Takbur ialah sifat sombong diri yang tercela di sisi agama dan membahayakan akidah seseorang.
Firman Allah:
Maksudnya:
"Aku akan memalingkan orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi ini tanpa alasan yang benar daripada
tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka
melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya tetapi jika mereka melihat jalan
kesesatan mereka terus merempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka
selalu lalai daripadanya."
(Surah al-A'raf 7:146)
Begitu juga firman Allah dalam surah Al-Zumar; 40:73 dan Al-Nisa' 4:132 yang menjelaskan ketakburan Qarun sehingga
sanggup mengatakan "aku adalah Tuhan kamu yang paling tinggi".
Maksudnya:
"Aku Tuhan kamu yang paling tinggi."
(surah an Naziaat 79:24)
Peringkat-Peringkat Takbur
Peringkat-peringkat takbur disenaraikan dari sudut melihat kedudukan orang tersebut:
(i) Takbur kepada Allah:
Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran
mengisahkan kaum Add, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takbur yang seperti ini.
(ii) Takbur kepada rasul:
Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur. Golongan ini berpendapat bahawa rasul ialah manusia biasa yang tidak
memiliki apa-apa keistimewaan berdasarkan kepada firman Allah:
Maksudnya:
"Sesungguhnya kamu (Muhammad) tidak lain manusia seperti kami."
(surah Ibrahim 14:10)
(iii) Takbur terhadap sesama manusia:
Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat
kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq.
Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:
(i) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah.
(ii) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah dan Rasul-Nya.
(iii) Bertuhankan kepada manusia.
(iv) Menghalang sifat-sifat baik.
Sebagai contohnya iblis menjadi terkutuk dan kufur akibat takbur terhadap Allah kerana mempertikaikan ciptaan Allah S.W.T
atas kejadian manusia dengan melafazkan:
Seperti firman Allah:
Maksudnya:
Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu? Menjawab iblis: "Saya
lebih baik daripadanya, Engkau ciptaan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah."
(Surah al-A'raf 7:12)
Punca Sifat Takbur
Punca utama sifat takbur menghinggapi seseorang ialah apabila ada dalam perasaannya sifat-sifat sempurna yang dia rasa tidak
ada bandingannya dari segi:
(i) Ilmu
(ii) Amal ibadat
(iii) Keturunan
(iv) Kekayaan
(v) Kehormatan
(vi) Kecantikan
(vii) Kekuasaan
(viii) Keakraban
Cara Membasmi Sifat Takbur
Melalui ilmu, seseorang itu hendaklah benar-benar menyedari hakikat diri manusia dari segi penciptaan serta tarafnya di
hadapan Allah. Juga manusia perlu mengetahui tujuan manusia dilahirkan ke dunia sehingga ke mana akhirnya.
Dari segi nilai amali seseorang itu boleh mengubati takbur melalui menghias dirinya dengan sifat tawaduk, merendah diri,
memperbanyakkan ibadah, selalu sujud, mengkaji kesan-kesan negatif sifat takbur, memperbanyakkan meniru sifat para aulia
dan sahabah, melayan orang, menghormati orang lain, menunaikan jemputan orang yang lebih rendah tarafnya serta lain-lain.
--
Monday, March 08, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment