SOLAT SUNAT TAHYATUL MASJID
*Sila klik 2x untuk imej yang lebih jelas
Sedikit huraian/soalan lazim mengenai solat sunat Tahyatul Masjid
SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat sunat merupakan suatu amalan yang sangat digalakkan selain dari solat rawatib (iaitu selepas dan sebelum solat fardhu). Walau bagaimanapun, elok rasanya diterangkan serba ringkas mengenai solat rawatib itu.
Niat Solat Sunat Rawatib ini adalah seperti berikut:
1. Dua rakaat sebelum solat subuh. Lafaz niatnya:
Maksudnya: Sengaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala.
Peringatan:
Solat sunat subuh adalah muakkad, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan isi kandungannya.
2. Dua rakaat sebelum (Qabliyah) dan sesudah (Ba'diah) solat zuhur. Lafaz niatnya:
Maksudnya: Sengaja aku solat sunat sebelum zuhur dua rakaat kerana Allah Taala.
dan
Maksudnya: Sengaja aku solat sunat selepas zuhur dua rakaat kerana Allah Taala.
Peringatan:
Sembahyang sunat zuhur Qabliyah dan Ba'diah ada dua cara: 2 rakaat muakkad dan 2 rakaat tidak muakkad. Sama ada kita sembahyang empat rakaat dengan dua salam atau empat rakaat satu salam.
Ada pendapat mengatakan bahawa sembahyang sunat asar 4 rakaat bukan 2 rakaat.
3. Dua rakaat sebelum asar. Lafaz niatnya:
Maksudnya: Sengaja aku solat sunat asar dua rakaat kerana Allah Taala..
Sembahyang sunat selepas Asar tidak disunatkan bahkan HARAM
4. Dua rakaat selepas Maghrib. Lafaz niatnya:
Maksudnya: Sengaja aku solat sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.
Sembahyang sunat Maghrib sebelum maghrib tidak muakkad.
5. Dua rakaat sebelum (Qabliyah) dan sesudah (Ba'diah) isya'. Lafaz niatnya:
Maksudnya: Sengaja aku solat sunat sebelum isya' dua rakaat kerana Allah Taala.
dan
Maksudnya: Sengaja aku solat sunat sesudah isya' dua rakaat kerana Allah Taala.
Sedikit huraian mengenai solat sunat Rawatib

Bertanya anda tentang solat sunat tahiyatul masjid, maka dijawab: Adalah solat itu solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lainnya, hanya sanya diniatkan sunat tahiyatul masjid. Dilakukan untuk menghormati masjid, bila masuk sahaja ke dalam masjid sebelum duduk.
Bagaimana jika masuk itu terus duduk, masih bolehkan melakukannya?
Jika duduk itu dengan sengaja, maka tiada lagi disunatkan solat itu. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat. Adapun bagi orang yang tidak dapat mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid disebabkan dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca: (Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar) sebanyak 4 kali.
Jika masuk ke dalam masjid dan didapati azan sudah berkumandang, bagaimana?
Bila azan sudah berkumandang, maka berdiri ia menjawab azan tersebut, kemudian melakukan solat sunat rawatib. Solat sunat rawatib itu dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat sunat tahiyatul masjid.
Jika masuk ke dalam masjid dan didapati jemaah solat sudah didirikan, bagaimana?
Tiada perlu lagi solat sunat tahiyatul masjid atau solat sunat yang lainnya. Jika didirikan, jadi makruh. Terus sahaja mengikut jemaah tersebut untuk solat fardhu. Ia sudah dikira memadai memenuhi tuntutan solat sunat tahiyatul masjid.
Apakah bacaannya yang mengiringi surah Al-Fatihah?
Dibaca apa-apa surah yang ringan dan kebiasaan yang dilakukan adalah pada rakaat pertama, surah Al-Kafirun, dan rakaat kedua, surah Al-Ikhlas.
Bolehkah dilakukan solat sunat tahiyatul masjid ini di tempat lain daripada masjid?
Tiadalah dibolehkan yang demikian seperti surau atau musolla (bilik solat). Hanya sanya yang dituntut untuk solat tersebut adalah pada bangunan yang dibina khusus sebagai masjid.

Solat sunat rawatib dianjurkan kepada kita melakukannya sebagai memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah. Malah solat sunat seumpamanya adalah berguna untuk menampung kekurangan yang ada dalam solat fardhu. Ada pada 5 tempat atau 10 rakaat solat sunat rawatib yang termasuk dalam solat sunat muakkad yakni sangat dituntut untuk dilakukan. Ia adalah solat sunat 2 rakaat subuh (sebelum subuh), 2 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak.
Solat sunat Subuh atau dinamakan juga solat sunat fajar adalah solat sunat rawatib yang paling utama berbanding solat sunat rawatib yang lainnya. Adapun Rasulullah ada menyatakan keutamaan bersembahyang solat sunat subuh ini sepertimana dalam maksud hadisnya:
“2 rakaat solat sunat subuh itu lebih berharga daripada dunia dan seisinya.”
“Solat sunat subuh 2 rakaat itu mendapat pahala yang besar.”
Solat sunat ini dilakukan dalam waktu subuh sebelum solat fardhu subuh dengan diniatkan solat sunat subuh atau solat sunat sebelum subuh. Yang dianjurkan Nabi s.a.w. rakaat pertama selepas fatihah membaca Al-Kafirun dan rakaat kedua selepas fatihah, membaca Al-Ikhlas.
Namun boleh juga selepas fatihah, membaca selain daripada kedua-dua surah itu. Seperti yang dimaklumi oleh Imam Ghazali dalam kitabnya agar membaca surah Al-Insyirah dan Al-Fiil. Sesetengah ulamak membolehkan membaca kesemua surah tersebut dalam satu sembahyang sunat. Namun, boleh juga diselang-selikan. Sebagai contoh, satu hari dengan Al-Kafirun dan Al-Ikhlas, dan hari lain dengan Al-Insyirah dan Al-Fiil.
Solat sunat rawatib ini boleh sahaja dilakukan samada berdiri atau duduk. Kerana ada kelonggaran bagi solat selain solat fardhu untuk mendirikannya secara duduk. Namun tidaklah sama pahalanya dengan orang yang solat secara berdiri. Rasulullah menjelaskan, “pahala bagi orang yang solat duduk itu separuh daripada orang yang solat berdiri”.
Adalah makruh mendirikan solat sunat rawatib ini jika muazzin (bilal) sudah qamat atau bersedia untuk qamat. Haram mendirikannya, jika kita sudah kesempitan waktu untuk melakukan solat fardhu sekira-kira tidak mendapat satu rakaat dalam waktu. Dan menyalahi yang utama (khilaful aula) mendirikan solat sunat rawatib bagi orang yang ada tanggungan hutang solat fardhu. Lebih utama bagi orang tersebut mengqadha solatnya.

.
__,_._,___
1 comment:
Alhamdulillah..shukran jaziilan ya akhi...
Post a Comment