang amat baik. Di Madinahlah Rasulullah s.a.w berjaya memantapkan dakwah Islam sekaligus menegakkan kekuasaan Islam dalam institusi Daulah Islamiyah. Di kota ini pula, Ruqqayah kembali kepada Tuhannya setelah menderita sakit demam. Utsman berada dalam kesedihan yang cukup panjang, bahkan ia menolak 'pinangan' Umar bin Khattab untuk berkahwin dengan puterinya, Hafshah.
Penolakan Utsman ini menyebabkan Umar mengadu pada Rasulullah. Mendengar aduan itu, Rasulullah tersenyum dan berkata, "Hafshah akan berkahwin dengan orang yang lebih baik daripada Abu Bakar dan Utsman sedangkan Utsman akan berkahwin dengan wanita yang lebih baik daripada Hafshah."Kemudian Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Utsman dengan Ummu Kaltsum. Sedang Hafshah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.
Petikan: Majalah i, Mei 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment