Monday, March 29, 2010

CINTA YANG MENAKUTKAN IBLIS

Posted on Tuesday, March 23 @ 17:09:53 PDT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti


Oleh: MERONG

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sebagai orang Islam kita kerapkali mendengar nama-nama seperti Jin, Syaitan dan Iblis. Persepsi negative selalu dilemparkan kepada makhluk tersebut lantaran kejahatan mereka menyesatkan manusia.

Wajah mereka selalu dimomokkan hodoh, gerun dan menakutkan. Peribadi mereka selalunya jahat. Tetapi sedarkah kita yang persepsi itu kebanyakkannya salah.



Musuh utama iman adalah hasutan Jin, Syaitan dan Iblis.Ibarat didalam peperangan menentang musuh, kita perlu belajar tentang musuh. Siapakah musuh, perangai musuh, lokasi musuh dan juga kelemahan musuh. Berapa ramai umat Islam benar2 mengenali Iblis melainkan hanyalah melalui persepsi sahaja.

Iblis adalah makhluk yang asalnya Jin bernama azazil yang diasuh oleh malaikat sehingga mencapai taraf pengulu malaikat. Jadi azazil merupakan makhluk yang rajin beramal kepada Allah s.w.t dan juga mempunyai ilmu yang banyak sehingga tinggi tarafnya.

Kita perlu check and balance dengan tahap kita….…apakah ilmu dan amalan kita setaraf dengan ilmu dan amalan iblis ? Tentu tidak malah Iblis juga mengenal Allah s.w.t, kenal malaikat dan mengenal bumi dan langit. Tetapi mengapa Iblis dimurkai oleh Allah?

Kerana Iblis riak dan sombong. Lantaran bersikap riak dan sombong itulah Iblis diusir dari syurga walaupun didalam keadaan Iblis mempunyai Ilmu dan amalan yang banyak. Mengapa Iblis mempunyai sifat riak dan sombong, tidak lain kerana bersikap hasad dan dengki kepada Adam a.s. Iblislah juga menanam sifat tamak kepada Adam a.s yang akhirnya Adam juga keluar dari syurga dan akhirnya bertaubat. Begitu juga berlaku kepada Qabil yang mempunyai sifat dengki dan kedekut yang akhirnya membunuh adiknya Habil dan akhirnya dimurkai Allah s.w.t.

Jadi jelas disini berakhlak yang mempunyai unsur Riak/Sombong/Dengki/Tamak/ Kedekut adalah akhlak yang tidak melayakkan makhluk memasukki syurga Allah s.w.t walau pun mempunyai amalan dan ilmu yang banyak. Bagaimana pula kita yang mempunyai amalan dan ilmu yang tidak setanding Iblis tetapi mempunyai sifat-sifat tersebut. Bukankah taraf kita lebih rendah berbanding Iblis ?

Mengapa pula Iblis yang mempunyai ilmu, mengenal zat Allah s.w.t, mengenal keseluruhan makhluk ciptaan Allah sanggup bersikap sombong ? Ini adalah kerana Iblis tidak mempunyai akhlak Cintakan Allah s.w.t. Cintakan Allah s.w.t adalah ilmu yang menguasai keseluruhan ilmu-ilmu yang lain. Yakin seyakin-yakinnya….dengan menguasai Ilmu Cintakan Allah, Iblis akan takut kepada kita.

Kerana tahu kekuatan Kalimah Cintakan Allah s.w.t, Iblis memainkan jarum halusnya melalui sahabatnya Dajjal, Freemason, kaum munafik, kafir dan fasik untuk manipulasikan perkataan Cinta itu daripada berfokuskan Cinta kepada Allah dan Rasul kepada Cinta sesama manusia, cinta kepada sains teknologi, cintakan harta benda dan cintakan anak isteri sedangkan perkara tersebut hanya layak dikasihi atau disayangi sahaja dan bukan di cintai. Memang semua itu juga haq Allah s.w.t tetapi ia hanya layak di kasihi atau disayangi dan tidak melebihi Cintakan Allah dan Rasul.

Demi menghakiskan kalimah Cinta kepada Allah dan Rasul, Iblis mempergunakan segenap kebolehan ilmunya melalui bantuan sahabatnya untuk menyesatkan manusia melalui :

1. Lagu dan Muzik yang liriknya hanya cintakan manusia. Membuai manusia dengan khayalan cinta sesama manusia sehingga ketahap tercabutnya kalimah cinta itu daripada untuk Allah s.w.t kepada cinta sesama makhluk.

2. Mempersembahkan kehebatan sains dan teknologi sehingga manusia lupa kehebatan Allah s.w.t. Sanggup menafikan kebenaran atau was was dengan kebenaran Al Quran semata-mata takjub dengan teknologi. Atau di kadar iman yang paling lemah menunggu sains membuktikan sesuatu baru meyakini Al Quran.

3. Melalaikan manusia yang berkuasa dengan menanamkan sifat sombong dan takbur.

4. Melalaikan manusia yang kaya dengan menanamkan sifat kedekut dan dengki.

5. Melalaikan manusia yang berilmu dengan menanamkan sifat sombong.

6. Melalaikan kehidupan manusia daripada menggunakan sistem Allah kepada sistem Iblis.

Iblis Syaitan dan Jin kafir amat takut menghampiri manusia yang Cintakan Allah s.w.t. Itulah kelemahan Iblis yang nyata. Iblis tidak takut/lemah dengan ilmu kamu ataupun amalan kamu tetapi Iblis takutkan ilmu dan amalan bersertakan Cintakan Allah s.w.t

Senjata kelemahan musuh sudah diketahui, hanya terserah kepada kita untuk menggunakannya. Doa orang yang Cintakan Allah s.w.t adalah doa yang mustajab. Sekiranya kita ditipu, ditindas, di fitnah…senjata yang paling mustajab adalah bangkitkan kalimah Cinta hanya kepada Allah didalam hati dan berdoalah siang dan malam. Insya Allah termakbullah doa kita. Hayati kisah bagaimana Asif Barqiya seorang ahli kitab dizaman Nabi Sulaiman yang Cintakan Allah s.w.t hanya melakukan sesuatu dengan niat/doa, dengan sekelipmata berpindahlah singahsana Balqis. Mampukah Einstien yang manusia agung agungkan itu melakukan sedemikan rupa dengan sains dan teknologi.

Pesanan Rasullulah s.a.w : Umat-umatku yang terbaik adalah mereka yang mudah marah tetapi mudah menangis.Mereka marah apabila aqidah kepada Allah dipermainkan dan mudah menangis apabila mendengar nama Allah s.w.t kerana terlalu Cintakan Allah s.w.t.

Carilah pengertian Kalimah Cinta yang sebenarnya dan bukan Kalimah Cinta yang diajarkan oleh manusia sekarang didalam lagu-lagu mereka. Carilah ilmu bagaimana untuk mengbangkitkan Kalimah Cintakan Allah. Kalimah cinta bukanlah kalimah yang boleh dibuat main-main sepertimana Iblis mengajar kita selama ini.

Wallahu’alam.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda