Emosi negatif adalah pembunuh jiwa. membantutkan kecemerlangan diri dan memusnahkan kebahagiaan. Memikirkan sesuatu perkara dalam keadaan diri yang penuh beremosi sangat menarik perkara negatif berlaku dalam kehidupan. Andai diri sentiasa dibelenggu oleh emosi negatif maka perkara yang difikirkan ketika itu akan berterusan berkunjung dalam kehidupan anda.
contohnya; andai anda bermasalah dengan suami; pada anda , suami sentiasa mendahulukan orang lain daripada anda dan anak-anak, anda bersedih dengan keadaan itu kerana itu yang selalu suami buktikan melalui tingkah laku ataupun kata-katanya, maka dalam keadaan yang beremosi itu, apa yang anda fikirkan akan menarik lebih lagi keadaan yang serupa dalam kehidupan anda.
anda akan kerap bertemu dengan situasi yang suami mendahulukan orang lain dalam kehidupan anda,..
sebenarnya, apa yang berlaku, anda yang menarik keadaan ini . Minda separa sedar anda akan memberi apa yang anda fokus . sekiranya anda ketika beremosi beranggapan.. emm memang suami aku macam tu,.asyik pentingkan orang lain,.. lalu minda separa sedar anda akan bertindak atas kenyataan itu ,…minda separa sedar itu menarik lebih banyak keadaan ‘suami anda lebih pentingkan orang lain dari anda’…..berterusan , dalam hidup anda.
ini kerana anda yakin akan kenyataan itu berdasarkan pengalaman anda bersama suami. Suami menunjukkan sikap begitu, lalu, anda yakin yang suami anda memang begitu… mementingkan orang lain dari anda,..
lantas, .. atas keyakinan anda itu,.. minda separa sedar menarik situasi serupa dalam hidup anda,..
hasilnya,.. akan datanglah lagi situasi di mana anda dapati suami anda sentiasa memntingkan orang lain dari anda,.. berterusan. kerana itu yang anda fokus ketika beremosi.
emosi, jelas suatu yang mendatangkan padah andai anda tidak tahu cara mengendalikannya. Kerana itu anda perlu sentiasa bertenang dan mampu untuk tidak beremosi negatif. anda mampu mencantas emosi negatif setiap kali ia cuba bertandang dalam minda. lalu, anda mampu memiliki kekuatan dalaman yang tinggi untuk kekal tenang.
inilah yang perlu anda pelajari,..
1. bagaimana untuk kekal tenang.
2.mengenali minda anda.
3.mengetahui peratusan kekuatan dalaman anda dan cara meningkatkannya.
4.mengetahui bahawa ubat paling mujarab adalah petunjuk dari Allah serta bagaimana mahu menggunakan khazanah Allah ini untuk menjadi hamba yang bertaqwa .
5.mengetahui tahap mazmumah dalam diri dan bagaimana mahu menghapuskannya.
6.mengetahui cara menggunakan kekuatan doa di tahap maksimum dan faham hakikat hanya doa mampu merubah qada dan qadar.
7. tahu cara menggunakan minda sedar dan separa sedar sebagai satu wadah doa setiap saat.
8. mendapatkan dunia bebas emosi.
9.menjadi insan berminda super.
10.memiliki kejayaan hidup dunia dan akhirat.
sentiasa berilmu, menjadi pewaris nabi.
Tuesday, October 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment