Md Daud CheNgah BH 19/2/06
ROSLAN dan Fatimah menunai-kan haji buat kali kedua tahun ini. Pertama kali kira-kira 10 tahun lalu. Ketika itu tidak banyak ke-mudahan perhubungan melalui teleko-munikasi antara jemaah di Makkah dengan sanak saudara di Malaysia.
Kini sudah ada perkhidmatan dail terus melalui perkhidmatan telefon. Guna dulu, bayar kemudian di tanah air. Bayangkanlah kalau seorang jemaah menggunakan telefon cara begini sangat kerap, berapa banyak bil yang per-lu dibayar di Malaysia.
Ada juga perkhidmatan telefon an-tarabangsa yang disediakan syarikat Arab yang boleh digunakan jemaah se-cara bayaran segera selepas digunakan. Perkhidmatan ini agak menjimatkan ke-rana pengguna boleh mengagak bayaran dikenakan dan hanya bercakap perkara yang mustahak saja.
Namun, kebelakangan ini kemuda-han menggunakan telefon bimbit amat meluas di Tanah Suci, sedangkan 10 tahun lalu hendak menggunakan walkie talkie pun terpaksa minta lesen dan amat sukar diperoleh.
Dengan ledakan teknologi perhubungan dan peralatan canggih seperti telefon bimbit, ia memudahkan urusan jemaah dengan keluarga mereka di tanah air.
Roslan membawa satu unit telefon bimbit yang mempunyai kamera dan mahal harganya. Isterinya juga membawa satu telefon yang perkhidmatan sudah 'roaming' bagi memudahkan perhubungan.
Tujuan suami isteri ini membawa telefon setiap seorang untuk mengesan pasangan ketika di Makkah dan memudahkan perhubungan dengan anak-anak di Malaysia. Pasangan ini asyik menelefon keluarga tanpa mengira jumlah bil.
Suatu hari, ketika waktu Zuhur, Roslan menggantungkan tefefon bimbitnya untuk dibawa ke dalam masjid, tiba-ti-ba beliau ditahan penjaga pintu kerana telefon itu berkamera. Beliau terpaksa berpatah balik ke hotelnya kira-kira 200 meter dari masjid.
Apabila tiba semula, beliau sudah ke-tinggalan dua rakaat dan terpaksa ber-sembahyang di atas jalan. Inilah aki-batnya membawa barangan yang ber-lainan dari ibadat.
"Kalau tahu keadaan begini, lebih baik aku tunggu dan solat Zuhur di luar masjid saja, tak perlu balik hantar telefon ke hotel," Roslan dalam hatinya.
Esoknya, beliau ke masjid seperti bia-sa tetapi kali ini tidak membawa te
lefon bimbit. Isterinya yang membawa telefon bimbit mendail berkali-kali ke-pada suaminya, namun tiada berjawab.
Apabila mereka balik dan bertemu di hotel, isterinya bertanya: "Mengapa abang tidak mengangkat telefon. Saya nak minta izin pergi membeli-belah. Saya terpaksa patah balik ke hotel kerana tidak dapat menghubungi abang!"
Suaminya mengatakan yang dia tidak membawa telefon kerana takut diram-pas penjaga masjid.
"Kalau begitu, tak gunalah kita roaming dari Malaysia lagi," kata Fatimah dengan muka mencuka.
"Yang awak ini asyik lebihkan membeli-belah daripada beribadat kenapa? Sebab telefon bimbit inilah semalam abang kehilangan dua rakaat solat Zuhur.
"Yang, awak ada dengar tak cerita Ustaz Burhan, mutawwif kita mengenai kisah telefon bimbitnya," kata suaminya.
"Mengapa," tanya isterinya.
"Ustaz Burhan dalam perjalanan ke hotel kita dua hari lalu. Apabila hampir sampai, seorang Arab menahannya dan meminta telefon. Ustaz menyangka yang lelaki Arab itu hendak memin-jamnya, tetapi apabila telefon bertukar tangan, lelaki itu menjerit pencuri ke arah ustaz.
"Ustaz Burhan tercengang dan men-jawab dalam bahasa Arab bahawa lelaki itu yang merampas daripadanya. Kemudian beberapa orang Bangladesh yang melihat peristiwa itu turut masuk campur dan meminta ustaz mengajar lelaki Arab itu yang mula mengatur langkah hendak lari itu," katanya.
Tiga orang daripada mereka menge-jar lelaki Arab itu yang berlari meng-hala ke simpang jalan di mana ada seorang polls trafik dan mengadu bahawa Ustaz Burhan mencuri telefonnya.
Ketika itu, mereka bertiga sampai ke situ lalu dikerumuni oleh orang ramai yang lalu-lalang kerana seorang seorang Bangladesh memberitahu polis
Ustaz Burhan bertanya Arab itu berapa nombor telefonnya. Lelaki Arab itu terpinga-pinga tidak boleh menjawab kerana Ustaz Burhan memberitahu dengan tepat nombor telefonnya itu. Penyamun itu sudah pucat. Polls Arab memegang tangannya dan meminta menyerahkan telefon kepada Ustaz Burhan yang lelaki Arab itu mencuri telefon Ustaz Burhan.
Aduan itu bercanggah dengan aduan penyamun itu tadi. Lalu Ustaz Burhan bertanya Arab itu berapa nombor telefonnya. Lelaki Arab itu terpinga-pinga tidak boleh menjawab kerana Ustaz Burhan memberitahu dengan tepat nombor telefonnya itu.
Penyamun itu sudah pucat. Polls Arab memegang tangannya dan meminta menyerahkan telefon kepada Ustaz Burhan tanpa mengambil tindakan undang-undang seperti menggari atau mendakwanya.
Lelaki Arab itu tunduk dan meminta ampun berkali-kali kepada Ustaz Burhan yang warak itu.
Sebenarnya, selepas lelaki Arab itu mencuri telefon, dia bergegas ke ke-retanya untuk melarikan diri, tetapi en-tah apa malangnya, keretanya gagal di-hidupkan.
Apabila sekumpulan orang Bangladesh termasuk Ustaz Burhan pergi menjenguk ke dalam kereta pencuri itu di tepi jalan, mereka nampak beberapa telefon bimbit di atas tempat duduk belakang yang menguatkan lagi dak-waan itu.
Malangnya, tiada pegawai poll's yang meronda di kawasan berkenaan untuk membuat aduan atau mengambil langkah pencegahan supaya tiada peras ugut dari kalangan warga Arab terha-dap pelancong asing.
Sungguh hairan, sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam tidak dapat mengawal ke-jadian kecurian yang berleluasa.
"Habis dapat semula telefon ustaz itu?," tanya Fatimah.
"Dapatlah. Tap! masalahnya mengapa terpaksa melalui kesusahan hanya kerana telefon? Tiadakah penguatkuasaan mengawal pencuri ini?
"Ada cerita lain yang berkaitan dengan telefon juga. Ada seorang mutawwif Indonesia bercakap telefon sam-bil berjalan. Apabila habis bercakap, dia menyimpan telefon berkenaan ke dalam koceknya,
. '3'iba^tiba, datang sebuah motosi^al ya'n'g 'ditunggdngi dua pemuda Aia,6- * rriSWrrfta pinjam telefon kerana'Wefon kepunyaan mereka kehabisan baterf" ' Mutawwif itu simpati dan memberikan telefonnya. Apalagi, mereka terus me-mecut motosikal di celah-celah orang ramai hingga hampir melanggar jemaah haji," katanya.
"Tapi Bang, kalau kita beringat-ingat menggunakan telefon bimbit ini banyak kegunaannya. Kita boleh meng-hantar pesanan ringkas kepada anak kita. Jika dia membalas semula ia masih murah berbanding menggunakan telefon biasa," kata Fatimah.
'Tapi Yang, ada lagi satu cerita mengenai kesulitan telefon bimbit ini," tambah Roslan.
Ada seorang jemaah yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik. Satu hari, selepas keluar dari masjid, telefonnya bordering, dia pun menja-wab. Rupa-rupanya dari anaknya di kampung dan ketika bercakap, telefonnya dicuri.
Teramat banyak maklumat peribadi-nya dalam telefon itu. Senarai nombor telefon keluarga, rakan-rakan, pelang-gan dan nombor akaun banknya selain nombor kad kredit yang sepatutnya di-simpan di tempat lain.
"Dia sangat ralat kerana di Tanah Suci tempat orang beribadat yang diberi ri-buan pahala dan digandakan dosa bagi yang melakukan kekejian tetapi orang masih lagi memilih melakukan kekejian," katanya.
Inilah dugaan di Makkah dan Ma-dinah. Sebab itulah Rasulullah SAW per-nah bersabda bermaksud: "Ada tiga je-nis orang yang datang menunaikan ha-ji. Satu kumpulan orang-orang kaya datang untuk membeli-belah di samping menunaikan haji. Satu kumpulan pula datang memperdengarkan bacaan al-Quran kerana hendak menun-juk-nunjuk bahawa mereka qari. Se-kumpulan lagi orang miskin sengaja bertungkus-lumus walaupun berjalan kaki datang ke Makkah untuk meminta sedekah.
Maksudnya, orang tidak hirau lagi mengenai pencapaian haji mabrur. Mereka lebih mementingkan kerja sam-pingan.
"Jadi, dalam ramai orang yang menunaikan haji itu, agaknya berapa orang yang mendapat haji mabrur ka-lau semua orang lebih mementingkan kerja sampingan daripada ibadat uta-ma," tanya isterinya lagi.
"Itu tidak boleh nak kata kerana ia balasan dan kurniaan Allah. Contohnya, pada zaman Syeikh Hassan Basri. Beliau menunaikan haji dalam tempoh satu tahun. Beliau berangkat dari Baghdad dengan berjalan kaki kerana mengikut sunah Rasulullah SAW.
"Selepas tiba di Makkah dan menunaikan haji beliau tertidur dan bermim-pi seorang syeikh berjanggut putih datang menemuinya.
"" "Syeikn itu berkata, pada tahun itu " kira-kira 60,000 orang menunaikan haji dan yang mendapat haji mabrur kira-kira 10,000 saja, lalu dijelaskan wa-jah-wajah yang mendapat keberkatan itu," katanya.
Menurutnya, pada waktu Subuh, Syeikh Hassan Basri masuk ke masjid dan meneliti seorang demi seorang yang ditemui untuk memastikan jika ada wa-jah yang mendapat haji mabrur tetapi tidak berhasil.
Akhirnya beliau pun balik ke Baghdad dan tidak putus-putus memikirkan siapa yang bertuah mendapat haji mabrur itu.
Seminggu di Baghdad, tiba-tiba datang seorang penduduk kampung
nya untuk meraikan fakir miskin dan anak yatim.
Syeikh Hassan Basri terkejut kerana wajah orang itu adalah yang tersenarai dalam 10 orang yang dalam mimpinya. Lalu Syeikh Hassan bertanya: "Bila tuan balik dari Makkah?".
"Maaf Syeikh, saya tidak ke Makkah," kata lelaki itu.
"Tapi saya nampak wajah tuan ketika di Makkah dan saya amat ingat kerana saya teliti wajah tuan dengan perto-longan Allah," kata Syeikh Hassan.
"Tidak tuan, pada mulanya saya hendak ikut rombongan tuan ke Makkah, tetapi suasana tidak mengizinkan kerana ketika saya sedang bersiap-siap, tiba-tiba satu keluarga jiran ditimpa musibah. Suami jiran itu meninggal du-nia dengan meninggalkan ramai anak dan isteri dalam keadaan daif.
"Kemudian, pada masa yang sama juga ada satu keluarga yang diserang penyakit dan tidak berupaya bekerja. Mereka hidup dalam kesempitan dan hanya menunggu maut saja.
"Saya tidak tahan melihat keadaan itu dan membatalkan hasrat ke Makkah. Semua bekalan saya serahkan kepada keluarga yang dilanda musibah itu. Saya sentiasa berdoa supaya memulihkan ke-hidupan dua keluarga tadi dan memo-hon keampunan kerana menangguhkan pemergian ke Makkah," jelas lelaki itu kepada Syeikh Hassan Basri.
Maka mengertilah Syeikh Hassan bahawa rahmat Allah itu terlalu luas. Hanya kerana membatalkan haji disebab-kan kepentingan orang yang di am-bang kematian diberi haji mabrur.
Terpegun isterinya mendengar kisah yang baru saja diterangkan oleh sua-minya.
"Habis, kita ini agaknya bolehkah mendapat haji mabrur? Kita datang ke Makkah dengan niat ikhlas," kata Fa-timah.
"Entahlah Fatimah, berdoa saialah kepada Allah,” kata Roslan.
--
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment