Friday, October 08, 2010

BONUS AMAL SOLEH DI DUNIA

Alkisah, tiga orang sahabat pernah bermalam di sebuah gua dalam suatu perjalanan musafirnya. Tiba-tiba sebuah batu gunung yang besar jatuh persis di hadapan pintu gua itu. Apa daya, mulut gua yang tadinya terbuka kini tertutup rapat. Tiga sahabat ini berusaha untuk mendorong batu, tetapi tenaga mereka tidak mampu untuk menggesernya walau sedikit. Mereka hampir-hampir putus asa lantaran tidak menemukan jalan keluar yang boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Salah seorang dari mereka kemudian berkata, "Apakah kita pernah melakukan suatu amal kebajikan besar sepanjang hidup? Apabila pernah, kita mhon saja dari Allah ganjarannya boleh diberikan segera biar kita boleh sela dari malapetaka ini."

Mereka berusaha untuk mengingat-ingat amal kebajikan besar apa yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya. Kerana mungkin dengan cara seperti ini, Allah berkenan untuk menyelamatkan mereka dari maut yang tidak dikehendakinya itu.

Yang pertama berkata dalam doanya, "Illahi, dahulu aku punya orang tua. Ku pelihara mereka dari anak isteriku seklipun. Bahkan aku tidak akan menyentuh makanan sebelum tangan kedua mereka yang menyentuhnya. Illahi suatu hari aku pulang larut malam kerana mencarai nafkah. Ku dapati kedua orang tuaku, isteriku dan anak-anakku sudah tertidur. Kusiapkan makanan mereka dan ku hidangkan untuk kedua orang tuaku. Aku tidak mahu membangunkan tidur mereka kerana khuatir mengganggu. Kutunggui mereka sampailah fajar terbit. Anak-anakku menangis dan bergelentangan di kakiku meminta makanan. Tapi, ya Rabbi, aku tidak beri mereka makanan itu sampailah kedua orang tuaku bangun dan memakannya. Illahi, apabila yang ku lakukan itu semata-mata keranan wajah-Mu dan ada nilainya di sisi-Mu, maka selamatkanlah kami dari bencana ini."

Tiba-tiba dengan batu gunung yang besar itu, dengan kuasa Allah bergeser sedikit dari tempatnya. Namun, mereka masih belum boleh keluar dari sana.

Yang kedua berdoa, "Allahumma, ya Allah, dahulu aku punya seorang sepupu perempuan. Aku sangat mencintainya. Suatu hari aku berniat jahat padanya, tetapi dia menolak. Selang berapa tahun kemudian, dia mendatangiku. Ku berikan padanya wang seratus dua puluh dinar dengan syarat dia mahu melayaniku. Ketika aku akan menyentuhnya, dia berkata padaku, 'ittaqullah, takutlah kamu pada Allah. Tiada berhak seseorang menyentuh wanita lain kecuali isterinya." Aku lari meninggalkannya padahal dia adalah wanita yang paling ku cintai. Aku juga tidak mengambil kembali wang yang telah ku berikan padanya. Illahi ya Rabbi, apabila yang ku lakukan itu ada nilainya di sisi Mu, maka selamatkanlah kami dari tempat ini."

Tiba-tiba dengan kuasa Allah batu raksasa itu bergeser lagi sedikit. Akan tetapi, mereka masih belum boleh keluar.

Yang ketiga berdoa, "Ya Allah ya Rabbi. Dahulu aku ada banyak pekerja. Setiap saat ku bayar gaji mereka dengan penuh. Suatu hari salah seorang dari mereka tidak datang untuk mengambil gajinya. Ku simpan wangnya dan ku jadikan modal usaha sampai akhirnya ia berkembang. Kemudian dia datang untuk meminta gajinya. Ku katakan padanya bahawa binatang-binatang ternak yang ada, unta, sapi, kambing, dan hamba-hamba sahaya itu adalah milikmu. Semula dia tidak percaya, tetapi setelah aku jelaskan di ambil semua miliknya dan tidak sedikit pun dibiarkannya untuk ku. Ya Allah ya Rabbi, apabila yang ku lakukan itu ada nilainya di sisi-Mu, maka selamatkan kami dari tempat ini."

Dengan kuasa Allah, batu gunung yang besar itu akhirnya bergeser lagi. Akhirnya mereka keluar dan selamat dari bencana besar itu.

Mengomentari cerita ini, Ibnu Hajar berkata, "Jika bertawasul dengan amal soleh dan amal kebajikan boleh bermanfaat, apa lagi bertawasul dengan tokoh-tokoh amal soleh."

posted by mushahidah

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda