Monday, October 12, 2009

2 Syair Umar Ibnu Abdul Aziz Rahmatul'alaih





Manusia berpuas hati dengan benda-benda

yang tidak lama lagi akan fana

dan menaruh angan-angan yang panjang

dan harapan-harapan dari dunia.

Wahai sibodoh!

Tidak patut diperdaya dengan kelazatan mimpi.

Siang kamu dihabiskan dalam kelalaian dan

malam kamu dalam tidur dan

maut sedang menanti kamu.

Hari ini kamu sedang membuat kerja-kerja

yang akan menjadikan kamu menyesal dan risau.

Di dunia ini binatang-binatang berkaki empatlah

yang habiskan masa seperti kamu habiskan masamu.

Dikatakan selepas peristiwa ini belum cukup satu minggu Hazrat Umar Ibnu Abdul Aziz Rahmatul'alaihi wafat

Jika kamu wahai yang lalai, dengar bunyi jam dengan penuh perhatian.

benar-benar ia berkata, 'berkurangan, berkurangan'

masamu dari tempoh kehidupan.

Ulama menyatakan bahawa cahaya hati lahir dari 4 perkara:

1. menahan kelaparan

2. bergaul dengan orang-orang soleh

3. mengingati dosa-dosa yang pernah dilakukan (serta risau)

4. memendekkan angan-angan

Kekerasan hati disebabkan 4 perkara

1. makan hingga kenyang

2. pergaulan buruk

3. tidak mengingati dosa yang telah dilakukan

4. memanjangkan angan-angan

Semoga menjadi ikhtibar, amal & sampaikan.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda