Monday, October 19, 2009

**** Melihat Positif dalam Negatif ****

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain. Tidak terfikir kita rezeki & rahmat yang banyak telah Allah kurniakan ?
2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3.Untuk zakat pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 
4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan , sihat anggota , senang hati.
5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. Berbanding dengan org lain yang ada tinggal di bawah jembatan atau rumah setinggan 
6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 
7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 
8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan berbanding mengunakan kerusi roda  
10.Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... 
HAVE A WONDERFUL DAY!!! 
BELAJARLAH BERSYUKUR... ... dengan nikmat Allah yang luas terbentang yang telah dianugerahkan kepada kita MALU PADA TUHAN , dengan sikap kita sehari - hari yang tanpa segan dan malu , masih memohon murah rezeki , NAMUN LANTARAN ALLAH YANG MAHA KAYA DENGAN SIFAT PEMURAH DAN PENYANG MASIH MELIMPAHKAN REZEKIKAN KEPADA KITA.
CUBA FIKIRKAN , nikmat Allah yang mana kita telah didustakan.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda