oleh Ibnuyaacob
The Times Online melaporkan bahawa komando Israel yang menyerang hendap kapal misi bantuan kepunyaan Freedom Flotilla telah disenaraikan sebagai antara calon pilihan penerima anugerah khas dari Kerajaan Israel iaitu Medal of Valor.
Serangan yang menyebabkan 9 orang aktivis meninggal dunia itu mendapat perhatian dunia dan ia dikecam dari pelbagai media serta masyarakat.
Medal of Valor atau dalam bahasa Hebrew disebut Itur HaGvura ialah pingat khusus yang membawa gelaran Hero of Israel kepada penerimanya. Pemegang pingat ini bukan sahaja bergelar ‘hero’ tetapi juga akan menerima kelebihan-kelebihan tersebut:
- Pengurangan cukai pendapatan
- Jemputan ke majlis-majlis kehormat pegawai kerajaan
- Mayatnya akan ditanam di Helkat Gedolei Ha’Uma iaitu kawasan perkuburan tempat Dr. Theoder Herzl (Pengasas Pertubuhan Zionis Antarabangsa) ditanam
No comments:
Post a Comment