”Jika kuasa kamu bahawa kamu banyakkan mengucap istighfar hendaklah kamu banyakkan, maka bahawasanya tiada suatu yang terlebih berkemenangan di sisi Allah Ta’ala dan tiada terlebih dikasihinya daripada istighfar.” (Riwayat Al-Hakim)
Hadith 350, Kitab Tajzibu Athraf Al-Hadith
Bulan Ramadhan adalah kewajipan dalam waktu yang sempit, bagi siapa yang berlengah-lengah dalam merebut peluang beramal dalam bulan ini akan mengalami kerugian yang nyata kerana dia tidak mungkin mendapat ganjaran ramadhan di bulan yang lain. Maka perbanyakkan istighfar sungguh-sungguh sepanjang ramadhan yang tinggal 10 hari ini, dengan keyakinan ikhtiar yang sedikit itu Allah akan melindungi kita dan mengampunkan kita.
Berdasarkan hadith, ”Jika kuasa kamu” kata-kata ini bermakna tidak ada batas dalam kemampuan manusia, maka buatlah sebanyak mana mungkin. Nabi s.a.w. menggalakkan beristighfar tidak kira berapa banyak kali atau berapa banyak, atau pada waktu tertentu sahaja.
Istighfar adalah memohon keampunan Allah. Berlindung daripada kemurkaan Allah dan keadilan Allah (bagi perkara maksiat yang dilakukan, mohon belas Allah untuk tidak dihukum) lantaran dosa yang dilakukan.
Akibat Dosa:
Dihilangkan khusyuk dalam solat
Dibenci oleh segala makhluk
Diangkat keberkatan dalam rezeki dan ilmu
Dosa membawa musibah kepada diri sendiri dan orang sekeliling (contoh orang yang tidak solat)
Allah adalah Dzat yang tidak jemu mengampunkan/memaafkan, melainkan seseorang itu mati dalam keadaan syirik. Maka kita tidak boleh putus asa dalam memohon perlindungan daripada kemurkaan Allah akibat dosa-dosa kita walau sebanyak mana pun.
Contoh-contoh dosa yang tidak disedari:
menjeling sahabat dengan pandangan menghina
bergurau dengan kata-kata yang memperlekehkan sahabat
beristighfar dalam keadaan tidak menutup aurat
mengumpat orang
Allah menyintai hambaNya yang telah tewas dengan nafsu dan berbuat dosa, tetapi kemudian beristighfar memohon ampun.
Dosa adalah penghalal kebinasaan dan pengundang musibah. Jika tidak berlaku tegur-menegur dalam sesuatu kelompok, maka Allah akan turunkan musibah.
Fadhilat istighfar:
Dilindungi daripada azab (contoh azab dosa adalah kerunsingan dalam hati tanpa bersebab)
Menjernihkan dan mengkilatkan hati yang berkarat akibat dosa menyebabkan Allah s.w.t. menjadikan kita dimurahkan rezki dan dimudahkan kehidupan.
Terbebas daripada azab api neraka.
Perbanyakkan istighfar dengan sayyidul istighfar sepanjang bulan ini terutamanya pada waktu sahur yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sayyidul istighfar istimewa kerana:
Mengikrarkan ke-Esaan Allah
Mengikrarkan kita diciptakan oleh Allah semata-mata
Mengakui perjanjian kita dengan Allah
Mengakui kewajipan kita berdasarkan shariah dan mengakui keterbatasan kemampuan berdasarkan hakikat
Mengakui nikmat yang dikurniakan dan dosa yang dilakukan
Mengakui tiada yang boleh mengampunkan dan menyelamatkan kita kecuali Allah
Titipan ringkas daripada Kuliah Dhuha Ustaz Haji Zulkifli Ismail, Pondok Baitul Qurra’ Wal Ilmi (29.08.10)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment