LAMAN sembang facebook sejak dua minggu terakhir ini banyak menimbulkan celaka dan bala.
Dua minggu lalu, seorang pelajar perempuan kolej berusia 18 tahun di Terengganu trauma apabila rakannya sendiri memasukkan koleksi gambar separuh bogelnya ke dalam akaun facebooknya, menyebabkan gambar berahi dan penuh seksi itu ditonton ribuan mata serigala lapar.
Beberapa hari selepas itu, seorang pelajar di sebuah sekolah asrama di Perak, cedera di mata dan mukanya apabila dia dibelasah oleh rakannya sendiri atas dakwaan menceroboh akaun facebook rakannya itu. Mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital kerana parah di mata, walaupun menafikan dia melakukan perbuatan menceroboh seperti didakwa.
Tiga hari lalu, di Johor seorang lelaki 20-an ditikam sehingga cedera oleh rakannya juga kerana bertengkar fasal laman facebook.
Dan kira-kira jam 2 pagi kelmarin, celaka angkara laman facebook berlaku lagi apabila seorag pemuda, Mohd Nazreen Akmar Nazlan, 20, dibelasah sekumpulan 50 orang di sebuah restoran di Taman Tun Razak, Kuala Lumpur.
Mohd Nazreen dikatakan mahu berjumpa seorang rakan sosial laman facebooknya dikenali sebagai Linda, sebelum teman lelaki wanita itu bersama beberapa yang lain mengepung dan menuduh Nazreen menghantar SMS lucah kepada Linda.
Namun Nazreen menafikannya kerana katanya dia hanya mengenali Linda menerusi facebook dan tidak pernah bercakap menerusi telefon atau bertemu sebelum ini. Bagaimanapun, dia dan kawannya dibelasah teruk. Bapa dan abangnya yang datang, termasuk dua anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan juga cedera.
Nampak benar, bodoh manusia. Gara-gara facebook masing-masing hilang pertimbangan!
kredit : singalaut.blogspot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment