AsSalam,
Oleh ramziredang
"Jika seorang wanita muncul di kaca TV tidak menutup aurat dan disiarkan di seluruh dunia serta ditonton oleh lelaki dari segenap pelosok dunia akan auratnya, tidakkah itu bermakna dosanya tersebar di seluruh dunia? Tentu 'keuntungan dosa' itu berlipat kali ganda dan pemegang saham utamanya, si suami yang bacul akan mengaut sama ke dalam saku akhiratnya. Kemana perginya ulama yang patut menasihatinya? atau mungkin wanita tersebut ada pendapat lain dalam hal aurat seperti mana pandangan Sister In Islam (SIS)?. Pengurus program SIS, Norhayati Kaprawi pernah berkata dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa pasir gudang," pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat"
Anehnya, mereka juga menyambut kedatangan ramadan. Cukup meriah sambutannya. Pelbagai program diatur. Majlis berbuka dengan anak yatim, dengan orang miskin, majlis bersahur, terawih , majlis menghadiahkan bubur lambuk dan macam macam lagi.
Itulah realiti umat Islam di Malaysia hari ini. Masjid masjid pada bulan ini penuh dan terang benderang dengan cahaya lampu. Imam pula dibawa khas dari masjidil haram. Siang pula dipenuhi dengan bazar ramadan, yang dikunjungi wanita tak bertudung, menampak leeher yang jinjang ( siap lobe bite), aluar buah dada, bra yang ketat dan menampak buah dada, seluar yang ketat, pakai baju t-shit (tangan nampak) tetapi masih pakai tudung , Bermacam macam kuih dan juadah dapat kita cari. Kekadang yang sudah berpuluh tahun tidak pernah dilihat dan didengar nama kuih, pun ada dijual.
Seolah olah ramadan adalah pesta bagi nafsu. Bukan bulan menahan nafsu. Jadi untuk menyesuaikan dengan nafsu yang menggila ini, maka bazar ramadan pun jadi macam pesta,penuh dengan sambutan. Tidak hairanlah jika kita lihat, di kiri kanan masing masing membimbit makanan macam untuk dimakan dua tiga orang, padahal ianya hanya untuk seorang. Tidak hairan juga jika kita lihat para peniaga dapat mengaut keuntungan hingga beratus ribu sebulan. Tidak hairan juga ramai orang berbelanja berlipat kali ganda wang simpanan mereka, di bulan ini berbanding bulan bulan biasa. Kononnya kerana kita berpuasa.
Tetapi pada masa yang sama ada satu keganjilan berlaku. Mereka berpuasa tetapi mereka tidak sembahyang. Mereka berpuasa tetapi tidak menutup aurat. Mereka berpuasa tetapi mereka bergaul bebas lelaki perempuan. Mereka berpuasa tetapi bermacam macam maksiat diteruskan seperti biasa. Itu biasa.
Bagi yang agak rasa malu sikit, mereka berhenti maksiat di bulan puasa. Mereka menutup aurat hanya di bulan puasa. Kerana itu ada yang masih berkunjung ke disko tetapi ada yang rehat sekejab di bulan puasa. Kekadang terdengar mereka berkata, "hormatlah sikit bulan puasa". Ada pula yang berkata, "tunggulah nanti lepas puasa" bila ada kawan kawan yang 'merancang' sesuatu.
Lantaran kerana ramadan yang tidak dihayati dengan cara yang sepatutnya inilah, yang menyebabkan masjid kembali sunyi bila sahaja selepas ramadan. Hinggakan ada setengah masjid imam dan bilal sahaja yang jadi pengunjungnya.
Para pemimpin yang dulu sentiasa berpindah pindah masjid berjemaah dengan pengundi kawasan hilang entah ke mana. Mungkin ketika itu sedang berjemur di pantai Bali.
Program tv yang pada bulan ramadan dipenuhi ayat quran dan hadis, mula menyiarkan hiburan menggila bermula pada hariraya lagi. Lagak artis bercampur gaul lelaki perempuan dengan menggayakan bermacam fesyen pakaian raya menjadi satu 'kempen terbalik' kepada anak anak kita. Sangat kontra. Keadaan sudah menjadi sangat drastik dan mengejutkan dari suasana ramadan. Terasa pelik dan tertanya tanya, TV yang sama menyiarkan program agama pada bulan ramadan, TV ini jugalah yang menyiarkan maksiat, yang seolah olah menghapuskan terus jiwa agama yang disiarkan sebelumnya.
Oleh kerana kebiasaan kehidupan umat hari ini yang telah terbiasa dengan cara hidup yahudi dan nasrani, maka kedatangan ramadan tidak memberi apa apa kesan di hati mereka. Tidak mampu mengubah dan menambah sedikitpun keimanan dan sifat ketaqwaan mereka. Bagi mereka kedatangan ramadan hanyalah seperti satu pesta, pesta makanan, pesta tarawih dan macam macam pesta.
Hadis riwayat Muslim,: daripada Abu said al khudri ra berkata, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "kamu akan mengikuti jejak langkah umat umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawakpun kamu akan mengikutinya". Sahabat bertanya"ya rasulullah!Apakah yahudi dan nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw menjawab, "siapa lagi kalau bukan mereka"
Daripada Abu hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda," ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama golongan penguasa yang(zalim) mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun hayunkan bahu. Kepala mereka(sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya(syurga). Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.(Hadis riwayat Muslim)
Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: "sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali"( hadis riwayat baihaqi)
Marilah kita renungkan bersama, semoga Islam kita tidak hanya pada nama dan ramadan ini bukanlah hanya satu pesta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment