Oleh Mohd Sirajuddin Siswadi Putra Mohamed Shith
Jemaah perlu banyakkan beramal ketika di Tanah Suci mohon keberkatanMASJID adalah institusi penting dalam sejarah tamadun Islam. Selain menjadi tempat mendirikan ibadat solat fardu, ia juga berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pentadbiran Islam. Sejajar dengan peranannya yang besar, seharusnya setiap individu menjaga perilaku ketika berada di masjid.
Jemaah haji sangat bertuah kerana berpeluang mengerjakan ibadat di tempat mustajab doa khususnya dalam Masjidilharam. Rasulullah SAW bersabda: Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdal daripada 1,000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, dan solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat di masjid-Ku ini (iaitu 100 ribu kali di masjid lain) (HR Imam Ahmad r.a.). Melihat kepada kelebihan ini, jemaah haji hendaklah menanamkan satu azam agar mereka sentiasa berusaha memakmurkan Masjidilharam sepanjang berada di Makkah al-Mukarramah.Dalam ruangan ini, dipaparkan beberapa adab dan panduan yang wajib diberi perhatian serius oleh jemaah haji ketika berada di Masjidilharam, agar amalan mereka benar-benar mendapat keredaan Allah SWT dan ganjaran daripada-Nya.
Adab dan panduan itu adalah seperti berikut:Adab Menuju ke MasjidilharamIkhlaskan niat Niat yang ikhlas adalah kunci bagi segala amalan salih diterima oleh Allah SWT. Firman Allah: Tidak mereka diperintah melainkan agar beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan (Al-Bayyinah 98:5). Justeru, jemaah haji hendaklah menghindari sifat menunjuk-nunjuk dan bermegah kononnya dialah yang paling rajin ke masjid.
Menyucikan diri Jemaah haji kebiasaannya berada lama dalam masjid. Bagi memastikan keselesaan beribadat, sempurnakan khidmat diri sebaik mungkin seperti membuang air, menggosok gigi, berwuduk dan berpakaian bersih yang bersesuaian. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci dan berwuduk untuk menunaikan solat fardu, maka pahalanya seumpama menunaikan haji. (HR Imam Abu Daud).Berjalan dengan penuh ketenangan dan tawaduk Mulakan langkah menuju ke masjid dengan kaki kanan. Berjalan dengan tenang mengikut arus sambil mempelbagaikan doa. Antaranya: Ya Allah! Jadikanlah dalam hati dan lisanku cahaya, pada pendengaran dan penglihatanku cahaya, dan di hadapan, belakang serta di sekelilingku cahaya. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku nur (cahaya). Hindari daripada window shopping.
Adab Masuk ke MasjidilharamMembuka kasut dan berdoa Apabila menghampiri pintu, buka kasut dan masuk ke masjid dengan kaki kanan sambil berdoa: Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu rahmat dan keampunan-Mu. Lafazkan salam kepada penjaga pintu dan berikanlah kerjasama sekiranya diperiksa.Iktikaf dan tawaf Sebaik-baiknya jemaah berniat iktikaf sejurus selepas masuk. Berdoa apabila melihat Baitullah. Tunaikan tawaf Tahiyyatul Bait. Elakkan kesilapan dan salah faham terhadap kaifiyyat serta fadilatnya seperti bersesak-sesak di penjuru Hajarul Aswad dan solat di belakang Makam Ibrahim sehingga menyulitkan jemaah lain. Sekiranya tiada berkesempatan tawaf, memadai dengan solat Tahiyyatul Masjid.Adab berada dalam MasjidilharamMencari ruang solat Berhati-hati agar tidak berada di kawasan pintu dan laluan kerana ini akan mengganggu jemaah dan menyebabkan kehilangan tumpuan beribadat.
Justeru, lihat, pilih dan tuju ke ruang sesuai agar jemaah tidak dilangkah-langkah ketika khusyuk bermunajat.Duduk menghadap kiblat Datanglah awal agar dapat berada di saf hadapan dan berkesempatan melihat Baitullah. Sesungguhnya, rahmat Allah sentiasa menaungi Baitullah dan makhluk yang memakmurkannya. Elak percampuran antara saf lelaki dan saf wanita kecuali dalam darurat. Jangan mengambil ruang yang luas untuk duduk kerana ini menafikan hak jemaah lain. Sekiranya terlewat, jangan menyempit sehingga menyusahkan mereka.
Berzikir, munajat dan tafakur Selesai mengerjakan tawaf, solat fardu dan sunat, basahkan lidah dengan membaca al-Quran, berzikir dan ibadat lain. Penuhkan hati dengan cahaya petunjuk ilahi. Sentiasa bermuhasabah dengan menumpukan minda pada kelemahan diri agar berasa kerdil di hadapan Allah SWT. Beribadatlah dengan penuh khusyuk. Tunaikan solat sunat pada bila-bila masa kerana tiada waktu yang dilarang solat di Makkah.Berdoa ke hadrat Allah Berdoalah dengan hati yang tawaduk dan ikhlas. Tanamkan suatu pengharapan yang tinggi bahawa doa yang dipanjatkan ke hadrat ilahi akan dimakbulkan. Jangan cepat berputus asa kerana Allah tidak sekali-kali mengabaikan hamba-Nya yang beriman, beramal salih dan memohon kepada-Nya.Hindari kejahatan & lagha Jemaah haji adalah tetamu Allah.
Justeru, mereka hendaklah berakhlak dan berbudi pekerti mulia sepanjang berada di Tanah Suci. Jangan menyakiti jemaah lain seperti bertolak-tolak ketika masuk ke masjid atau tawaf, begitu juga ketika berebutkan saf. Mafhum hadith: Antara manusia yang paling dibenci oleh Allah ialah mereka yang melakukan ilhad (kejahatan) di Tanah Haram� (HR Imam al-Bukhari).
Jauhi berbual-bual kosong perihal dunia semata-mata atau mengajuk perbuatan jemaah lain ketika berada dalam masjid apatah lagi sekiranya perbuatan itu menyentuh sensitiviti jemaah dan menimbulkan perselisihan faham atau perkelahian.Elak bermundar-mandir dalam masjid kerana perbuatan itu adalah bid'ah.Adab keluar dari MasjidilharamMemohon keampunan dan keselamatan Sebelum keluar dari masjid, jemaah hendaklah memohon keampunan dan keselamatan dirinya sepanjang perjalanan pulang ke hotel. Tanamkan niat dan tingkatkan harapan agar diizinkan Allah untuk dapat kembali mengerjakan ibadat di Masjidil Haram pada masa terdekat.Wakaf Masjid dan LuqatahJemaah dilarang merosak atau membawa keluar barang Masjidilharam kerana bukan haknya. Bagi yang menjumpai barangan yang tercicir (Luqatah), biarkan saja di situ. Sekiranya perlu dan tahu arah, bolehlah diambil untuk diserahkan ke Kaunter Luqatah.
Jemaah adalah haram mengambilnya bagi kegunaan sendiri.
Ini beberapa adab dan panduan yang boleh dijadikan bekalan jemaah haji semasa mereka berada di Masjidilharam. Semoga adab dan panduan ini dapat dimanfaatkan supaya segala ibadat dan amal soleh yang ditunaikan benar-benar mengikut kehendak dan ketentuan syarak.
Binalah silaturahim dengan berakhlak mulia agar hari-hari yang dilalui setiap jemaah ketika berada di sana benar-benar terisi dan diberkati ilahi.
Penulis adalah pengkursus ibadat haji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment