Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat
setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan
dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan
pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan
maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk
Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat
Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain
mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan
gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati
pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan
isteri.
``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan
digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa
oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment