Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah
yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada
seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham
meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan.
Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan
jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada
Allahyarham?
Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di
Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak
dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki,
meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya,
Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.. Dia pegawai
kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia
bekerja.
Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di
rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya
diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.
Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila
Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya
yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh
tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan
rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu
roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin
banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak
putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan.
Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi
ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula
anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.
Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah
saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"
Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"
"Mayat ayah saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah
ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun
dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.
Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia
ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan
terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah,
saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya
pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya
pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan
kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau
busuk mayat itu.
Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam
keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan
dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh
Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.
Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia
meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa
dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik
dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.
Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami
ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga
besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak
mampu menahan darah yang keluar.
Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti
dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga
tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu
menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan,
tapi tak berkesan.
Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah
menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham
tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu
macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.
Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin
lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau
saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak
menyerupai wajah manusia lagi.
Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada
semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti
kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain
daripada dua orang pembantu, tiga orang anak
Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi
sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana
tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya
tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.
Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi
merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan
plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah
kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut
syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam
keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama.
Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah
Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu
dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami
suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan
Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.
Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang
amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa
tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab
hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu
rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak
pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula
kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam
keadaan ia ditenggelami air.
Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu
bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,
busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin
lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari,
orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang...
Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup
dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup.
selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan,
saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula
ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham
yang bersedih.
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah.
Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia
adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar.
Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan
besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin
apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu
daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.
PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula
banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi
perlu diingat darah itu mahal harganya.
KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah
kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber
darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada
rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan
sebagainya yang bukan milik kita.
KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan
raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi perempuan,
ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas)
selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru
dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah
kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia
juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.
Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar.
Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T.
Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment