Oleh IBRAHIM ABDULLA
MEKAH atau juga disebut Bakkah, tempat di mana umat Islam melaksanakanibadah haji dan umrah terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakanAllah SWT dan sebagai pusat bumi. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Adalahsama tengah bumi itu ialah kaabah".
Dari tanah itulah Allah SWT menjadikan dada Nabi Adam a.s. Bahawa yangpertama berada pada Kaabah Allah itu para malaikat, kemudian dijadikanAdam selama 2,000 tahun sebelumnya.
Kemudian daripada itu para malaikat itu selalu memakmurkan KaabahAllah itu dengan beramal kepada-Nya, sebelum Nabi Adam dijadikan olehAllah SWT.
Selepas itu Allah dengan kehendak- Nya untuk menjadikan Adam disyurga. Kemudian Allah memerintahkan untuk turun ke bumi ini, dengansegala hikmah-Nya.
Maka turunlah Nabi Adam di sebuah pulau Sarandip, dan setelahdikurniakan Allah pada suatu tingkat di syurga, kemudian Allahberfirman maksudnya: "Wahai Adam, berjalanlah engkau", Maka iapergilah berjalan sehingga sampai pada negeri Hindi/India. Setelah itukemudian berdiamlah Nabi Adam di sana pada jangka waktu berselanglamanya.
Maka Nabi Adam merasa berdukacita dan kemudian Allah berfirman maksud-Nya: "Wahai Adam, pergilah menunaikan haji kepada Kaabah Allah. Makapergilah Nabi Adam, dan setiap bekas jejak kakinya itu menjadi hutanrimba dan padang luas/gurun, sehingga tibalah Nabi Adam di Mekah sertabertemulah dengan para malaikat, seraya malaikat itu berkata: "WahaiAdam, berbahagialah haji tuan hamba, dan kami ini sudah sejak 2,000tahun yang lalu mengerjakan haji pada kaabah ini.
Maka Nabi Adam berkata kepada malaikat itu: "Bagaimana bacaan padawaktu tawaf itu? Jawab malaikat itu kami membaca tasbih sebagaiberikut: Subahanallahi wal-hamdulillahi wa la ila ha illallahu wallahuakbar.
Kemudian Nabi Adam bertawaflah di kaabah itu, serta membaca tasbihkepada-Nya dan Nabi Adam mengerjakan haji setiap tahun sekali danseterusnya semasa hidupnya itu.
Pada riwayat Ibnu Abbas r.a menyebutkan: "Ketika Allah SWT menurunkanNabi Adam AS ke bumi, maka Allah berfirman maksud-Nya: Wahai Adam,buatkanlah sebuah istana-Ku, kemudian Nabi Adam membuat/membina Kaabahatau Baitullah al-Haram untuk mematuhi atas perintah-Nya.
Kemudian setelah itu kaabah dibina dengan lima buah batu bukit.
Pertama, bukit Tursina, kedua, bukit Hira', ketiga, bukit Uhud,keempat, bukit Juddi dan kelima, bukit Baitulmaqdis.
Menurut kajian ilmiah, bahawa bola bumi ini pada mulanya tenggelam didalam air iaitu samudera yang sangat luas. Kemudian gunung api didasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magnadalam jumlah yang besar yang membentuk bukit.
Bukit itulah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikan lantainyadari Kaabah (kiblat). Batu asal Mekah dibuktikan oleh kajian ilmiahsebagai batu paling purba di bumi.
Setelah itu Allah terus menerus memperluas dataran dari tempat ini.Jadi tempat ini merupakan tempat yang paling tertua di dunia. Nabi SAWbersabda maksudnya: "Kaabah itu adalah sistem tanah di atas air, daritempat itu bumi ini diperluaskan".
Arah kiblat
Prof. Hussain Kamel, menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkahadalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untukmenentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.
Untuk tujuan itu, ia menarik garis-garis pada peta, dan setelah itu iamengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarakmasing-masing.
Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkanprojek garis bujur dan garis lintang. Ia kagum dengan apa yangditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).
Gambar-gambar satelit yang muncul kemudian pada tahun 90-an menekankanhasil dan natijah yang sama, ketika kajian-kajian lebih lanjutmengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktudaratan itu diciptakan.
Telah menjadi teori yang mampan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama masa geologi yang panjang, bergeraksecara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ituterus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke arah Mekah.
Allah berfirman maksud-Nya: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada UmmulQura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri di sekelilingnya).(asy-Syura: 7).
Kata Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota disekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, danyang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang cukup penting danluas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumberdari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negerilain serta keunggulan di atas semua kota.
Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini. Allahberfirman maksud-nya: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggupmenembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamutidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).(ar-Rahman: 33).
Berdasarkan ayat ini dan beberapa hadis dapat difahamkan bahawadiameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuhlempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itubererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah,tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dantujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi SAW bersabda maksudnya: "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".
Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengahbumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah,bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.
Hal ini akan mengakhiri kontroversi yang timbul pada empat dekad yanglalu oleh kalangan Barat.
Ada banyak perdebatan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakanwilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut. Jikawaktu Mekah diterapkan, maka mudah bagi setiap orang mengetahui waktusolat.
Arah lawan jam
Dalam Islam, ketika seseorang sedang tawaf di sekitar kaabah, maka iamemulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arahjarum jam.
Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dariatom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.
Begitu juga peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan denganarah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekelilingmatahari juga secara berlawanan dengan arah jarum jam.
Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu didalam galaksi dan semuanya berputar berlawanan dengan arah jarum jam.
Sementara itu, jika dilihat orang-orang yang tawaf di sekelilingkaabah tidak putus-putus sepanjang masa mengelilingi kaabah, siang danmalam berterusan tidak henti-hentinya, sampai ke akhir zaman.
Ini membuktikan kota Mekah adalah kota suci tertua dan sebagai simboltamadun peradaban umat manusia serta ibadah dan sebagai pusat bumiatau dunia seperti dirakamkan dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.
Dan kita selama ini tertipu dan di tipu oleh yahudi dan kuncu-kuncunya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment