Friday, January 23, 2009

Kejatuhan Lehman Brothers (Bahagian 1)












Kejatuhan Lehman Brothers (Bahagian 1)

January 10th, 2009 Posted in Semasa, Yang Menarik Perang konspirasi Dajjal, merupakan siri penulisan Saudara IbnuYaccob melalui blognya Dajjal : The King of the World Conspiracy

Artikel Penulisan ini mempunyai beberapa bahagian, disini saya kongsikan bahagian pertama analisis “Perang konspirasi Dajjal“ yang ditulis beliau pada 13 Oktober 2008 semasa kejatuhan konglomerat perbankan Terkenal Amerika “Lehman Brothers”, Beliau mengaitkan Kejatuhan ini dengan Konspirasi Perang ciptaan Illuminati/Zionis.

Apa yang dianalisis beliau pada Oktober lepas benar-benar terjadi hari ini, dimana Tentera Rejim Zionis memulakan Peperangan baru di Bumi Palestin. Kejatuhan Lehman Brothers selaras Bailout dana sebanyak USD700 Bilion, para Pengkaji Konspirasi percaya separuh nilai tersebut adalah untuk dana peperangan Israel. Krisis/ kejatuhan ekonomi yang bermula oktober lepas adalah Konspirasi awal kepada peperangan yang lebih meluas pada masa hadapan……

Fasa Pengumpulan dana peperangan.
Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golonganIlluminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.

Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini. Siapakah presiden yang bakal berhadapan dengan presiden Amerika atau Israel? . Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.

Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan tersebut akan berlaku.

Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar akan berlaku dan perang itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro Anti Zionis.

Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa

Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden kepadaFederal Reserve Bank iaitu Timothy F. Geithner memanggil orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008.

Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada ‘situasi masa depan’ Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kemungkinan akan berlakunya emergency liquidation dalam aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi tujuan “bersedia untuk bankrap”

Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11.

Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion. Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika.

Bagi kebanyakan Conspiracy Theorists dan kami sendiri bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan Dajjal untuk mencetuskan peperangan besar. Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut. Setelah disuntik dana saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu memulihkan kesihatan syarikatnya.

Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi

Kami melihat tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan peperangan.

Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan dari segi pengurusan dana. Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatnya.

Ramai Conspiracy Theorists menjangkakan bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat tarikh artikel ini ialah USD400 billion. Kami amat yakin ini adalah modal awal peperangan besar yang bakal meletus. Manakala negara yang mungkin berperang dengan modal ini ialah ISRAEL.

Jika tidak masakan Anti-Defamation League (ADL) yang berpengkalan di Amerika Syarikat mengumpul semua statements dan pandangan para penyelidik konspirasi di semua blog-blog, laman web dan forum di seluruh dunia. Mengapa ADL begitu pantas? Hatta komen-komen kecil dari pembaca-pembaca dalam ruangan forum konspirasi juga dikumpulnya.

Pihak ADL sendiri mengakui tindakan mereka itu seperti yang dilaporkan oleh wartawan Israel iaitu Anshel Pfeffer. Beliau melaporkan proses pengumpulan maklumat telah dijalankan bermula awal Oktober 2008.








(Atas) Jeff Rense, bekas wartawan di Amerika dan pernah ditemuramah oleh Alex Jones dalam siaran radio Infowars (Kanan) Anshel Pfeffer, wartawan akhbar Israel pernah dirompak oleh beberapa orang askar Russia ketika membuat liputan berkenaan krisis di Georgia.

Bayangkan seluruh akhbar Israel melompat-lompat menafikan laporan kecil dari Jeff Rense iaitu bekas wartawan akhbar yang tidak popular. Rense adalah orang terawal yang membuat kenyataan USD400 billion (nilai awal) sebenar dipindahkan kepada kerajaan Israel. Jense Rense tidak sepopular Alex Jones, David Duke, Texe Marrs atau David Icke. Jika manusia sekecil ini pun dianggap besar kata-katanya maka benarlah tuduhan itu. Dua akhbar utama Israel Haaretz dan Jerusalem Post menyerang kenyataan Rense setiap minggu.

Fungsi ADL Dalam Mengawal Pelan Konspirasi

Bagi ADL pengumpulan maklumat amat penting untuk melihat sejauh manakahKETEPATAN TEORI yang dibincangkan oleh para Conspiracy Theorist. Sekiranya ada orang yang membuat teori krisis tersebut dengan andaian yang hampir tepat (mungkin ketepatan 6/10), kemnungkinan jalan lain akan dibentuk. Maka akan berlakulah kelewatan mencetuskan peperangan. Inilah fungsi sebenar ADL.

Kempen di atas dikeluarkan oleh akhbar pro-Zionis di Amerika iaitu San Francisco Sentinel pada 14 September 2007.

Perang Konspirasi Dajjal (PKD)

Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti negara manakah yang bakal diplih oleh Dajjal nanti. Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan satu.

Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang kami percaya diwujudkan untuk tujuan-tujuan persediaan menghadapi Imam Mahdi seperti yang kami telah maklumkan sebelum ini dalam artikel bertajuk “Rahsia Misi Dajjal di Timur Tengah.”

Mereka percaya, melalui ucapan & tindakannya menyentuh Israel, bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang pada masa hadapan.......(masa akan menentukan)

Fasa penyerahan tugasan Perang

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.

Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis-penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.

Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.

Presiden Baru Dengan Misi Baru

Walau bagaimana pun, kami melihat perkembangan kemenangan ini dengan tanggapan yang berlainan. Sesungguhnya kami memandang negatif kepada setiap langkah politik Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Ini kerana tiada suatu pun perkara baik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat semenjak ia ditubuhkan.Perkara baik yang kami maksudkan ialah dasar-dasar terhadap negara Islam.

Conspiracy Theorist terkenal iaitu Texe Marrs pernah memberi komen pada awal kempen Demokrat bahawa kedua-dua parti (Republikan & Demokrat) adalah dari rumah yang sama iaitu Illuminati. Pendedahan tentang rahsia di sebalik kedua-dua parti ini diterangkan dengan teliti oleh Texe Marrs dalam ceramahnya yang bertajuk “The Synagogue of Satan and the Dancing Marionettes of the Democrat and Republican Party.”

Kami percaya Barrack Obama adalah percaturan beberapa kelompok pelobi zionis Israel yang sudah berbusut di Amerika sejak sekian lama. Kumpulan-kumpulan ini adalah pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika.Biasanya kumpulan percaturan ini dikenali sebagai kelompok Neo-Konservatif. Mereka terdiri dari ramai orang dan pelbagai organisasi. Ahli-ahli mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berfokus dan ianya dianggotai dari pelbagai jenis lapangan bidang ilmu.

Percaturan kumpulan Neo-Konservatif ini dijangka telah menemui capaian keputusan bersama bahawa Barrack Obama adalah individu paling layak menerima ‘tugasan baru’ selepas George Bush jika hendak dibandingkan dengan John McCain.


Sejarah Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam

  1. George H.W. Bush (1989 - 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
  2. Bill Clinton (1993 - 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 199 8) dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
  3. George W. Bush (2001 - 200 8) : Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)

Daripada 3 orang presiden di atas, Bill Clinton adalah presiden paling tidak cemerlang dalam menjalankan operasi ‘menghentam’ Iraq. Operasi Desert Fox 1998 dianggap gagal dan Clinton dianggap gagal menjalankan ‘tugasan’ sebagai presiden Amerika.

Clinton dilihat hanya berjaya menjalankan operasi-operasi kecil ketenteraan sahaja. Kegagalan Bill Clinton diakui oleh bapa Neo-Konservatif Yahudi iaitu Dr. Henry Kessingger dalam satu temuramah dengan Margaret Warner pada 21 Disember 1998. Kessingger menyimpulkan Operasi Desert Fox itu sebagai gagal secara keseluruhan dalam menghapuskan Iraq.

Takrifan Tugasan Baru Obama

‘Tugasan baru’ yang dimaksudkan bukanlah portfolio-portfolio yang ditinggalkan oleh George Bush ketika menjadi presiden tetapi ia berupa bentuk misi sulit yang lebih kepada ‘terjahan’ kepada negara-negara Islam.

Misi Obama kali ini sudah pasti suatu bentuk peperangan versi baru yang terpaksa dipikulnya untuk kesinambungan tugasan kumpulan Neo-Konservatif yang bercabang di bawah organisasi Illuminati.

Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan yang bakal dimainkan oleh Barrack Obama dalam perang konspirasi Dajjal nanti. Adakah Obama akan membawa Amerika sebagai negara penyokong dana sahaja atau memastikan Amerika juga terlibat sama dalam peperangan ini?

(Kiri) Timothy F. Geithner (Kanan) Richard S. Fuld

Kami percaya Obama adalah penyambung kepada tugasan yang diberikan pemerintah Illuminati kepada Timothy F. Geithner dan CEO Lehman Brohters, Richard S.Fuld.Geithner dan Fuld telah dilihat berfungsi sebagai penyumbang modal kepada Israel manakala Obama dilihat sebagai pelindung kepada operasi Israel melalui penggunaan kuasa veto di PBB.

Obama dan Israel

Kita harus teliti dalam hal peranan sebenar Obama ini terhadap negara-negara Islam. Kemenangan Obama disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Israel dan akhbar-akhbar utama Israel pula mendefinasikan kemenangan tersebut sebagai‘kepulihan demokrasi kaum’ di Amerika.

Namun, negro ini kemungkinan lebih memberi ancaman kepada negara-negara Islam kerana tanda-tanda ancaman itu telah pun dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.

Dalam ucapannya Obama ada menyebut;

“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”

“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”

“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”

“We should work - we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”

(Gambar) Obama ketika melawat tembok suci Israel.

Operasi Perang Di Bawah Obama

Kami tidak yakin negro ini bersikap positif terhadap negara -negara Islam. Semasa di persidangan AIPAC pada Jun lepas sahaja, Obama telah menghentam Iran dengan keras dan ucapannya tentang Iran hampir meliputi 60% dari teks ucapan keseluruhan.

Operasi perang yang mungkin tercetus di bawah regim Obama kemungkinan bersifat perlindungan politik terhadap Israel. Ini berdasarkan undian online yang dibuat oleh akhbar Haaretz mendedahkan 47% pembaca akhbar Yahudi itu mahukan Obama mengeluarkan tentera Amerika dari Iraq.

Kita tidak boleh pandang ringan keputusan undian secara online ini. Walaupun sistem ini kecil tetapi ia menggambarkan suara hati pembaca dan pelayar internet.Kita kemungkinan boleh mengetahui pengaruh sistem undian online ini selepas 20 Januari 2009 apabila Obama membentangkan polisi ketenteraannya ke atas Iraq.

Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanjian politik palsu dengan Amerika kelak.

Timothy F.Geighner dan Barrack Obama

Dalam artikel lepas iaitu Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1) telah kami terangkan bagaimana Geithner memainkan peranannya sebagai ‘penerima tugasan’. Kini kita lihat pula kenapa Geithner dan Obama dipilih untuk melaksanakan tugasan Illuminati itu. Timothy F.Geithner (penggerak kejatuhan ekonomi dunia) adalah berketurunan Yahudi tulen dan pernah belajar di Sekolah Antarabangsa Bangkok. Semasa menuntut di Dartmouth Colleage, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Government and Asian Studies pada 1983.

Kemudian Geithner menyambung pula master di John Hopkhin Universitykhusus dalam bidang International Economics and East Asian Studies. Pengetahuan luas tentang ekonomi Asia yang dimiliki Geithner dilihat mencurigakan apabila beliau adalah orang pertama yang memutuskan mengadakan mesyuarat persediaan kejatuhan Lehman Brothers pada 13 September 2008.

Perlu kita ketahui juga Geithner adalah calon yang disebut-sebut akan menerajui sebagai Treasury Secretary dalam pentadbiran Obama kelak. Jika perlantikan Geithner kelak menjadi kenyataan, maka adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang.

Penilaian yang kami buat ini merujuk kepada latar belakang Geithner sendiri yang merupakan anak didik Dr. Henry Kissengger. Selain itu, Geithner juga merupakan ahli pertubuhan Yahudi paling berpengaruh iaitu Council on Foreign Relationship dan Bilderberg Group.

Wallahu’alam

oleh: Ibnuyaacob

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda