SAIDINA Uthman bin Affan adalah khalifah Islam yang ketiga selepas Saidina Umar Al Khattab. Beliau memerintah Kerajaan Islam hampir 11 tahun lamanya dari 644 hingga 655 masihi.
Beliau memperoleh gelaran ‘Zun Nurain’ yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya Rasulullah SAW mengahwinkannya dengan dua puterinya iaitu kali pertama dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya ketika Perang Badar, Baginda mengahwinkannya pula dengan Klthum.
Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW terhadap Saidina Uthman. Ketika Klthum meninggal dunia, Rasulullah berkata kepadanya: "Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu."
Sahabat besar ini termasuk orang pertama yang masuk Islam. Beliau datangnya dari suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah SAW iaitu puak Ummaiyyah.
Menurut catatan sejarah, Uthman termasuk orang kelima diajak oleh Saiidina Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk Islam. Selepas memeluk Islam, Uthman termasuk orang yang sangat dicintai Rasulullah SAW kerana kemuliaan dan kehalusan budi pekertinya.
Sesungguhnya Uthman terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi pekertinya, sangat penyantun dan lemah-lembut lagi pemalu.
Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadanya: “Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman.” Rasulullah SAW biasanya tidak keberatan menerima kedatangan sahabatnya dalam berpakaian yang biasa saja, tetapi apabila diketahui bahawa Uthman akan mengunjunginya, Baginda pun mengenakan pakaian sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani malaikat.
Dalam suatu riwayat lain dikisahkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Saya bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorang pun yang pernah menjadi menantuku atau menjadi mentuaku dimasukkan ke dalam neraka." Hal yang demikian itu tercapai oleh Uthman kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: "Tiap-tiap nabi mempunyai teman dan Uthman adalah temanku dalam syurga."
Uthman adalah antara tujuh orang yang selalu mendampingi dan menyertai perjuangan Rasulullah SAW. Dia amat mengenal siapa dan bagaimana Nabi Muhammad SAW ketika menjadi nabi. Dia mengetahui dengan sebenar-benarnya ucapan Rasulullah SAW.
Pada suatu hari ketika pulang dari perjalanan dagangnya ke Syam dan ketika rombongan kafilahnya beristirahat di tempat teduh (di antara Ma’an dan Azzarpa), Uthman dan kawannya tertidur.
Ketika tidur, tiba-tiba dia bermimpi mendengar suara yang menyeru mereka supaya bangun kerana orang yang bernama ‘Ahmad’ sudah muncul di kota Makkah.
Rupanya sudah sampai berita gembira kepada Uthman hadirnya seorang nabi Allah, nabi akhir zaman. Mendapat berita itu, apakah Uthman bersikap pasif atau ragu?
Ternyata tidak. Sifatnya yang pemalu, kelapangan dadanya dan kemurahan jiwanya mendorongnya untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Itulah awal keIslamannya.
Setiap sahabat Nabi SAW memiliki keistimewaan sifat, baik yang nampak dalam ucapannya mahupun dalam amal perbuatannya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW mengemukakan titik kelebihan mereka supaya dapat dijadikan contoh.
Baginda bersabda bermaksud: “Orang yang paling kasih sayang daripada umatku ialah Abu Bakar, dan paling tegas dalam memelihara ajaran Allah ialah Umar, dan yang paling bersifat pemalu ialah Uthman.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Maajah, Al-Hakim, At-Tirmizi)
Sifat pemalu itulah yang mendorong Uthman menjadi seorang dermawan yang penuh belas kasih sehingga ketika Rasulullah SAW sedang mempersiapkan pasukan “Al’usrah”, seluruh biayanya ditangung oleh Uthman seorang diri.
Rasulullah SAW menyambutnya dengan ucapan: “Tidak akan ada sesuatu yang dapat membahayakan Uthman dengan apa yang dia lakukan hari ini. Ya, Allah, redailah Uthman, sesungguhnya aku reda kepadanya.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment