Pada zaman dahulu di kalangan Bani Israil ada seorang fasik yang suka berbuat kejahatan.Penduduk negeri tersebut tidak mampu lagi mencegah perbuatannya itu, lalu penduduk negeri itu berdoa kepadaAllah s.w.t. Tidak lama kemudian Allah swt. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. bahawa ada kalangan Bani Israil yang sangat suka berbuat kejahatan, oleh itu kamu usirlah ia dari negerinya agar pendudukkampung tersebut tidak ditimpa bencana.
Setelah Nabi Musa a.s. menerima perintah dari Allah swt. maka Nabi Musa pun mengusir pemuda tersebut sehinggalah pemuda itu di satu kawasan yang luas yang tidakada
seekor burung atau pun manusia di situ
Selang beberapa hari pemuda itu diserang penyakit, oleh kerana tidak ada seorang pun disitu maka merintihlah ia kerana penyakitnya itu, lalu ia berkata:" Wahai tuhanku, kalaulah ibuku berada dekatku,sudah tentu dia akan menyanyangiku dan menangis melihatkan keadaanku.
Kalaulah ayahku ada disisiku sudah tentu ia akan menolong mandikanku dan mengafankanku dan kalaulah isteriku berada disisiku sudahtentu ia menangis melihat waktu akan berpisahnya aku dengan dia, andaikata anak-anakku berada disisiku sudah tentu mereka akan menangis melihat jenazahku." lalu akan berkatalah anak-anakku:" Ya Allah,ampunkanlah ayah kami yang telah banyak melakukan kejahatan sehingga ia diusir dari satu desa ke satu desa yang mana tanahnya lapang dan keluar dari dunia menuju ke akhirat dalam keadaan putus asadari segala sesuatu kecuali rahmatmu ya Allah."
Lalu berkata pemuda itu lagi:"Ya Allah, engkau telah memutuskan hubunganku dengan kaum keluargaku, oleh itu janganlah kau jauhkan rahmatmu dariku dan janganlah kau membakar aku dengan apimu disebabkankejahatanku." Setelah pemuda itu berkata-kata maka Allah swt. pun menurunkan seorang bidadari yang berupa ibunya, berupa isterinya, berupa anak-anaknya serta seorang Malaikat yang berupa ayahnya,mereka pun duduk dan menangis seperti yang dikatakan oleh pemuda itu sehingga tenanglah hati pemuda itu.
Dan akhir sekali pemuda itu berkata: "Ya Allah, janganlah kamu putuskan aku dari rahmatmu, sesungguhnya engkau maha berkuasa terhadap segala sesuatu." Setelah berkata maka matilah pemuda itu.KemudianAllah swt. mewahyukan kepada Nabi musa a.s."Wahai Musa pergilah kamu ke tanah lapang tempat dimana salah seoarang waliku telah meninggal, mandikanlah ia kafanilah ia dan sembahyangkanlah ia."Apabilanabi Musa sampai pada tempat yang diberitahu, ia melihat seorang bidadari yang sedang menangis berhampiran pemuda yang mana Allah swt. perintahkan mengusirnya dari desa.
Lalu Nabi Musa berkata:"Ya Allah, bukankah dia ini pemuda fasik yang engkau menyuruh aku usirnya dahulu?"Maka Allah swt.berfirman :"Memang benar wahai Musa , aku kasihan kepadanya disebabkan rintihansakitnya dan berjauhan pula dari kaum keluarganya, oleh itu aku kirimkan bidadari dan malaikat yang menyerupai ibu dan ayahnya kerana dia kesorangan.Wahai Musa apabila seseorang yang tidak adakeluarga mati, yakni seorang diri, maka semua penghuni langit dan bumi akan menangis kerana kasihan pada nya.Oleh kerana itu bagaimana aku tidak mengasihi sedangkan aku adalah zat yang maha penyayangdiantara penyayang."
Tidaklah patut kita mengutuk perbuatan seseorang itu apabila ia telah meninggal sebab Allah itu maha pengampun dan maha penyayang, hak dan balasan seseorang itu adalah haknya, oleh itu sebaik-baikmukmin ialah yang sentiasa meminta ampun untuk diri,keluarga dan semua saudara maranya yang beragama islam.
Catatan : Norizam B. Mohd Salleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment