Thursday, June 04, 2009

Adab Niat

1. Niat memiliki peranan yang amat penting di dalam segala kegiatan dan amalan agama kerana nilaian Allah Ta'ala terhadap semua amal perbuatan itu bergantung pada niatnya.

2. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud :
" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar ".

3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan ".


4. Maka niat yang baik itu adalah dianggap sebagai satu amal soleh dan memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah s.w.t.

5. Sesiapa yang berniat dengan niat yang baik, maka dia akan mendapat pahala dan ganjaran yang baik, manakala sesiapa yang berniat buruk maka dia akan diberi balasan dosa dan balasan yang setimpal dengan dosanya.

6. Kaum muslimin mengakui niat itu sebagai rukun dan syarat dalam semua amalan dan bukan hanya diucapkan atau dilafazkan oleh lidah sahaja .

Kursus untuk anak-anak sempena cuti sekolah

Penganjur : PMKT (Pdg Temu)

Kursus : MENDALAMI TAUHID & FEQAH
TEMPAT : PONDOK PELAJAR & BALAI DI PDG TEMU
TARIKH : 01/06/2009 – 13/06/2009 (13 HARI)
BAYARAN : RM 190.00 bagi seorang bagi setiap kursus
(Pendaftaan RM40 dan yuran RM150.00)
LAIN-LAIN : Kitab, Tempat tinggal, makan dan minum disediakan
HUBUNGI : TEL: 013-2619765/ 013-4123699 / 017-2921132
Web site : www.pmkt.com.my

Minta kerjasama untuk menyebarkan maklumat ini kepada semua RAKAN ANDA
dan sekiranya berminat boleh menghubungi nombor telefon yang tertera.

Sekian

Otam

Puji beri semangat

BEGITUPUN, tidak boleh dinafikan Islam membenarkan pujian secara berdepan dalam situasi tertentu dan kepada individu tertentu seperti:
l Orang yang kehilangan keyakinan diri dalam membuat perkara baik. Tatkala itu kita ungkit kebaikan tindakannya untuk beri kembali semangat dan ada orang yang menghargai kerja baiknya.

l Orang yang melakukan tugasan kebaikan yang sukar, berisiko dan manfaatnya tersebar luas. Tatkala itu boleh diberi pujian atas keberaniannya dan berniat semoga ia mampu dicontohi oleh orang lain.

l Individu yang layak dicontohi dan diyakini punyai kekuatan iman yang baik daripada tergoda dengan sifat ‘ujub (ta’ajub dengan kehebatan diri). Tatkala itu harus memujinya dengan pengetahuannya. Tujuan utama supaya orang boleh mengenali siapa yang wajar dijadikan ‘role model’ dan contoh ikutan.

Hal itu jelas memperlihatkan nabi memuji secara berterus terang beberapa sahabat sebagaimana Nabi memuji Ubadah Al Jarrah sebagai (Aminul Ummah) individu yang paling jujur daripada umat Muhammad dan pujian kepada Umar al-Khattab menerusi hadis yang berbunyi:

“Jika Umar melalui satu jalan, syaitan akan melalui jalan lain (kerana tidak berani jalan di laluan Umar atau bertembung dengannya).” (Riwayat Al-Bukhari)

Sebuah lagi hadis pula menyebut: Tiadalah terbitnya matahari ke atas seorang lelaki yang lebih hebat daripada Umar.” (Riwayat Al-Hakim, 3/96; Sohih isnadnya)

Hadis itu bersifat simbolik menunjukkan kekuatan cahaya kebaikan yang dibawa oleh Umar ra kepada umat Muhammad.

Sebenarnya terlalu banyak hadis menunjukkan pujian baginda kepada sahabatnya, terutama sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Abbas, sepuluh sahabat yang dijamin syurga dan ramai lagi. Semua mereka berkelayakan dan kukuh imannya.

l Kanak-kanak dipuji oleh guru dan ibu bapa bagi merangsang minda dan keyakinan diri si kanak-kanak.

l Pemimpin yang telus, adil, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan Allah SWT dengan kadar sederhana.

Walaupun semua jenis pujian dalam beberapa situasi seperti ini dibenarkan, si pemuji tidak tergolong dalam kategori yang dilarang oleh Islam.

Satu lagi ingatan Nabi SAW bagi orang yang ingin memuji adalah: “Jika ada di kalangan kamu tidak dapat mengelak daripada perlu memuji saudaranya, katakanlah aku rasa akan dikira amalan sekian sekian yang dilakukannya dan Allah akan mengiranya dan tiadalah seorang pun yang boleh dipuji (secara pasti) kecuali Allah.” (Riwayat Al-Bukhari, no 2519, 2/946)

Tugas mereka yang dipuji

Seterusnya terpulang kepada orang yang dipuji untuk mengawal perasaan dalamannya supaya menerima pujian dan dengan segera mengembalikannya kepada izin Allah dan kuasa-Nya.

Justeru, perisai ini dapat menghalang dirinya daripada berasakan itu adalah kehebatan yang diusahakannya semata-mata.

Sebagaimana diajar oleh sahabat Nabi apabila dipuji, mereka akan terus berdoa secara rendah diri dengan doanya: “Ya Allah, jangan kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka dan ampunkan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (jadikanlah daku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan).” (Riwayat Abi Syaibah, no 35703, 7/242; At-Tarikh Al-Kabir, 2/58)

Sehebat-hebat Nabi yang berjaya membuka Makkah pun tunduk dan menyerahkan pujian kepada Allah, demikian juga Zulqarnain sebagaimana disebut oleh Allah di dalam surah Al-Kahfi, kejayaannya membina tembok hebat dan kukuh dikembalikan kepada Allah.

Begitupun, orang yang dipuji jangan pula terlalu merendah diri secara salah sehingga mencerca diri secara terbuka apabila dipuji orang ramai. Ia tidak diperlukan, jika ingin menewaskan perasaan ujub (angkuh) di hati, cercalah diri secara sendirian.

Jangan juga tiba-tiba berterus terang menyebut diri tidak ikhlas atau apa jua yang merosakkan kepercayaan orang kepada diri.

Jangan pula berlebih-lebihan membawa kisah pujian kepada ramai orang lain kerana ia boleh membawa penyakit lain di kalangan pendengar pula iaitu ‘hasad dengki’.

Saya akan tuliskan satu artikel berkenaan kedahsyatan virus dengki dalam masyarakat kita selepas ini, insya-Allah.

Jangan juga mengambil pujian secara serius dan berhasrat mendapatkannya lagi kerana sekali ia terbuku di hati sedemikian, ia merosakkan niat dan melemahkan kerja amal kepada pemburuan pujian manusia yang sementara.

Akhirnya apabila tiada lagi pujian, tamatlah juga usaha kita. Lebih bimbang, usaha berterusan tapi tamatlah catatan amal dan pahala di sisi Allah kerana dilakukan kerana manusia. Nauzubillah.

Sekadar itu artikel ringkas untuk ingatan diri saya dan rakan, terutama yang kerap dipuji. Ingatan juga buat mereka yang ringan tangan dan lidah memuji, bukan niat saya supaya anda berhenti memuji mereka yang layak.

Bukan juga niat saya untuk memotivasikan anda untuk terus dan asyik memuji tanpa memikirkan bahayanya kepada diri yang dipuji dan diharap turut fikirkan orang lain yang mendengar dan membaca pujian-pujian, ada yang mudah jadi cemburu secara tiba-tiba.

Terus terang, dalam dunia Internet pula ramai blogger kerap dipuji sehingga menimbulkan cemburu di sisi pembaca lain atau blogger lain yang kurang popular.

Ini menyebabkan ada yang menghantar kecaman, kutukan kepada blogger sebagai merosakkan minda dan kemampuan si blogger menghasilkan tulisan yang baik. Bayangkan, sampai begitu sekali!

Akhirnya, benar ada nas menyebut bahawa pujian dan nikmat yang diperoleh oleh amalan soleh seseorang (tanpa ia berniat untuk mendapat pujian) adalah nikmat awal daripada Allah untuknya, namun kita perlu ingat bahawa ada individu yang menikmati pujian atas amalan baiknya di dunia mungkin terlepas daripada pulangan nikmat di akhirat.

Demikian intipati kata Khalifah Abu Bakar yang bimbang nikmat awal di dunia akan menghalang nikmat di akhirat. Itulah akibat terselit keinginan pujian dunia ketika melakukan amal soleh. Demikian berhati-hatinya Abu Bakar As-Siddiq.

Tidak dinafikan sedikit penghargaan dan pujian perlu untuk merangsang terus menulis secara percuma, bekerja dan beramal untuk ummah, namun ia perlu dilihat secara berhati-hati.

Semoga Allah memelihara kita semua daripada tersalah guna pujian yang sebenarnya manis buat hati untuk terus berjuang memartabatkan Islam.

Ngerinya keadaan neraka jahanam

DIKISAHKAN dalam sebuah hadis, sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.

Ia memiliki tujuh pintu dan pada setiap pintu itu ada 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula ada 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang membabitkan api, pada setiap belahannya pula ada 70,000 lembah daripada api.

Dikisahkan dalam hadis itu juga, di setiap lembah berkenaan ada 70,000 gudang daripada api dan pada setiap gudang itu pula ada 70,000 kamar daripada api.

Pada setiap kamar itu pula ada 70,000 ular dan 70,000 kala jengking. Setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking itu ia mempunyai 70,000 bisa.

Dalam hadis sama menerangkan, pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik saja terbuka, akan keluar asap mengepung di sebelah kanan jin dan manusia.

Sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah depan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan belakang mereka.

Dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang asap itu maka mereka gementar, berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat.

Berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu, besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu daripada mereka mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, nescaya akan hancur lebur gunung itu. Hanya dengan sekali pukulan, ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.


Moga - moga kita semua dijauhkan daripada seksaan api neraka...

amin....

Bodek dan puji dalam Islam

“MASYA-ALLAH, sangat hebat kesannya tulisan ustaz ini dalam diri saya. Anta memang satu-satunya insan hebat dan mampu mengulas dengan sangat jelas dan adil. Buku yang sangat mampu mengubah seluruh masyarakat.”

“Penyampaian yang saudara buat tadi memang sangat cemerlang. Kalau bukan kerananya, kita tidak mampu dapat kontrak ini.”

“Datuk sudah membuat keputusan yang sangat bernas, pelik mengapa orang lain tidak dapat memikirkan seperti yang Datuk fikirkan.”

“Saya kira Dr orang paling berautoriti dalam bidang ini. Apa yang Dr cakap adalah hujah utama kami.”

“Bos, cekap betul bos menyelesaikan masalah tadi. Kami tak sangka hal yang rumit nampak begitu mudah bila bos bagi penyelesaian.”

Semua kenyataan itu mungkin segelintir bentuk pujian yang dilontar kepada tokoh ilmuan Islam, tokoh politik, ahli akademik dan ketua syarikat. Adakah pujian itu dibenarkan oleh Islam dibuat secara terbuka di depan individu terbabit?
Dalam artikel sebelum ini, saya berkongsi sedikit pandangan berkenaan bahaya sangka buruk — jenis dosa yang semakin membiak di dalam masyarakat.

Namun begitu, sebenarnya masih banyak isu dan fakta berkaitan sangka buruk yang belum sempat saya kongsi bersama pembaca. Insya-Allah saya akan cuba kongsi bersama pembaca selepas ini.

Begitupun, saya ingin dahulukan artikel ini disebabkan ramai yang terbabit dan kesannya yang tidak kurang dahsyat. Isunya adalah puji memuji.

Apakah pandangan Islam untuk kita memuji seseorang di depannya? Apakah pula bezanya antara membodek dengan pujian sebenar? Sebagai asasnya, mari kita lihat beberapa nas hadis dalam isu berkaitan.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bermaksud:
“Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya, maka Rasulullah berkata: ‘Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah)’.” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )

Pujian atau membodek

Sekali baca, kelihatan kita ditegah memuji seseorang di depannya. Namun, Imam Badr Al-Aini ketika menghuraikan hadis itu menyebut, pujian yang “memotong belakang” itu adalah dalam konteks seseorang terlalu berlebihan dalam pujiannya.

Iaitu sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki orang yang dipuji sehingga menyebabkan datang sifat ‘ujub dalam diri, merosakkan hati, menghancur keikhlasan dan berasa diri benar lagi hebat sentiasa. Padahal realitinya tidak sedemikian.

Perkara itu dalam kata lainnya adalah ‘membodek’. Ia kerap berlaku kepada orang berjawatan atau mereka yang mempunyai sesuatu pengaruh atas sesuatu keputusan keduniaan.

Justeru, jika anda memegang jawatan penting, pemutus keputusan di syarikat atau organisasi, anda perlu berhati-hati kerana akan muncul ramai pemuji dan pemuja yang boleh bertujuan ‘bodek’.

Kali ini sangka buruk dalam hal ini perlu atas nama berhati-hati dan beringat. Namun bukan semua akan demikian, mungkin segelintirnya memuji dengan benar.

Pujian melampau jenis ‘bodek’ bukan saja boleh dibuat melalui ungkapan lisan, malah melalui pergerakan fizikal seperti cium tangan.

Hasilnya, orang yang diperlakukan sedemikian boleh diuji dengan hebat sehingga menjadi seorang yang menyangka superior atas segala sesuatu, paling bijak, paling berpengaruh dan paling hebat, sehingga tiada lagi proses peningkatan perlu dibuat.

Situasi itu biasa berlaku bagi orang berjawatan. Lihat saja bos di syarikat anda bekerja, tentu ada yang ‘kipas’ di dalam dan luar mesyuarat dan lain-lain. Sehingga adakalanya keputusan yang tidak bijak dilihat bijak akibat bodekan dan pujian palsu ini.

Selepas si bos tiada jawatan, baru diketahui pujian itu hakiki atau palsu semata-mata. Budaya ‘kipas’ dan ‘bodek’ tidak lain kecuali satu tindakan haram di sisi Islam dan ia ternyata daripada hadis di atas. Ini kerana ia pasti membawa kesan buruk kepada penerima ‘bodekan’.

Malah, kesan buruk itu bukan saja kepada orang yang dibodek, malah seluruh organisasi. Sudah tentu apabila keputusan salah terus dipuji dan disokong kerana ‘bodek’, akhirnya ia memudaratkan masyarakat, organisasi serta syarikat.

Pujian sebenar

Pujian ini untuk sesetengah individu yang dipuji bukan kerana jawatan yang dipegangnya atau apa jua pengaruh keduniaan. Sebagai contoh, dia ulama yang alim lagi rendah diri, tokoh masyarakat yang berjasa, penulis buku yang berkualiti, majalah dan lain-lain yang cekap dan bijak dalam bidangnya.

Pujian yang ditujukan kepada hasil kerja dan usahanya menurut kebiasaan adalah pujian yang layak dan benar. Ia tidak jatuh dalam kategori ‘bodek’, tapi ia masih mempunyai bahaya yang mendalam kesannya. Sebuah hadis bermaksud: “Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji.” (Abu Daud, no 4170)

Sebahagian ulama mentakwilkan maksud hadis itu kepada pujian kepada tidak layak dan mengada-adakan perkara tidak benar sehingga orang yang dipuji merasa benar sentiasa, juga berasa hebat. (Umdah al-Qari, 22/132)

Imam Al-Khattabi ketika menghurai hadis di atas berkata: “Barang siapa memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, ia tidaklah termasuk dalam kategori ‘maddah’ iaitu yang pemuji terkeji.” (Ma’alim as-Sunan)

Walau apapun takwil, teks hadis itu juga merangkumkan segala jenis pujian benar di depan orang yang dipujinya. Pengajaran daripada hadis ini ialah, jangan terlalu banyak memuji orang di depannya walaupun pujian itu benar dan ikhlas kerana ia tanpa disangka boleh membawa perasaan lupa diri dan menghilangkan ikhlas dalam kerja yang dilakukannya.

Kerana itu ada disebut dalam sebuah hadis sohih, Musa Al-Asyaary berkata: “Rasulullah mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain dan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur: “Kamu telah memotong diri lelaki tersebut.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah lihat rahsia di syurga

JIKA Allah mencipta neraka sebagai tempat hukuman bagi segala dosa insan, syurga pula dijanjikan bagi mereka yang diredai-Nya.

Bagi menyampaikannya kepada umat manusia, Allah memperlihatkan Rasulullah SAW keadaan di syurga ketika baginda dalam perjalanan Israk Mikraj.

Ketika memasuki syurga, baginda yang diiringi Jibril, melihat sesuatu yang menjadi suatu rahsia buat setiap insan. Rasulullah melihat beberapa kubah lu’lu’ yang ternganga dengan tulisan di pintu syurga “Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda.”

Rasulullah SAW yang hairan dengan kenyataan bahawa memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, bertanyakan Jibril.

Jawab Jibril: “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya, atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat."

Kemudian Rasulullah SAW berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu.

Selepas itu, keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta.

Rasulullah SAW terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu’lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke kolah Rasulullah.

Timbanya seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah SAW dari syurga itu.

Diriwayatkan, di dalam syurga mengalir beberapa sungai yang airnya datang dari sumber mata air Sungai Firdaus dan ada beberapa sungai yang namanya diberi sesuai dengan sifat airnya seperti Sungai Air Jernih, Sungai Susu dan Sungai Madu.

Al-Quran juga ada menyebut mengenai rumah atau mahligai di syurga. Riwayat Haizh Abubakar Al-Ajri daripada Imran Hashim dan Abi Hurairah menyebut: “Bahawa mahligai-mahligai di syurga tercipta dari Lu’Lu’ dan pada tiap-tiap mahligai itu ada 70 kampung dari yaqut yang merah, pada tiap-tiap kampung ada 70 rumah daripada zamrud hijau.”

Mengenai tumbuhan pula, digambarkan bahawa batang pokok dibuat daripada emas dan nikmat buahnya tidak dapat digambarkan oleh manusia.

Ada pokok yang dinamakan Sidratul Muntaha yang jauh tempat yang dinaungi oleh pokok itu adalah 70 tahun dengan menaiki kuda dan lebar daunnya mampu menutup sesuatu umat, setiap daun ada malaikat dan berwarna-warni adakala bertukar jadi intan baiduri.

Fungsi bidadari pula adalah untuk menghibur dan melayani serta menjadi jodoh (isteri) lelaki mukmin ahli syurga dan keadaan bidadari itu digambarkan dalam al-Quran: “Dan akan melayani atau menghibur mereka bidadari yang seperti mutiara tersimpan (molek dan cantik). Dan kami jodohkan mereka dengan bidadari

Dunia kini peringkat keempat akhir zaman

JIKA sebelum ini kita diingatkan persoalan akhlak, kematian, kiamat dan pembalasan syurga dan neraka, mungkin ada baiknya jika direnungkan pula kedudukan kita sebagai umat akhir zaman.

Perhatikan sekeliling kita, adakah sudah wujud tanda akhir zaman? Pernahkah kita ingat satu masa dulu masyarakat Islam di negara kita kecoh dengan kisah ayat al-Quran hilang dari lembarannya atau bumi diselubungi asap (jerebu).

Itu belum dikira cerita anak derhaka sepak kepala ibu atau ludah muka bapa, bercinta dan berkahwin sesama jantina, ajaran sesat dan orang yang mengaku sebagai nabi, rasul dan tuhan, muncul bagaikan cendawan selepas hujan, selain ahli agama dan ulama hanya mementingkan perut dan poket, bukan menegakkan syiar Islam.

Masihkah kita ingat lagi dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, itulah setengah daripada alamatnya. Jika orang yang bertelanjang kakinya tetapi bertelanjang juga tubuhnya, serta pengembala kambing tiba-tiba menjadi ketua kepada orang ramai, itu juga setengah daripada tandanya. Dan, apabila pengembala kambing itu sama bermegah-megah di dalam gedung besar, itu juga setengah daripada tandanya.” Adakah semua tanda ini sudah muncul?

Persoalan utamanya ialah, bila zaman akan berakhir? Pendakwah Indonesia, Muhammad Ihsan Arlansyah Tanjung (lebih dikenali sebagai Ihsan Tanjung) ada menghuraikan isu ini.

Katanya, menurut hadis sahih, masa akhir zaman ini terbahagi kepada lima iaitu pada zaman Rasulullah SAW masih hidup, zaman Khulafa ar-Rasyidin (empat sahabat Nabi Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali), zaman maalikan ‘adhan atau khalifah Islam selepas Ali bin Abi Talib hingga runtuhnya kerajaan Uthmaniah di Turki (1924), zaman maalikan jabariyan atau penguasa diktator (zaman sekarang) dan terakhir zaman kembalinya kegemilangan Islam mengikut sistem khalifah.

Berdasarkan lima zaman ini, Ihsan berpendapat zaman kita sekarang adalah zaman keempat atau maalikan jabariyan, sesuai dengan keadaan semasa yang mana penguasa diktator bermaharajalela dan menyaksikan kekalahan umat Islam di mana-mana pelusuk dunia.

Malah, ada pendapat bahawa kita semakin menghampiri penghujung zaman diktator berdasarkan kata-kata sahabat yang disebutkan dalam Atsar, menerangkan tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi yang akan menegakkan khalifah Islam bagi zaman kelima itu.

Menurut riwayat, apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi, banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuhan kerana masalah remeh-temeh dan berperang antara kumpulan atau negara kerana masalah kecil.

Bencana seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung dan banjir semakin banyak terjadi. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia berpenyakit.

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda