CIRI-CIRI
GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH (HASIL KAJIAN PENULIS)
JAUHILAH GOLONGAN SALAFIYYAH
WAHHABIYYAH
CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH
WAHHABIYYAH
AQIDAH
1.Membahagikan Tawhid kepada 3
Kategori
(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid
ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga
mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid
ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan
bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti
ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid
versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai
bersemayam/bersila/duduk/bertempat
ii. Merterjemahkan yad sebagai
tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai
muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada
Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai
lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun
dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai
jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahawa Allah SWT
mempunyai "surah" atau rupa [Terbaru]
x. Menambah bi zatihi haqiqatan
[dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat, sedangkan
penambahan itu tidak ada di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Imam al-Zahabi
sendiri mengkritik gurunya, Ibnu Taymiyyah berkenaan masalah ini di dalam Siyar
A'lam al-Nubala' [Rujuk kitab yang ditahqiq oleh bukan Wahhabi kerana Wahhabi
membuang kritikan ini dalam terbitan mereka] [Terbaru]
xi. Sebahagian golongan Mujassimah
menyatakan bahawa Allah (Rujuk Kitab Ibthal al-Ta'wilat oleh Abu Ya'la
al-Farra' yang telah diterbitkan semula oleh "tangan-tangan Tajsim dan
Tashbih" - Penulis mempunyai buku seorang alim Al-Azhari yang mengarang
kitab menolak kitab tersebut): [Terbaru]
- mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس) [Terbaru]
- akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash [Terbaru]
- mempunyai mulut (الفم) [Terbaru]
2.Tafwidh yang digembar-gemburkan
oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Salafus
Soleh, ulama ' Al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah (Ahli Sunnah dan Jama'ah)
3.Memahami ayat-ayat mutashabihat
secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah
yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah
bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan
Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian
sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab
Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali
sebagai al-Hashwiyyah, al-Karramiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah, Hanabilah
al-Mujassimah, Mujassimah al-Hanabilah atau al-Jihawiyyah dikalangan ulama’
Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu
al-Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab
Asha’irah [Ini satu pendustaan yang besar]. Begitu juga mereka membuat tafsiran
dan dakwaan palsu kononnya beberapa ulama' al-Ashairah telah bertaubat kembali
kepada mazhab al-Salaf. Mereka juga mendakwa Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari telah
bertaubat dua kali: (i) Bertaubat dari fahaman Muktazilah, (ii) Bertaubat dari
fahaman al-Asha'irah al-Kalamiyyah [ Ini juga adalah fitnah yang amat keji dan
pendustaan palsu sememangnya amalan ahli bid'ah dari kalangan Mujassimah]
11.Mendakwa kononnya ulama’
Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri, bahkan
sering mendakwa kononnya mereka adalah pengikut Imam Abu al-Hasan al-'Ash'ari
yang sebenar. Sungguh lucu dakwaan sebegini [Terbaru]
12.Menolak ta’wil (ijmali dan
tafsili) dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat
Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan
Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
15.Tidak mengambil berat kesan-kesan
sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan
syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan
istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk
dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para
awliya’
20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan
datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
21. Mengharamkan mengucap
"radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna Aminah
[Terbaru]
22. Menamakan Malaikat Maut sebagai
'Izrail adalah bid'ah [Terbaru] - Fatwa Soleh Uthaymin
SIKAP
1.Sering membid’ahkan amalan umat
Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid
atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara
langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’
pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang
ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang
dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7. Bersikap "taqiyyah"
apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeza apabila bercakap di hadapan
masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka [Terbaru]. Sebahagian
ulama' yang mengkritik mereka menamakan mereka Mazhab al-Hayyah (Mazhab Ular).
Apabila berjumpa masyarakat awam, mereka berlagak seolah-olah mereka adalah
mujtahid dan mampu mentarjih. Namun begitu, apabila berhadapan dengan ulama',
mereka akan mengatakan bahawa mereka adalah mazhab Hanbali kerana takut
dikritik oleh para ulama'.
8. Apabila mereka sedikit dan tidak
berkuasa, mereka melaungkan slogan "Berlapang dada", namun apabila
mereka ramai dan berkuasa mereka melaungkan slogan "Meghilangkan
Bid'ah" [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama' Mekah yang
memerhatikan sikap Wahhabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai
kini.][Terbaru].
9. Apabila mereka menerima tentangan
daripada majoriti ulama', mereka menyatakan itu adalah asam garam dalam
perjuangan. Sedangkan para ulama' menyatakan bahawa apabila sesuatu itu ditolak
olej majoriti para ulama', maka itu adalah tanda-tanda kesesatan, kepelikan dan
kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para ulama' umat Nabi
Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan sepertimana yang disebut
di dalam hadis Rasulullah SAW [Terbaru]
ULUM HADIS
1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama
dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani
di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan
siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa
beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau
belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut
Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif
sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu
kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan
matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid
tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada
riwayah dan bukan dirayah.
ULUM QURAN
1.Menganggap tajwid sebagai
menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil) [dan
menurut sahabat penulis yang ada membuat penyelidikan di dalam bidang ini,
sememangnya terdapat beberapa "ulama' Saudi" yang menyatakan tajwid
itu bukanlah sunnah, tetapi bid'ah. Namun majoriti "ulama' Saudi"
tidak bersetuju dengan kata-kata mereka].[Terbaru]
2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat
sebagai ayat muhkamat. [Terbaru]
FIQH
1.Menolak fahaman bermazhab kepada
imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab
dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai
bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal
khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’
ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’
ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan
adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang
bermazhab sebagai taksub mazhab, sedangkan mereka taksub kepada Ibnu Taymiyyah,
Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab [Terbaru].
9.Salah faham makna bid’ah yang
menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark,
sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru
yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang
jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum
ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru”
sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas
13.Sering mengatakan bahawa fiqh
empat mazhab telah ketinggalan zaman
Najis
1. Sebahagian daripada mereka sering
mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu
tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir [Terbaru]
Wudhu’ & Tayammum
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan
tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga
dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.
4. Kaifiyyat Tayammum yang mereka
pilih ialah: Tepuk sekali dan sapu muka serta kedua pergelangan tangan sahaja
(tanpa perlu sampai ke siku). [Terbaru]
Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua
ditolak
Solat
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi
SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat
solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai
bid’ah yang keji
3. Berdiri secara terkangkang
ataupun seperti huruf Y terbalik yang menyalahi konsep berdiri secara
iktidal (lurus dan sederhana) [Terbaru]
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara
jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir
pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada
sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara
lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah
Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai
bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa
bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas
solat sebagai bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat;
yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat
malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara
rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang
sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman
selepas solat adalah bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin
15. Menggangap lafaz sayyiduna
(taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu
tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun
kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat
yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat
qabliyyah sebelum Jumaat
20. Menolak konsep sembahyang
menghormati waktu [li hurmah al-waqt] [Terbaru]
21. Menolak konsep fidyah sembahyang
walaupun umum mengetahui ia adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat dhaif di
dalam mazhab Shafie. [Terbaru]
Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai
selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid
beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca
“Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah - Fatwa Ibn
Baz
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan
selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh
mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih,
Nur al-Anwar, al-Taj, dll, bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan
Aqidah Islam [Terbaru]
5. Menganggap amalan bacaan Yasin
pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram - dengan alasan "Jangan
diiktikadkan wajib" [Terbaru]
6. Mengatakan bahawa sedekah atau
pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih
adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan
tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah,
tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!!
[Terbaru]
9. Menolak amalan ruqiyyah
shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah
Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam
nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan
mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan
malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu
berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat
sunat tasbih
16. Berusaha mengharamkan
wirid-wirid yang terkandung di dalam "Majmu' Sharif." [Terbaru]
17. Menyatakan bahawa mencium
al-Quran adalah bid'ah terkeji [Terbaru] - Fatwa Soleh Uthaymin
Pengurusan Jenazah dan Qubur
1. Menganggap amalan menziarahi
maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah
dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi
kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan
bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat
jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru
agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan
umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang
bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di
perkuburan dianggap sebagai bid’ah
Munakahat
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis
adalah talak satu (1)
Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi;
bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi
menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Mereka membuat dakwaan kononnya
sambutan Mawlid Nabi dimulakan oleh Syiah Fatimiyyun, sedangkan al-Imam
al-Suyuti menyatakan pemerintah yang pertama merayakan mawlid Nabi SAW dengan
besar-besaran dan tersusun ialah pemerintah Irbal (di bahagian utara Iraq)
iaitu al-Malik al-Muzaffar Abu Sa'id Kawkabri Ibn Zayn al-Din 'Ali Ibn
Baktakin. Beliau dinilai sebagai thiqah oleh ramai ulama ASWJ seperti al-Imam
al-Suyuti, al-Imam Ibn Kathir, Ibn Khalkan, al-Hafiz al-Zahabi.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid
adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah,
Isra’ Mi’raj, dll.
Haji dan Umrah
1. Cuba mengalihkan "Maqam
Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh
Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu
[Terbaru].
2. Menghilangkan tanda telaga
zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Dengar khabar,
sekarang tanda tersebut hendak dibuat semula] [Terbaru].
3. Mengubah tempat sa'ie di antara
Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia
[Terbaru - dan Khilafiyyah di antara para ulama' kontemporari].
4. Nama "Hajar Ismail"
bagi bahagian sisi Ka'bah adalah bid'ah dan tidak harus [Terbaru] - Fatwa Soleh
Uthaymin
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Ramai para professional menjadi
‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi
rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan
yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab
ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan
pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul
Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk
menjatuhkan saudara Islamnya][Terbaru]
d. "Sheikh" Abdul Aziz Ibn
Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. "Sheikh" Soleh Ibn
Uthaimin
g. "Sheikh" Soleh Fawzan
al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan
mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam
Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama' Al-Asha'irah dan
al-Maturidiyyah bukanlah daripada "golongan yang terselamat dari api
neraka" (al-firqah al-najiyah)."] [Terbaru]
3. Sering mewar-warkan untuk kembali
kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan
Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang
memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali
dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”
5. Masih lagi menggunakan kitab
al-Tawhid oleh Imam Ibnu Khuzaimah walaupun Imam al-Bayhaqi telah menyatakan
bahawa Imam Ibnu Khuzaimah telah pun menarik semula dan bertaubat daripada
penulisannya itu. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi di dalam Kitab al-Asma'
dan al-Sifat. [Terbaru]
PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT
ISLAM
1. Bersepakat dengan Inggeris dalam
menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada
kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam
dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar
kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’
dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la,
Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut
boleh membawa kepada syirik.
5. Di Malaysia, sebahagian mereka
dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang
mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah
digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah.
Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23
Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’
al-Sunnah ini.
TASAWWUF DAN TAREQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufi dan
kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai
terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara
amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
Perhatian:
Sebahagian daripada ciri-ciri di
atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan
ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara
yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan
serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang
secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada
ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak
disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada
berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi
apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat
masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah
wal-Jama’ah. Kami terpaksa mengugurkan banyak lagi ciri-ciri lain yang
berkaitan bagi meringkaskan risalah ini. Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment