Kita sudah berada di penghujung akhir dunia ini. Zaman yang mana disebut akhir zaman. Semua tanda-tanda kiamat kecil sudah dipenuhi. Hanya menunggu tanda-tanda kiamat besar yang hanya menunggu masa memperlihatkan diri.
Betapa malangnya umat Islam hari ini langsung tidak menghiraukan amaran dan tanda-tanda ini yang telah diberitahu oleh Rasulullah Salallahu Alaih wasalam 1400 tahun yang dulu. Malah kita semakin hari semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Malah kebanyakan manusia hari ini berlumba-lumba untuk mengejar nikmat dan harta dunia yang hanya sementara.
Hakikat bahawa kehidupan kita ini adalah ujian dan sementara dipandang remeh-temeh sahaja. Kita mengejar dunia seolah-olah kita tidak akan langsung mati. Dunialah segalanya. Kerana harta dan wang, maruah diri dan agama sendiri diperdagangkan. Terlupa bahawa kita pengembara dunia yang bila-bila masa akan dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Lalu segala yang digariskan di dalam Kitab Suci dan hadis nabi ditinggalkan begitu sahaja.
Semakin dunia tua, semakin jauhlah juga manusia dengan tuhannya. Ditambah dengan perancangan teliti Dajjal dan musuh-musuh Islam, umat manusia semakin lena. Lena yang ditambah dengan dengkuran yang keras. Tidak langsung mengetahui mereka sudah terperangkap dengan syurga dunia yang dibawa oleh Dajjal al-masih. Lalu jadilah mereka alat dan goyyim pihak musuh dan zionis. Di mana goyyim adalah lembu atau binatang ternakan, malah bisa sahaja lebih teruk dari itu.
Maka berhati-hatilah dengan segelintir mereka yang kononnya mempunya ilmu agama yang tinggi. Yang mana bisa sahaja mempunyai pelbagai gelaran dan sijil. Namun yang jelasnya ajaran yang dibawa tidak sinonim dengan ajaran Islam dan mazhab Fiqh Shafiee yang diwarisi oleh kita dari ulama-ulama yang terdahulu. Bukan sedikit yang keliru dan terjebak. Antara sedar atau tidak, racun-racun ini telah menyusup masuk ke dalam urat saraf ummah.
Negeri ini dari dahulu lagi berpegang kepada Mazhab Fiqh As-Syafie, akidah ASyairah dan berpegang kepada tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid Al-Baghdadi. Ia dipegang kukuh oleh umat Islam nusantara sehingga menjadi darah daging umat Islam di sini lalu terhasillah
umat Melayu yang bersopan santun dan baik budi bahasa.
Malangnya adab bertandang ke rumah orang semakin dilupakan orang Melayu dewasa ini. Masuk ke rumah orang lalu mengomel dan tidak puas hati dengan hiasan dan susunan perabot tuan rumah. Di sini tidak sesuai, di sana tidak cantik. Andai kita sebagai tuan rumah, apakah perasaan kita apabila bertemu dengan tetamu seperti ini.
Imam Shafie apabila menjadi imam solat di masjid Imam Abu Hanifah pada waktu subuh tidak membaca doa qunut. Apabila ditanya mengapa beliau tidak membaca doa qunut, sedangkan dalam mazhab Shafie doa qunut hukumnya sunat Muakad beliau menjawab bahawa beliau menghormati tuan rumah. Menghormati Imam Abu Hanifah yang telah menghadap Allah pada masa itu.
Begitulah ketinggian adab dan perlakuan seorang ulama dan mujtahid mutlak. Tidak seperti kebanyakan orang pada hari ini yang merasakan ilmunya sudah cukup tinggi. Maka habis semua yang dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu dilabelkan sebagai bidaah. Ini tiada nas, itu tidak pernah dilakukan oleh nabi. Semakin banyak dia bercakap, semakin terserlah kejelekan peribadi yang ada pada dirinya. Di mana perginya adab sebagai seorang yang berilmu?
Maka fahaman-fahaman ini semakin meresap terutamanya kepada pelajar-pelajar IPT. Mula bertanyakan soalan-soalan yang bisa sahaja merentap jantung dan perasaan. Mengapa kita perlu bermazhab? Bukankah mazhab itu juga satu bidaah. Amalan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi. Bermaksud Islam yang selama ini diamalkan oleh nenek moyang kita ini terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Maka perlulah satu gerakan pembaharuan yang membetulkan kembali ajaran Islam yang diamalkan pada hari ini. Betapa malang dan jumudnya pemikiran seperti ini. Tidak pernahkah mereka mengetahui berapa ramai wali-wali Allah pernah muncul di bumi Nusantara ini? Yang selama ini menjadi pemangkin dan benteng ahli sunnah wal jamaah di bumi bertuah ini?
Maka kita sendiri usahlah menjadi alat-alat tanpa disedari. Menyokong secara membabi buta. Sibuk bertanya di mana dalil ini di mana dalil itu. Analoginya cukup mudah. Jika kita menjadi seorang Imam solat, lalu apabila selesai sahaja kita memberi salam, dilihat makmum yang 2-3 saf tadi sudah hilang. Hanya tinggal kita sahaja. Agaknya apakah perasaan kita?
Adakah itu adab dan nilai akhlak Islam 'sebenar' yang ingin dibawa. Adakah itu cantik dan itulah yang dituntut di dalam Islam ? Sedangkan akhlak-akhlak orang terdahulu cukup tinggi. Begitu juga ulama-ulama' yang terdahulu. Amalan yang sedikit semakin disempitkan dengan larangan itu dan ini. Hasilnya, tidak payah beramal kerana ternyata itu semua tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah. Ulamak sekarang ini dengan senang mengutuk ulamak terdahulu, adakah kita pernah tanya ulamak yang dikutuk itu telah berapa ribu kitab yang telah dilahirkan sejak berzaman...ulamak yang mengutuk tak sampai 50 ...ulamak dahulu buat kitab dan selepas itu bawa kitab dan letak di atas Kaabah dan memohon keredhaan Allah .....jika ada unsur riak dan salah serta menghina Nabi , kaka di mohon kitab tersebut di panah petir & hancur....ulamak sekarang ada buat ke macam ini....apa yang ada ..bila kitab dah siap dengan segera buat promosi dan siap sign autograf lain.....tolong check cermin sikit.....siapa yang kejar dunia....
Berhati-hatilah wahai saudaraku. Lidah mereka begitu lembut menutur kata. Tetapi ia bisa sahaja membelit akidah dan pegangan kita. Dicanang mereka bahawa ini masalah furu'. Masalah ranting. Memang betul itu masalah furu'. Tetapi siapakah yang mencanangkan masalah-masalah furu' ini menjadi begitu besar seolah-olah ia adalah satu syirik yang wajib diperangi.
Berhati-hatilah wahai saudaraku. Tangan-tangan ghaib yang dimanipulasi oleh 'hidden hand'
akhir zaman cukup licik menjalankan peranannya. Peristiwa tempoh hari seolah-olah satu bola tanggung untuk memperlihatkan dan mengumpan simpati masyarakat seolah-olah merekalah di pihak yang teraniaya. Perasan atau tidak, 2-3 hari ini di muka utama tiada muka orang lain yang dipaparkan. Begitu juga selepas berlakunya peristiwa itu, maka sidang media besar-besaran di jalankan untuk memberi publisiti hebat kepada orang itu.
Berhati-hatilah. Belajarlah. Jangan lupa juga adab dalam menuntut ilmu dan cara mencari guru. Kerana barakah guru-guru inilah yang membentuk diri kita adakah semakin hari semakin baik atau sebaliknya. Janganlah kita menjadi di kalangan orang yang rugi. Minta dijauhkan Allah di waktu nyawa kita di halkum barulah kita mengetahui hakikat yang sebenarnya. Sesungguhnya fitnah akhir zaman itu terlalu hebat dan terpalit kepada semua umat manusia!
Untuk menjaga akidah diri dan berpegang kepada ajaran Islam pada masa ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Berhati-hatilah saudaraku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment