Oleh: mahmod
"Faham sifat nabi iaitu Siddik,Amanah,Tabligh dan Fatonah mampu menyelamatkan mampu menjadikan kita selamat dalam perjalanan sempena hari raya puasa pada tahun ini. Adapun 4 sifat NAbi ialah :-
1. Siddik - yang maha benar
Maha benar boleh ditakrifkan tentang kemahiran kita dalam memandu. Jika kita positifkan pemiikiran kita akan akuai bahawa nyawa kita memang di tangan Allah. Oleh itu kita akui yang setiap suruhan Nabi adalah benar belaka. Nabi telah mengajar kita tentang bermusafir. Oleh itu ikutlah sunnah Nabi dalam musafir kerana perjalanan balik kampung itu adalah bermusafir.
2. Amanah - dipercayai
tanggunjawb kita terhadap keluarga adalah amanah. Keselamatan mereka adalah amanah dan perjalanan kita ke kampung untuk berjumpa keluarga juga adalah amanah. oleh itu jaga amanah yang telah Allah berikan. Pastikan semua amanah kita itu selamat.
3. Tabligh - menyampaikan atau berkomunikasi.
Nabi telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ajaran Al-quran dan memahami Hadithnya. Rasulullah telah berjanji, sesiapa yang tetap memegang Al-quran dan Hadith, beliau pasti selamat. Oleh itu marilah kita mengambil iktibar dari Al-quran. Salah satu ayatnya ilah 'BERDOALAH NESCAYA AKU PERKENANKAN" ALLAH TEMPAT MEMINTA" 'BACALAH DENGAN NAMA ALLAH:
Jelas menunjukkan kita disaran meminta, memohon dan membaca. Maka itu jika kita ingin memulakan sebarang perjalanan, kita disunatkan membaca doa untuk menaiki kendeaan. Kita juga perlu meminta doa supaya kita selamat dalam perjalanan. Mohonlah doa agar jalan raya tidak sesak, perjalanan lancar dan semua penumpang ceria dalam perjalanan, Insya Allah kita akan selamat sampai ke destinasi tujuan kita.
4. Fathonah - bijaksana
Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah adalah sebaik-baik makhluk di dunia. Kita juga termasuk golongan yang bijaksana dalam pemanduan kenderaan samada di udara, di laut mahupun di darat. Jangan sia-siakan kebijaksanaan kita semasa memandu, Biarlah lambat asalkan selamat, Biar cepat janji selamat.
Rumusannya sebelum memulakan perjalanan ikutilah panduan berikut supaya kita termasuk manusia yang siddik, beramanah, tabligh dan fathonah.
1. Pastikan kenderaan dalam keadaan 100% OK (di servis dan diselia)
2. Pastikan diri kita FIT untuk perjalanan jauh. (berehat secukupnya sebelum mulakan perjalanan)
3.Pastikan kita memohon kepada Allah supaya kita selamat (solat hajat/baca ayat perlindungan diri dan keluarga serta banyak berselawat kerana 1 selamat digandakan dengan 10 Rahmat)
4. Mulakan setiap perjalanan dengan Bismillah dan diakhiri dengan selamat sampai ke destinasi. - Alhamdulillah.
Wasalam.
Selamat Hari Raya 1431H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
No comments:
Post a Comment