Salam , Ramadhan Kareem
Saya ada kawan.
Nama samaran dia Ustaz, nama sebenar dia tak perlu tahulah. Nanti dia segan. Ustaz ni kawan saya masa di UTM dahulu, kami satu kelas, satu kursus dan satu asrama. Di UTM kami tak panggil asrama tapi kami panggil Kolej Kediaman. Kolej Kediaman kami terletak atas bukit dan namanya Kolej Perdana. Saya dan Ustaz mula mengenal sejak tahun dua, kami sama-sama ambil kursus kejuruteraan elektronik dan dia adalah anak jati Johor Bahru. Dia ni terkenal di Kolej kami sebagai pengasas gerakan Tabligh dan juga merupakan salah satu jemaah yang setia berkunjung ke surau.
Orang ramai mengingati dia sebagai seorang yang rajin menziarah ke bilik orang untuk bercakap mengenai iman. Namun kemudian dia akan menjadi terkenal kerana penerbitan risalahnya yang tidak bersetuju dengan banyak kegiatan dalam gerakan tabligh. Tak payahlah kita cerita panjang lebar mengenai perkara itu.
Apa-apa pun umum diketahui Ustaz ni seorang pelajar yang baik dan rajin, tak pandai sangat tapi rajin belajar. Tapi bagi saya Ustaz bukan sekadar lebih dari seorang yang baik dan rajin beribadah. Ustaz dalam ingatan saya adalah seorang kawan yang tidak berat membantu kawannya yang susah, orang yang sangat menghormati gurunya, seorang yang tak sudah-sudah repair komputernya yang tak habis-habis beri masalah. Ustaz selain fasih dalam kitab-kitab lama (termasuk kitab Permata Yang Hilang) dia juga mahir membaiki Cakera Keras (Hard Disk lah tu), peminat fanatik game Final Fantasy dan suka menonton babak mengharukan cerita anime cinta kompleks.
Walaupun beliau kelihatan tegas dalam kegiatan harian beliau (termasuk menjadi pelajar silat cekak) namun jauh di sudut biliknya yang sepi ditemani rakan sebiliknya yang ala-ala “vampire” bernama Ecam itu, dapat kita lihat yang sesungguhnya hati Ustaz bukan kristal. Saya teringat apabila Ustaz menjadi gundah gulana apabila seorang anak gadis menghantar pesanan melalui Friendster untuk berkenalan; beliau tertarik dengan tulisan Ustaz mengenai hukum hakam.
Apatah lagi melihat dia segan silu apabila kami menanya mana dia dapat dan untuk siapakah “keychain” kristal ukiran bunga ros yang terletak di atas mejanya. Itu belum lagi wajah terharu dan pilu beliau apabila menonton adengan School Rumble (nama anime) ketika Tsukamoto Yakumo membaca kata hati adik Harima Kenji yang mengeluarkan kata-kata ikhlas mengenai perasaan beliau ketika memandang wajah Kak Yakumo.
Siap buat adengan klip pendek tuh lepas tu kongsi dengan kawan-kawan “otaku”. Tak lupa juga Ustaz pernah menonton seluruh siri Tabib Hor Jun, kisah seorang tabib dari Korea atau Taiwan (tak pasti) sekali gus 16 jam tanpa henti. Ye dia memang seorang nerd! Memang banyak kisah dan pengalaman yang saya ingat dengan Ustaz, namun ada satu kisah yang saya tidak akan lupa, tak boleh lupa dan tidak mahu lupa.
Ustaz telah mengajar saya suatu perkara yang sangat-sangat berharga dan saya pasti beliau langsung tak sedar mengenai perkara ini.Kadang-kadang sesuatu yang kita kata mungkin biasa bagi kita namun sebuah permata yang bernilai bagi orang lain (Bukan Permata yang Hilang ahh). Satu hari saya Ustaz dan rakan-rakan pergi ke Jaya Jusco Tebrau. Sedang kami seronok berjalan-jalan masuklah waktu solat Asar jadi kami pun singgahlah ke surau. Ketika itu kalau berjalan ke mana-mana saya memang suka memakai selipar jenama Osaki ataupun Asadi. Ini adalah kerana selipar bagi saya mudah dipakai, selesa dan ianya sering padan dengan warna kulit dan pakaian saya. Mudah saya untuk ambil air sembahyang ketika berada di surau.
Namun ketahuilah bila di surau dalam pusat membeli belah, semua orang datang memakai kasut jadi mereka suka meminjam selipar untuk dibuat ambil air sembahyang. Mungkin mereka ingat yang selipar tu surau punya. Ketika saya sudah habis sembahyang Asar saya pun pulang dan berasa marah ketika saya mendapati selipar Jepun saya hilang. Jadi saya yang berasa marah pun tunggulah gerangan manusia yang mengambil selipar orang sesuka hati. Saya memang tak suka orang main ambil selipar saya, saya tak suka pakai selipar saya yang dah basah, ada bekas kaki orang lain.
Nanti jalan tak selesa, rasa macam nak marah je si polan yang main sedap hati je “Pau” selipar aku! Pakai lah selipar surau ke tak pun kaki ayam je lah! Inilah dia mentality rakyat Malaysia, ambik sesuka hati je. Tengah saya pandang orang yang pau selipar saya tu dengan tak puas hati serta pakai kembali selipar saya yang sudah basah dengan air kaki siapa ntah. Ustaz menegur saya. “Wahh untung lah kau.” “Kenapa lah?” Saya tanya kembali. “Ye lah ko dapat banyak pahala hari ni. Selipar ko banyak berjasa bantu orang ambil sembahyang hari ni, besar jasa tu. Tak sangka kan.” Saya terdiam sebentar. Kelu Seribu Bahasa. “Ye tak ye…”
Saya jawab dengan nada yang perlahan. Kemudian kami pun bergerak kembali untuk merayau-rayau... Ustaz pada hari itu telah mengajar saya bahawa, ada sudut lain yang boleh kita pandang dari sesuatu kejadian itu dan janganlah saya hanya asyik memandang dari sudut diri sendiri sahaja. Jangan lokek untuk berkorban demi kebaikan, jangan sibuk mementingkan diri sendiri dan bukalah hati yang sempit ini. Ustaz mengajar saya tanpa sengaja dan disedari beliau bahawa Sembahyang, Berzikir dan berbuat ibadah tidak cukup untuk menjadi seorang Muslim yang baik.
Ustaz mengingatkan saya tentang keikhlasan dalam ibadah, Niat dalam suatu perlakuan, dan perasaan dari hati yang bersih dan tenteram. Hinanya saya rasa pada ketika itu. Sungguh busuk dan kotor jiwa nurani saya ini. Rupanya jauh lagi perjalanan saya ini......... Doa-doakanlah agar suatu hari nanti, hati saya akan menjadi lebih bersih dan suci dan setiap perlakuan saya adalah ikhlas.
Moga kalau saya tersasar dari pangkal jalan, akan muncul orang-orang seperti kawan saya ini yang akan mengingatkan saya tentang apa erti sebenar menjadi seorang Islam.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan Tunjuklah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Al Fatihah - Ayat 5-7
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment