Apapun, apa yang jelas ialah kes Altantuya membuktikan Islam sudah mati di bumi bertuah Malaysia ini.
Teliti sahaja fakta berikut:
Hakimnya Islam..namanya Mohd Zaki Md Yaasin.
Namanya Muhamad saperti nama Nabi..ayahnya bernama Yaasin..macam nama satu surah popular dalam Al Quran yang dimalamjumaatkan oleh kaum Melayu tanpa jemu sejak dulu kini dan selamanya....
Pendakwaraya nya bernama Tun Abdul Majid..namanya sama dengan asma-ul-husna..antara nama ALLAH.
Beliau mendapat Tun warisan bukan bergelar, kelak nanti beliau dianugerah darjah Tun maka namanya Tun Tun Abdul Majid..beliau juga beragama Islam..
Barisan para peguam juga ramainya yang beragama Islam..Ahmad Zaidi Zainal Abidin, Kamarul Hisham, Hazman Ahmad dan lain-lain.
Dengar cerita ada diantara mereka sempat mengerjakan umrah sebelum kes bermula..
Kesemua OKT beragama Islam..Abdul Razak Abdullah, namanya mengandungi asma-ul-husna.
Azilah Hadri..namanya seakan-akan islam hadhari yang dislogankan kerajaan lama dahulu .....
Sirul Azhar Umar..siapa tidak kenal sahabat kabir Saidina Umar..siapa tak tahu universiti Al Azhar..
Mangsa..Altantuya Shaariibuu..Altantuya dikenali dengan nama Ameena Shaariibuu. Malahan Penyiasat Persendirian menyebut nama Altantuya dengan nama Ameena dalam surat akuan sumpahnya..... Ada maklumat menyebut Altantuyaa telah memeluk agama Islam semasa di Korea..
Anggota-anggota polis yang terpacak dalam Mahkamah..yang tak pernah jemu melaungkan kalimah baanguuuuuun tiap kali YA Hakim masuk dan keluar Mahkamah..juga beragama Islam..
Anggota dan warden penjara yang penuh setia berulang alik membawa kesemua OKT dari Penjara Sg. Buloh ke Mahkamah Tinggi Shah Alam tiap kali perbicaraan..mereka semuanya beragama Islam..
Hakimnya Islam..
Pendakwanya Islam..
Peguamnya Islam..
OKTnya Islam..
Mangsanya Islam..
Polisnya Islam..
Wardennya Islam..
Negaranya dikatakan Islam..
Tetapi undang-undang yang dilaksana dan diamal adalah undang-undang non Islam .... Seksyen 302 Kanun Kesiksaan adalah undang-undang yang diimpot masuk daripada negara India oleh penjajah British la'natullah hi 'alaih dan disumbat kekerongkong umat Islam untuk diamal..
Sedang disana ada ayat Al Quran yang qat'ii dan jelas memerintahkan umat Islam melaksanakan qisas dalam kes-kes bunuh..(AlBaqarah:178)
Al Quran yang melayu talaqikan tiap pagi..
Al Quran yang melayu tadaruskan tiap Ramadhan..
Al Quran yang melayu musabaqahkan tiap tahun..
Al Quran yang melayu hias cantik dalam almari cermin..Cuma satu sahaja..
Al Quran yang melayu tak 'amalkan dalam kehidupan..
Al Quran yang melayu malu nak perjuangkan..
Al Quran yang melayu rasa tak sesuai dilaksanakan..
Al Quran yang melayu kata akan menambahkan sup tangan..
Al Quran yang melayu kata akan mengurangkan batu untuk dibuat pembangunan..
Al Quran yang melayu kata hanya sesuai diframekan..
Al Quran yang dikata over my dead body kalau nak dilaksanakan..
Astaghfirullah hal 'adheem..
Catatan blog : Zulkifli Nordin
Thursday, May 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment