Wednesday, October 14, 2009

Fitnah Akhir Zaman Yang Amat Halus!

Pengalaman seseorang

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya yang tak seberapa ini. Saya renung dan lihat kembali perjalanan hidup saya dari kecil hingga ke sekarang yang dah hampir mencecah 40 tahun. Saya di beri peluang melalui dan merasai banyak perkara sepanjang hidup saya.

Kronologi Pembesaran:

  1. Saya lahir di kampung di rumah arwah nenek saya ketika itu. Tiada tahu itu letrik, radio, kereta dan macam2.
  2. Saya berpeluang duduk di setinggan di Pantai Dalam semasa bapa saya belajar di UM. Saya mencuri-curi untuk menonton TV cerita Combat – Rick Johnson dan Sarjan Sanders di rumah orang kaya setinggan.
  3. Kemudian saya pulang kembali ke kampung dan duduk di pekan Sabak Bernam sehingga darjah 3 akhir.
  4. Saya kemudian pindah ke Petaling Jaya dan sekolah darjah 4.
  5. Saya kemudian ikut ayah saya belajar di Michigan USA dan bersekolah Standard 6 dan Junior High. Banyak pengalaman saya di sana.
  6. Kemudian saya kembali ke Malaysia bersekolah di Bukit Bintang Boys School PJ sehigga tamat SPM.
  7. Kemudian masuk KPP dan pergi ke California buat Computer Engineering
  8. Balik saya mula kerja di Mesiniaga, Ericsson, HP, SPK, DHL, BMC dan macam2.
  9. Tiba2 berubah “Dari Bekerja Makan Gaji ke Bekerja Sendiri Tak Bergaji” sehingga sekarang.

Adakan ini kebetulan dan saja-saja? Adakah ini pilihan atau ketentuan? Adakah saya mensyukuri segala nikmat di atas dan berterima kasih? Adakah saya merungut kerana ia berlaku sedemikian? Apa yang INGIN di ajar ang saya belum faham dan belajar?

Pelajaran perihal “HIDUP” ini berterusan setiap saat dan tidak mengenal henti. Kita berhenti tak “INGAT” atau LUPA, kehidupan akan terus bergerak tanpa menunggu kita. Saya ingin ajak rakan2 dan sahabat semua meneliti dan melihat kehidupan sendiri dan ke MANA kah arah tujunya? Kemana PENGANGAN kita? Apakah yang kita PEGANG dan TUHANKAN? Kita kata kita HAMBA ALLAH tapi perbuatan MACAM DUNIA ini DIA YANG PUNYA! Hamba pada kita tak semesti hamba pada ALLAH.(Hanya Allah yang tahu yang mana satu hambanya yang mengabdikan diri) Mohon lah petunjuk dan hidayah agar di beri kefahaman akan kehambaan. Ikhtikad, Perbuatan dan Percakapan perlu seiring.

Maaf agak panjang celoteh saya kali ini. Di akhir zaman kita sering di adu dombakan dan di pecah belahkan dengan banyak DOKTRIN perihal Islam. Islam pada mulut dalam adalah IDEOLOGI agama baru.Islam pada nama sahaja tapi kefahaman adalah “Jajahan” ideologi asing. Ia makin ketara dan hampir hancur umat Islam di porak purandakan. Islam di kenali sebagai Agama Keganasan dan Terrorist. Adakan ini terjadi secara “KEBETULAN” ?

Banyak kelompok ISLAM mengaku bahawa kelompoknya yang betul dan yang lain salah dan tak ikut SANAD? Dan oleh itu berlaku “PERBAIAHAN” yang berlainan mengikut cita RASA/NAFSU masing masing. Mana taknya semua nak tunjuk kelompoknya yang betul yang lain salah. Bukankah kita semua ini cucu TOK ADAM – tak kisah lah melayu ke, cina ke, india ke, inggeris ke, afrika ke? Bukan kah kita semua bersaudara kerana berasal dari TOK ADAM.

Iblis dah berjanji ia akan menyesatkan anak2 Adam sampai kiamat kecuali manusia itu mengikhlaskan diri dengan Allah atas kehidupannya di dunia ini. Dunia ini kekal ke? Ada dunia lain tak selepas ini? Kita Mati Badan sekali Hidup Badan 2 kali di mana yang hidup ke-2 tu KEKAL. Tapi otak kita telah di racuni dengan mengatakan “HIDUP DUNIA KEKAL” dan di kaburi dengan HARTA dan KUASA.

Semua ini bukan satu KEBETULAN ialah adalah satu perancangan yang halus dan telah di rancang sejak awal lagi dari segenap segi dan sudut. Mari sertai saya dan mengembara sendiri perjalanan hidup dunia ini. Mulakan dengan baca buku kecil yang terbitkan oleh Hijaz Record bertajuk – Membongkar Misteri Dajjal.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda