Monday, May 18, 2015

10 Perkara anda perlu tentang ROHINGYA

10 Perkara anda perlu tentang ROHINGYA
1. Orang Rohingya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (dahulunya dikenali sebagai Arakan)
2. Sejarah orang Rohingya bermula dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan bagi pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam.
3. Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya seperti orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, Parsi dan Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
4. Amnesty International melaporkan etnik Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978 dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.
5. Etnik Rohingya dinafikan kewarganegaraandan tidak mendapat hak seperti rakyat Mynmar yang lain. Juga tetakluk kepada pelbagai bentuk penindasan seperti dikenakan pelbagai bentuk cukai, tanah dirampas, rumah dirobohkan dan dihalau dari kampung halaman mereka.
6. Pada 1978, kira-kira 200,000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran Operasi Nagamin oleh tentera Mynmar secara besar-besaran.
7. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa sebarang bayaran dan dipaksa untuk menjadi buruh untuk projek-projek pembinaan semasa pemerintahan tentera Myanmar.
8. Kepada Myanmar, Rohingya ialah pendatang dari Bangladesh, mereka bukan sebahagian daripada 137 minoriti di negara itu.
9. Orang Rohingya adalah bangsa tanpa Negara kerana Myanmar tidak mengiktiraf mereka sebagai salah satu dari 137 minoriti di Negara tersebut dan Bangladesh juga enggan menerima mereka.
10. Apabila Bangladesh enggan menerima mereka, kebanyakkan etnik Rohingya melihat peluang untuk mendapat pembelaan dan kehidupan lebih baik di Indonesia dan Malaysia. Ini dapat dilihat dengan trend kebanjiran orang Rohingya yang hadir ke negara ini semenjak 1980-an. Isu ini juga membuka kepada peluang ‘perniagaan’ pemerdagangan manusia yang menjadi orang tengah dalam membawa masuk mereka ke negara-negara SEA.
Untuk menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya – MyCARE sila ikuti maklumat lanjut di Nusantara Care (NICE).
Aiman Khairul Azzam | Aktivis MyCARE

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda