DI waktu perhimpunan sekolah di hari yang pertama, saya amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Guru Besar sekolah anak saya, iaitu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat sedikit pemotongan terhadap peruntukan tahunan ke sekolah-sekolah berbanding dengan bantuan yang diberikan pada tahun lepas. Kos anak masuk asrama untuk tingkatan satu sekitar RM Yuran sekitar RM 150 , Buku sekitar RM 140 , Yuran Asrama sekitar RM 280 untuk tempoh 5 bulan , baki 5 bulan sekitar RM 140.00 ,maka bagi kos setahun sekitar RM710. Kos ini tidak termasuk peraturan asrama seperti baju prep, kasut x 3 pasang , baju melaju , samping , baju batik, baju sukan ......kos pembelian sekitar RM600.00. MAKA JUMLAH YANG IBUBAPA KENA TANGGUNG , tak banyak adalah sekitar RM1310.00 seorang aje.
Dalam pengumuman itu juga, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa, beberapa aktiviti-aktiviti sampingan terpaksa dibatalkan atau dikurangkan demi menampung sejumlah kecil peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah. Bagi sekolah asrama penuh bantuan subsidi makanan pelajar dari 250 hari di kurangkan 200 hari , ini bermaksud setiap sabtu & ahad , tiada makanan dan ibubapa diminta untuk mengambil anak-anak mereka.
Bagaimana ibubapa yang tinggal jauh dari sekolah / negeri lain , kos perjalanan mereka , masa mereka ? . Dalam tempoh satu tahun mereka terpaksa berulang alik 52 kali dalam setahun untuk mengambil anak mereka ( Contoh Kos RM 30 untuk ambil dan hantar = RM 1560) ini andaian bagi jarak kurang 50KM , bagaimana kalau lebih.......masa mereka ? , ini tak kira kerosakan tengah jalan , beli air , goreng pisang ......................., bagaimana kalau bapa tak boleh ambil ( pergi outstation , kena tukar , balik ke bini no 2 ) , berapa upah teksi ?.........
Tuisyen-tuisyen tambahan terpaksa dikurangkan atau dibatalkan kerana elaun khas guru untuk mengadakan tuisyen tambahan juga telah ditarik balik. Ini akan membuatkan ibu bapa terpaksa mendapatkan pembelajaran tambahan melalui pihak swasta. Macam mana dengan org kampung dan golongan perpendapatan rendah ....? yang gaji tak naik......tetapi harga barang keperluan asas yang naik...
Oleh itu, bagi ibu bapa yang berkemampuan ia tidak menjadi masalah, bagaimana pula dengan ibu bapa yang pendapatannya hanya cukup untuk makan dan keperluan harian sahaja? Maka, tidak dapatlah pelajar-pelajar yang ibu bapanya kurang kemampuan mendapatkan ilmu tambahan lantaran harga buku latihan yang meningkat naik , barang staionery pun naik ....?
Sudahlah baru-baru ini kerajaan telah membuat pengumuman mengenai kenaikan harga gula, sekarang pula telah mengurangkan bantuan tahunan ke seluruh sekolah-sekolah. Oleh kerana kurangnya bantuan tersebut, pihak sekolah juga telah memaklumkan mengenai kenaikan yuran PIBG yang perlu dibayar oleh para ibu bapa.
Bagaimana pula dengan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di perkampungan dan juga di luar bandar yang rata-rata dari ibu bapa mereka berada miskin dan kurang berkemampuan, adakah sekolah ini juga senasib dengan sekolah di bandar-bandar yang telah dipotong bantuan tahunan? Bagaimana dengan sekolah tersebut ingin mengadakan persekolahan tambahan atau tuisyen-tuisyen tambahan, dengan mempunyai kekurangan dana?
Saya yakin, kutipan PIBG dari pihak ibu bapa pelajar di luar-luar bandar amat sedikit dan tidak mencukupi untuk membantu sekolah. Namun , ibubapa terpaksa demi anak - anak , mereka terpaksa membayar yuran PIBG dimana ada sekitar RM100 setahun , namun tak boleh salahkan pihak sekolah , mereka juga terpaksa meminta daripada ibubapa bagi menampung kos aktiviti seperti motivasi , kecemelang diri , koku , tuisyen dan sebagainya. Sekolah bukan berniaga atau badan / syarikat keuntungan , apa yang mereka tunggu adalah peruntukan kerajaan.
Ramai juga ibu yang merungut terhadap kenaikan yuran PIBG seperti yang diumumkan oleh Guru Besar tadi. Rata-ratanya mula menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab terhadap keperluan dan kehendak persekolahan. Ramai yang mula menuding jari kepada kelemahan pihak kerajaan dalam menguruskan kewangan sehingga terpaksa memotong bantuan persekolahan. Apakah, kerajaan telah kekurangan duit atau mahu menumpukan projek-projek yang besar?
Sepatutnya kerajaan harus menolak atau membatalkan untuk memberikan subsidi kepada gula tetapi berikan subsidi itu kepada seluruh pelajar-pelajar sekolah baik sekolah rendah mahupun menengah. Wujudkan persekolahan percuma dengan seluruh bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah. Saya yakin, jumlah yang diperlukan tidak sampai pun jumlah yang sama kerajaan berikan untuk subsidi gula. Bukannya gula itu mendatangkan kebaikan, malah lebih banyak keburukan dan lebih bahayanya gula berbanding dengan kepentingan pelajaran. Tapi kenapa kerajaan lebih pentingkan gula dari pelajaran?
Saya amat yakin, hampir seluruh rakyat Malaysia akan setuju dengan pandangan saya untuk menghentikan subsidi gula jika subsidi tersebut dapat dialihkan kepada subsidi pelajaran atau pembelajaran percuma.
Petikan di ambil dari http://www.utusan.%20com.my/utusan/%20info.asp? namun terdapat sedikit perubahan teks daripada otam 67
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda
-
Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan d...
-
As Salam, Apa nak jadi remaja Islam kita ......keruntuhan yang telah melampau ......anak tuan /puan/ sdr /sdri ..macam mana ......., tak...
-
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul. Aku tak nak cer...
No comments:
Post a Comment