Tuesday, October 26, 2010

Hikmah Angka Dalam Islam

ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan.Awalnya kemuliaan,pertngahanya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.

ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah}terutama di malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad fisabilillah.

ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.

ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali karamullahuwajhah: Barangsiapa yang d berikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang diharamkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5:

Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:

1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}


ANGKA 6:

Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah dimana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbanyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu yang bermanafaat.

ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum

ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mempertakuti bahawa ia akan lari.

ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin dihormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.

ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka
akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:
1) Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3) Para ahli ulama
4) Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati dibunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau dimalam jumaat....
Wallahua'lam....

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda