Thursday, September 30, 2010

Pondok Pdg Temu Buat Open House Pondok

As Salam,

Pondok Pdg Temu merupakan  pusat Pengajian kitab-kitab turath sebagai menyambung usaha ulama’-ulama’ silam dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat untuk semua. Pengajian ini akan menggunakan beberapa kitab Jawi yang masyhur dikalangan masyarakat di Alam Melayu. Kebanyakan kitab-kitab ini diajar di pondok ini merupakan sebahagian bahan rujukan oleh para ahli akademik di universiti-universiti. Kaedah pengajaran yang akan dibuat ialah membaca / membahas isi kitab dari kulit ke kulit, iaitu sehingga habis. Ia tidak akan tertumpu kepada satu-satu topik khusus dalam kitab-kitab tertentu, tetapi lebih kepada cara pengajian tradisi dengan menghabiskan sesebuah kitab itu.

Maka pihak pondok & PMKT, berbesar hati ingin menjemput tuan / puan dan semua individu yang pernah menyumbang kepada pembangunan Pondok Pdg Temu agar dapat hadir ke majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri di Pondok Pdg Temu pada 23 Syawal 1431 H @ 2/10/2010 bermula jam 3.00 ptg hingga 8.00 malam.Keterangan sila lawat http://www.pmkt.com.my/

Selamat datang dan lihat sendiri pondok yang tuan / puan sumbangankan itu..

Sekian
Otam

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda