Thursday, June 04, 2009

Perangkap judi ....SMS


Salam,

PERJUDIAN ditegah dalam Islam kerana ia sentiasa menzalimi di satu pihak dan menguntungkan pihak lain tanpa melalui jalan dan cara sihat.

Allah SWT menegaskan: “Wahai orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (memberi korban pada) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan itu supaya kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah: 90)

Apabila Allah memulakan sesuatu ayat al-Quran dengan kalimah “Wahai orang yang beriman”, ia satu tanda bahawa mesej dan arahan yang menyusul selepas itu berat dan sukar, kecuali bagi orang yang betul-betul beriman.

Justeru, jika kita benar-benar beriman, tandanya kita akan sensitif kepada segala jenis perjudian yang wujud di sekeliling kita.

Perjudian seperti dadah yang mengkhayalkan dan ia kerap mendorong orang yang menyertainya ada keinginan lagi dan lagi sehingga dia lupa kerugian semakin bertambah. Apa dalam fikirannya kononnya untuk menebus kerugian sebelum ini.

Apa yang dibimbangi ialah perjudian kini semakin maju cara dan kaedahnya. Ia tidak lagi memerlukan kasino dan premis khusus. Kini ia boleh dilaksanakan dengan jayanya melalui SMS saja.

Ada yang bertanya saya berkenaan satu peraduan menjawab beberapa soalan dan berpeluang memenangi sebuah kereta.

Peraduan ini mengenakan kos RM5 bagi satu soalan yang dihantar oleh pihak pengendali dan mana-mana peserta yang menjawab dengan tepat yang tertinggi pada hari itu akan memenangi kereta.

Selepas saya teliti peraduan ini dengan jelas dan membuka webnya serta mendengar pengakuan mereka yang menyertainya secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan haram di sisi Islam kerana perjudian.

Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian tidak kurang daripada RM5 dan ada yang kerugian sehingga ribuan ringgit kerana cuba menjawab soalan dengan tepat bagi peroleh mata tertinggi. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.

Peserta mungkin berkata: “Alah, apalah sangat dengan RM5 atau RM50. Reda saja, kami tidak rasa dizalimi pun.”

Malah, setakat aduan yang saya terima, ada peserta mengaku kehabisan RM300 dan ada yang menjawab soalan sehingga bernilai RM1,500, namun gagal memenangi kereta idamannya.

Wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah SWT dan sebarang keredaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah tertolak. Reda dalam hal dosa seperti ini adalah reda maksiat.

Malah, lebih dahsyat daripada itu, keredaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah akan menjadikan ia sebagai satu dosa lebih besar.

Mungkin juga ada yang berkata: “Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang.”

Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana ditegaskan Allah SWT yang ertinya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Al-Baqarah: 219)

Saya teringat pernah menonton rancangan National Geographic yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau.

Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam temuramah dengan wartawan dokumentasi itu: “Daripada 10 kali main, biasanya hanya sekali menang dan sembilan kali kalah.”

Berikut pula info jelas daripada seseorang peserta peraduan ini yang saya petik dari ruangan komen di laman web berkenaan. Ia membuktikan ia judi yang menindas dan zalim.

“Pada 2 Jun (tarikh bermula peraduan) saya mula hantar SMS jam 8.30 malam. Sehingga jam 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat itu lebih kurang 200 SMS. Yang dicaj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan menggunung untuk memperolehi kereta itu, saya melabur RM300.”

Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin berSMS dan menjawab soalan. Maka, saya terperangkap dalam permainan ini.

Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang buruk.

Jauhilah daripadanya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segera sampaikan kepada adik beradik, rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.

Ini pula satu lagi pengakuan penting daripada pekerja di syarikat itu. Cuba baca pengakuan pekerja berkenaan: “Ada juga kenalan terjebak dengan peraduan ini dan ada juga customer (pelanggan) tanya saya, bila hendak dapat kereta, sedangkan diorang (mereka) ada yang melabur lebih RM3,000 (ada bukti) tapi masih belum menang... memang memeranjatkan saya apabila ada yang sanggup belanja beribu-ribu untuk peraduan ni.”

Bayangkan betapa ghairahnya orang pada zaman ini dalam bab duit dan harta segera sehingga mudah ditipu, diperdaya dan terjebak judi.

Mereka berlumba-lumba menjawab soalan daripada SMS ini kerana ingin mendapat mata tertinggi setiap hari bagi meraih sebuah kereta Camry hingga terkorban RM3,000 sehari!

Sedarlah umat Islam dan jauhi perjudian dan sedarlah bahawa telah ditipu

" Bukan mata yang buta (tak nampak @ sedar) , tetapi yang buta adalah mata didalam hati" ( cinta dunia & ikut hawa nafsu)"

Wednesday, June 03, 2009

Menunggu kata dari Tuhan

Salam.

Alhamdulillah, seperti yg dirancang, program teater Menunggu Kata Dari Tuhan, biiznillah, berjaya dipersembahkan di dalam Masjid Batu, Permatang Pauh, SPtengah.

Kisah 3 org sahabat - Ka'ab bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi'e dan Hilal bin Abi Umayyah di pulau oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari kerana secara sengaja tidak menghadiri Perang Tabuk, kawasan yg agak jauh di utara Madinah.

Ketika Rasulullah saw mengeluarkan arahan supaya sahabat bersiap untuk berjihad menentang tentera Rom di Tabuk, ALLAH SWT menguji mereka dgn 3 keadaan:
1. Cuaca adalah tersangat panas
2. Perjalanan agak jauh
3. Buah tamar pula sdg masak ranum

Sahabat bersiap untuk ke Tabuk, Ka'ab pula berlengah2, sehingga terlepas untuk ke Tabuk. Sekembali Rasulullah saw dari Tabuk, para sahabat yg tidak ke Tabuk dtg mengadap Rasulullah saw dan menyatakan keuzuran masing2, termasuk Ka'ab, Murarah dan Hilal.

Mereka tidak dipedulikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari!

Rasulullah saw melarang org ramai bercakap2 dgn Ka'ab. Murarah dan Hilal.

Kata Ka'ab- `Aku merasakan seluruh penghuni bumi menolak aku! Bumi Madinah ini bukan bumi yg aku kenal sebelum ini!'

Kata Ka'ab lagi- `Aku beri salam pada Rasulullah saw dalam majlis, aku tertanya2, apakah Rasulullah saw menggerakkan kedua2 bibirnya untuk menjawab salamku?'

Ka'ab dan 2 sahabat lagi menangis tanpa henti kerana Rasulullah saw tidak memperdulikan mereka lagi. Masuk hari ke -40, datanglah utusan Rasulullah saw bertemu Ka'ab untuk menyampaikan arahan Rasulullah saw supaya mereka bertiga memisahkan diri dari isteri2 mereka- tidak dibenarkan menggauli isteri2 mereka!

Mereka bertiga terus merintih, merayu kpd ALLAH SWT agar mengampunkan dosa mereka kerana tidak ke Tabuk. Sehinggalah apabila masuk hari ke-50, selepas subuh, berlari2lah Abu Qotadah r.h., menyatakan kpd mereka bertiga bahawa ALLAH telah menerima taubat mereka.

Di Masjid Nabawi........ Rasulullah saw mengizinkan org ramai untuk ucapkan tahniah kpd Ka'ab, Murrah dan Hilal r.h.m. Rasulullah bersabda- `Bergembiralah dgn kebaikan di hari yg engkau tempuhi sejak dilahirkan ibu engkau! Kata Ibn Taimiyyah r.h.m - Inilah maknanya, bahawa tiada peristiwa paling hebat yg kita tempuhi dalam hidup kita, semenjak dilahirkan ibu, melainkan hari di mana taubat kita diterima ALLAH SWT.

Atas penerimaan taubat itu, Ka'ab r.h. menginfaqkan separuh dpd kebun tamarnya di jalan ALLAH SWT.

Moral- Jangan abaikan tugas berjihad membela Islam kerana tidak mungkin kita akan mampu menanggung kemurkaan ALLAH SWT!

Berjihadlah dgn apa saja yg kita mampu, yg penting Islam berada di persadanya.

Catatan : halimnasir.blogspot.com/

Tuesday, June 02, 2009

Berfikirlah untuk akhirat

Berfikirlah untuk akhirat

PADA hakikatnya kita sentiasa berfikir. Setiap hari sewaktu bekerja kita sentiasa berfikir mengenai pekerjaan kita. Kita berfikir mengenai cara meningkatkan prestasi kerja. Kita berfikir mengenai cara untuk mengatasi masalah yang di hadapi. Selepas itu, kita berfikir pula mengenai cara mengekalkan prestasi yang baik. Akhirnya kita akan berfikir pula mengenai cara menghasilkan prestasi yang terbaik. Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti daripada berfikir.

Bagaimanapun, kita akan berfikir dengan lebih serius apabila berhadapan dengan masalah, misalnya ketika ditimpa musibah, ketika kesempitan wang, ketika sakit atau ketika kita hadapi kegagalan.

Kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih berat masalah yang kita hadapi, lebih besar juga usaha berfikir yang dilakukan.Dalam banyak waktu kita habiskan untuk berfikir per nahkah ada dalam fikiran kita mengenai hubungan kita dengan Pencipta? Bagaimana prestasi iman kita?

Bagaimana jalan hidup yang sudah dan sedang serta yang akan kita lalui, adakah mengikut kehendak kita atau kehendak Pencipta? Pernahkah kita berfikir untuk 'menyemak' batin kita, adakah di dalamnya jernih laksana titisan embun atau lakaran hitam yang kelabu dan berdebu dengan dosa?

Bagaimana solat kita, puasa kita, anak-anak kita, suami atau isteri kita, sudahkah jelas kefahaman hamba Allah? Sudahkah matlamat kita selari dengan kehendak Pencipta? Sudah layakkah kita memegang 'gelaran' khalifah Allah yang mempunyai tugas besar sebagai ejen perubahan dalam ma syarakat? Banyak-banyak maaf saya mohon kerana banyak sangat soalan yang ditanya.

Kata orang kalau banyak sangat tanya dikata banyak 'songel'. Katalah pun nak kata tetapi soalan yang ditanya sebenarnya sangat penting dalam kehidupan malah itulah penentu kita ini supaya beza antara hidup dan hidup-hidupan.

Semua soalan yang dilontarkan sebenarnya saya hendak kongsi mengenai kepentingan berfikir. Dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.”

Nah, betapa mahalnya nilai berfikir dan kesan yang di peroleh jika betul cara berfikir kita, berbanding ibadat begitu saja.Berfikir sebenarnya adalah proses menyimpan, mengingat, menganalisis dan menyimpulkan berbagai-bagai maklumat yang ada di dalam dan luar diri kita sehingga menjadi idea dan akhirnya mendorong kita untuk bertindak.

Fikiranlah yang akan mengarahkan ke mana kita akan pergi dan bagaimana kita akan buat kerana dalam fikiran itu, seluruh keputusan, perencanaan serta konsep hidup di tentukan. Malah, dengan pemikiran jugalah yang menjadi penentu kedekatan kita dengan Allah.

Satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Ketahuilah wahai Anas sesungguhnya orang yang bodoh itu lebih banyak tertimpa musibah kerana kebodohannya daripada orang jahat yang berakal. Sesung guhnya amat mudahlah seorang hamba mendekati Tuhannya dengan akalnya.

”Kata Napolean Hill: “ If a man is right, his world will be right.”
Jadi, dalam kesibukan kita mencari dunia jangan lupa memberikan waktu untuk berfikir.

Bahagikan masa kita kepada empat waktu iaitu:
Waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah.
Waktu untuk dia bermuhasabah mengenai dirinya.
Waktu untuk dia berfikir mengenai ciptaan-ciptaan Allah.
Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan mi

Reda secara berhemah

Reda secara berhemah

SETIAP kali harga minyak naik, ramai melenting, me nunjukkan pelbagai tindak balas dan tuduhan, malah di sesetengah negara, mereka mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas membantah kenaikan itu. Reaksi tidak bersetuju dengan kenaikan harga bahan api sudah menjadi satu kebiasaan. Mana ada yang suka me ngeluarkan wang lebih untuk membeli beberapa liter seperti dulu.

Justeru, pelbagai dakwaan ditimbulkan, seperti harga barang lain juga turut meningkat dan secara automatik kos sara hidup secara keseluruhannya turut membebankan. Golongan miskin terutamanya, malah masyarakat kelas pertengahan tertekan dengan perubahan itu, kerana nisbah kenaikan kos sara hidup tidak seimbang dengan pendapatan yang diperoleh, ditambah sikap sukar menerima perubahan.

Suka atau tidak, kenaikan harga bahan api dan barang keperluan menjadi fenomena global. Masyarakat pengguna kena menerima perubahan harga itu dan membayar harga seperti ditetapkan, walaupun dalam keterpaksaan.Tetapi bagi orang Islam, bagaimanakah sikap yang se patutnya diambil apabila berdepan situasi meruncing ini? Apakah terus menerus membantah kenaikan terbabit dan menyalahkan pihak lain, tanpa melihat kepada diri sendiri?

Pensyarah Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, berkata sebagai umat Islam, kita perlu reda dengan keadaan ini.Menurutnya, jika diperhatikan secara mendalam fenomena turun naik harga ini, ia datang daripada kuasa Allah.“Kita kena reda.

Ini ada disebut ulama silam, seperti Ibnu Khaldun. Ia disebabkan permintaan yang datang dari dalam diri seseorang. “Memang ada disebabkan spekulasi dan kita juga kena sedar kenaikan inflasi tidak dapat dielakkan kerana ekonomi dunia hari ini dicipta orang bukan Islam. Kita kena reda dengan cara berhemah,” katanya.

Beliau berkata, dalam konteks dunia hari ini, faktor yang menyebabkan lahir spekulator, penyorok barang secara tidak sihat dan kenaikan harga disebabkan sifat tamak dan tiada keagamaan yang baik pada diri seseorang.“Jika dia orang Islam, dia tidak mengamalkan nilai Islam dan jika dia orang Buddha, dia tidak mengikuti nilai murni dalam ajaran itu,” katanya.

Justeru, katanya, sikap orang Islam pertama sekali melihat pada diri sendiri terlebih dulu, sama ada diri tergolong dalam kategori orang yang tamak atau tidak.“Kadangkala kita marah orang yang bersikap tamak ini, tetapi pada masa sama kita terikut-ikut dengan perangai tamak orang ini.

Sepatutnya diri sendiri terlebih dulu di betulkan dan dibaiki secara berhemah,” katanya.Zaharuddin yang berpengalaman luas dalam perekonomian Islam berkata, selepas melakukan pembetulan pada diri, barulah seseorang itu melihat kepada aspek berjimat- cermat dan perbelanjaan secara bersederhana.“Cuma ada berasakan tidak dapat berjimat kerana sudah terbiasa dengan amalan membeli dalam jumlah banyak,” katanya.

Firman Allah bermaksud: “Mereka apabila membelanjakan hartanya dengan tiada berlebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara kedua-duanya.” (al-Furqan: 67)Sudah tentu cara hidup secara bersederhana adalah langkah bijak dalam keadaan sekarang, dengan mengambil kira setiap wang yang dibelanjakan, bukannya dihabiskan sesuka hati tanpa memikirkan kepentingannya.

Ketika ini percaturan yang bijak sangat penting bagi me mastikan kehidupan tidak terbeban dek kos yang semakin melambung. Pengetahuan dan pengurusan wang secara bijak amat penting, malah perlu mengenal pasti dan membezakan antara keperluan dan kemahuan.Tetapi, umumnya masyarakat pengguna negara ini mem belanjakan wang atas dasar kemahuan terhadap sesuatu barang, bukannya kerana keperluan dan dengan sebab itu banyak wang dihabiskan, malah selalu tidak cukup dengan pendapatan yang diperolehi.

“Sistem pesanan ringkas (SMS) yang tidak penting tidak perlu dilayan, jangan membazirkan wang sewenang-we nangnya,” kata Zaharuddin.Beliau menegaskan, dalam menghadapi situasi ini ilmu dan sistem nilai sangat penting, kerana tanpa ilmu orang Islam tidak akan ke mana.“Tanpanya kita tidak dapat membezakan mana satu perkara yang patut dibuang atau tidak.

Kita kena persiapkan diri dengan ilmu, supaya tidak mudah tertipu,” katanya.Menurut beliau, sebagai orang Islam perlu juga mengambil kira unsur berkat, supaya kehidupan sentiasa diredai Allah dan merasai nikmatnya, walaupun dunia ‘berperang’ dengan kenaikan harga.“Jangan lupa juga unsur berkat.

Jika tidak pada kita, Allah boleh datangkan bala kepada anak, mudah ditipu sebab tidak ada unsur berkat.“Allah boleh tarik nikmat dalam pelbagai bentuk dan keadaan kita tidak sedar. Disebabkan ada keberkatan, ada orang berasakan keperluan hidupnya sentiasa cukup dan tidak memberikan masalah walaupun kos hidup makin meningkat,” katanya.

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH

1. Untuk Penawar Racun & Kala JengkingIsilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat LupaTulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3. Untuk Penyembuhan Segala PenyakitAmbillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit MataBacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

Kelebihan ayat2 dalam al Quran
~~~"Amalan membawa berkah"~~~
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102Anak

pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain :Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecilAyat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :Surah Ar Ruum Ayat 31.

Baca 33xUntuk jadi pendinding rumah :Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

Harga Sebuah Iman

Harga Sebuah Iman
Renung-renungkan dan selamat beramal…

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

" DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT "

SUPPLEMENT MADU LEBAH

Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU LEBAH. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);

2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)

3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);

4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of
Waikato, New Zealand);

5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);

6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).
Kesimpulannya, Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:
“Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”.
(Surah Ali Imran: 191).

Minumlah madu lebah!

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda