Monday, September 04, 2017

15 Babak Lucah di minda anak anda

15 Babak Lucah Yang Diletakkan Secara Rahsia Di Dalam Setiap Kartun Disney


Sekiranya baru-baru ini, filem terbaru keluaran Walt Disney, Beauty and the Beast telah di-ban daripada ditayangkan di Malaysia kerana mengandungi unsur-unsur LGBT yang diterapkan secara rahsia di dalam sebuah babak di dalam filem itu.
Namun, kami percaya pastinya ramai yang tidak tahu bahawa selain daripada filem Beauty and the Beast itu, masih terdapat beberapa buah filem animasi keluaran Walt Disney yang lain yang turut mengandungi elemen yang kurang menyihatkan yang diterapkan secara rahsia tanpa dikesan pihak berkuasa.
Adakah ini satu kebetulan ? Mari kita lihat dan Nilaikan

Monsters Inc.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa terdapat sekeping poster yang mengandungi gambar yang tidak sesuai telah ditampal pada pintu almari.

The Lion King

Hanya mata yang tajam saja mampu melihat mesej yang cuba disampaikan secara rahsia di dalam filem animasi ini.
Dada seorang wanita
Wanita topless yang sedang berbikini
Bintang-bintang bertaburan di langit yang disusun membentuk perkataan SEX

Cars

Papan iklan ‘Top Down’, ‘Truckstop’ dan Covertible Waitress ini mempunyai double meaning.

Peter Pan

Lihat pada bayang-bayang Peter Pan yang sedang menari di atas dinding

The Little Mermaid

Lihat pada bahagian-bahagian yang telah dibulatkan ini.

Aladdin

Mungkin anda yang sudah dewasa mungkin tidak akan perasan akan mesej yang cuba disampaikan disini. Namun bagi kanak-kanak, lawak ‘orang dewasa’ seperti ini bakal melekat di minda mereka selama-lamanya.

Tangled

Cuba lihat pada gumpalan rambut yang disusun membentuk perkataan SEX.

Toy Story

Cuba lihat betul-betul mesej yang cuba disampaikan di dalam babak ini.

The Rescuers

Sekiranya anda betul-betul melihat, anda akan perasaan kelibat seorang wanita yang sedang topless

Fantasia

Babak daripada filem animasi Fantasia ini dikatakan memaparkan bentuk sebuah payudara wanita.

Cinderella

Sekali imbas, babak ini kelihatan seperti sedang menarik rantaian bebola. Tetapi sekiranya dilihat sekali lagi, anda akan memahami apakah yang sebenarnya yang terjadi.

Mickey Mouse

Cuba lihat apa yang dipegang oleh Mickey di dalam kartun ini.

Friday, June 30, 2017

kenapa nazi marah sangat dengan bangsa yahudi




1. Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahwa setiap bangsa yahudi yang berada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik?
Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi
4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel.
Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu
6. Tahukah anda bahawa Amerika memberi dana sebanyak 5 million USD setiap tahun untuk Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 18 million USD setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di Benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 million USD dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk?
Dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandiriannya.
9. Tahukah anda bahawa pemimpin Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.
11. Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, mereka sudah memiliki kilang untuk membina senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Jeneral Tertinggi Israel, mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan
13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967?
Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil tindakan terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah sasaran.
Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB?
15. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai suspek didalam kes pembunuhan ramai – ramai Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 5000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua
16. Tahukah anda bahawa pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak mereka dari jarah setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan Khas dari pemerintah Israel?
17. Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah
18. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David Ben Gorion bersepakat dalam pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel?
19. Tahukah anda bahwa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pemimpin Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera Israel untuk ‘membersihkan’ Semenanjung Gaza dari warga Palestin?
bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam wawancaranya disebuah radio terbesar Israel:
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”
20. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan didalam proses soalsiasat, tetapi Shin Bet (Skuad Khas Israel) tetap menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses soalsiasatnya
21. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbanyak di dunia yang penduduknya bergelar doktor?
22. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM yang diterbitkan pada tanggal 10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalangi dengan perjanjian OSLO.
23. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal fakta yang sebenarnya adalah Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangan itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.
24. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu – satunya negara penjajah yang tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga asal Palestin
25. Tahukah anda Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

Monday, June 12, 2017

INILAH SAHABAT NABI YANG JENAZAHNYA DIMANDIKAN OLEH MALAIKAT


INILAH SAHABAT NABI YANG JENAZAHNYA DIMANDIKAN OLEH MALAIKAT


Hanzhalah bin Abu Amir adalah anak pemimpin suku Aus yang terbilang kaya di Yastrib (Madinah) pada masa menjelang hijrahnya Nabi Muhammad ke sana. Ayahnya, Abu Amir bin Shaify, orang yang sangat benci kepada Islam. Pada zaman jahiliyah, dia mendapat julukan Abu Amir Sang Pendeta, tetapi julukan itu berbalik menjadi Abu Amir lelaki Fasik ketika Yastrib sudah dikuasai oleh kaum muslim.
Pernah dengan angkuh Abu Amir berkata, “Jika aku menyeru kaumku yang sudah masuk Islam, mereka pasti akan mengikutiku dan bergabung dengan kaum Quraisy.”
Tapi baru saja mulutnya menyebutkan nama dirinya, “Wahai bani Aus, aku Abu Amir..”, orang-orang Aus yang muslim menimpali, “Wahai lelaki fasik, Allah tidak akan memberkatimu!” Mereka mengucapkan kalimat itu sambil melancarkan serangan yang menyebabkan Abu Amir melarikan diri. Nah, di antara penyerang itu, adalah anaknya sendiri, Hanzhalah.
Hanzhalah, yang telah masuk Islam, akhirnya menikah dengan Jamilah binti Abdullah bin Ubay bin Salul, anak sahabat bapaknya. Mertuanya itu dikenal sebagai tokoh munafik, menyembunyikan kekafiran dan menampakkan keimanan. Dia berpura-pura membela Nabi Muhammad dalam Perang Uhud; namun ketika rombongan pasukan muslim bergerak ke medan laga, ia menarik diri bersama orang-orangnya, kembali ke Madinah.
Pagi harinya, ketika mendengar seruan untuk berjihad, Hanzhalah mengambil pedang dan baju perangnya, langsung bergabung dengan induk pasukan muslim dan pergi berperang. Dalam peperangan itu, dia berhasil mendekati Abu Sufyan ketika teman-temannya justru melarikan diri ketakutan. Abu Sufyan, dalam duel satu lawan satu, terjatuh dari kudanya. Wajahnya pucat, ketakutan.
Pedang Hanzhalah yang berkilauan siap merobek lehernya. Dalam hitungan detik, nyawanya akan melayang. Tapi, dalam suasana genting itu, Abu Sufyan berteriak minta tolong, “Hai orang-orang Quraisy, tolong aku.”
Lantas orang-orang Quraisy di sekitarnya tanpa ampun mengayunkan pedangnya kepada Hanzhalah, dari kiri, kanan, dan belakang, sehingga Hanzhalah tersungkur. Dalam kondisi yang sudah parah, darah mengalir begitu deras dari tubuhnya, ia masih dihujani dengan lemparan tombak dari berbagai penjuru. Dan akhirnya…anak muda ini gugur sebagai syuhada.
Baca Juga :   Masuk Surga Gara-Gara Ngintip Wanita Mandi
Abu Sufyan, si pengecut itu, pun selamat dari tajamnya pedang Hanzhalah.
Seusai peperangan, Abu Amir dan Abu Sufyan mengitari medan laga dan mencari data sahabat-sahabat Nabi yang gugur. Biasanya mereka akan melampiaskan dendamnya dengan mencincang mayat-mayat musuhnya. Mereka menemukan jasad Kharijah bin Abu Suhair dari suku Khazraj, pemimpin Bani Kahzraj; Abbas bin Ubadah bin Fadhlah; Dzakwan bin Abu Qais, bangsawan Yastrib; dan tentu saja Hanzhalah.
“Anakku, kenapa kamu tidak mau mengikuti perintahku untuk tidak ikut berperang?” keluh Abu Amir dengan nada kesedihan. “Andaikan menaati perintahku, kamu akan hidup terhormat bersama kaum Aus.”
Kepada orang-orang Quraisy dia menyeru agar tidak mencincang jasad anaknya. Tapi dia sendiri mencincang bangkai orang lain.
Nabi Muhammad, yang diberi tahu hal itu, kemudian mendoakan, melihat ke langit, dan berkata kepada para sahabat, “Aku melihat, malaikat-malaikat sedang memandikan Hanzhalah bin Abu Amir di antara langit dan bumi dengan menggunakan air Muzn (mendung) yang diambil dari bejana perak.”
Kemudian beliau mengutus salah seorang sahabat untuk mengabarkan hal itu kepada istri Hanzhalah dan menanyakan apa yang dikerjakan suaminya sebelum pergi ke medan perang.
“Ketika mendengar panggilan perang, Hanzhalah dalam keadaan junub dan belum sempat mandi…,”kata Jamilah.
Beruntunglah Hanzhalah, syuhada yang telah dimandikan oleh para malaikat. Dia memperoleh kedudukan yang tinggi di haribaan Allah SWT. Itulah sebaik-baik tempat yang tidak semua orang mampu meraihnya.
Nabi Bersabda, “Allah Swt. berfirman: Tiada balasan bagi hamba-Ku yang berserah diri saat Aku mengambil sesuatu yang dikasihinya di dunia, melainkan surga.” (HR Bukhari).

Wednesday, May 24, 2017

TV3 Bersama Pelajar Madrasah Ar-Rabbaniyah, Merlimau Melaka

TV3 Bersama Pelajar Madrasah Ar-Rabbaniyah .Siaran akan berlansung pada hari Sabtu @ jam 9.00 malam , 27hb Mei 2017 sempena Ramadan 1438H dalam slot Madrasah
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Khairul 017-7010501 @ sebarang bentuk bantuan amatlah dihargainya


Friday, April 07, 2017

Anda Usahawan . Kenapa nak joint Starnet

Kerana


Pakej Pengguna 


Pakej Pengguna :-
Ini bukan skim cepat kaya ataupun skim gandakan wang anda 

Daftar ahli sebanyak RM80.00 (1 Pek Permulaan)

Termasuk dapat percuma RM45.00 sebagai pek permulaan, call sampai muntah.

Seterusnya :-

Anda akan mendapat bonus penajaan sebanyak RM20.00
Boleh daftar 16 orang di bawahnya

1. Bonus penajaan sebanyak RM20 x 16 orang = RM320.00

2. Dimana 4 org pertama Level 25% - RM45.00 - dah pakai percuma , orang lain yang membayarkan - (RM45 x 4 orang x 25%)

3. Seterusnya Leval ke 2, sebanyak 8% - RM57.60 (RM45 x 16 orang x 8%) 
(Untuk makluman anda , semua syarikat telekomunikasi hanya memberi komisyen sebanyak RM50.00 sahaja bagi Level 2)

4. Jumlah total yang anda dapat sebanyak:-
     A. Bonus Penajaan - RM320.00
     B. Leval 1 - RM45.00
     C. Leval 2 -RM 57.00

    Jumlah bersih = RM422.00

Cuba anda bayangkan . anda hanya melabur sebanyak RM80.00 , tetapi anda akan mendapat sebanyak RM422.00 !!!

Seterusnya, bagi bulan ke 2 dan seterusnya , bila individu ini topup , anda hanya mendapat sebanyak RM57.00 aje...

Jadi, jika anda ingin tambahkan pendapatan, anda perlulah mendaftar nama lain, sebab system ini hanya boleh mendaftar hanya satu nama sahaja. (sebab system ini akan tag no kp anda)


Semua ini di lakukan melalui talian tangan / hp/handphone anda aje..


Tak percaya …Whatapps saya segera - Norsam 012-6298546
http://starnet.my/norsam


Thursday, April 06, 2017

7 Fakta Tentang Senjata Kimia Sarin Yang Digunakan Untuk Membunuh Rakyat Syria

April 6, 201710:11 AM
Malaysia Lifeline of Syria, Muslim Volunteer Malaysia, Tangisan Syria di Bumi Jordan dan Mycorps.
Pada tanggal 4 April baru-baru ini sewaktu penghuni Khan Sheikhoun, daerah Idlib Utara masih diulit mimpi, siapa sangka satu tragedi kejam bakal terjadi kepada mereka. Satu serangan senjata kimia menggunakan gas sarin telah dilepaskan daripada pesawat pejuang di ruang udara bandar ini.
Atas rasa ingin tahu maka saya membuat carian di internet untuk mendapatkan lebih maklumat tentang apakah senjata kimia bernama gas sarin ini. Daripada pembacaan saya dapat disimpulkan gas sarin adalah seperti berikut:
1. Ia diklasifikasikan sebagai gas saraf yang menyerang dan merencat fungsi sistem otot. Mereka yang terhidu gas ini bakal mengalami kekejangan dan kesukaran bernafas, sistem saraf pusat terhenti dan otot di sekitar paru-paru menjadi lumpuh. Sarin boleh membunuh walaupun mangsa terdedah kepada dos yang sangat rendah.
Gejala yang muncul apabila seseorang terkena gas ini antara lain adalah mual dan sakit kepala yang teruk, penglihatan menjadi kabur, kejang otot, gangguan pernafasan dan tidak sedarkan diri.
2. Gas sarin pada awalnya dihasilkan sebagai cubaan untuk membuat racun serangga yang lebih kuat pada tahun 1938 oleh saintis Jerman. Malahan nama sarin sendiri diambil daripada gabungan nama 4 saintis yang mencipta gas berbahaya ini iaitu Schrader, Ambros, Gerhard Ritter, dan von der Linde.
Apabila menyedari gas ini mampu memberi kesan yang membawa maut, pihak Nazi Jerman sedar ia boleh digunakan sebagai senjata kimia. Walaupun begitu gas sarin tidak digunakan sewaktu Perang Dunia ke II.
3. Sifat gas sarin berbentuk cecair yang mudah meruap di udara, tiada warna, tidak berbau dan tiada rasa.  Maka kehadirannya sukar dikesan selepas ia dilepaskan. Dan yang lebih menakutkan, ia mudah menyerap ke dalam kulit mereka yang terdedah kepada gas ini.
4. Serangan menggunakan gas sarin bukanlah perkara baru kepada dunia. Pada tahun 1994 pernah berlaku serangan gas sarin oleh kumpulan ajaran sesat Aum Shinrikyo di jaringan stesen keretapi bawah tanah di Tokyo. Malahan selepas lebih 20 tahun tragedi ini berlaku, masih ada di kalangan rakyat Jepun yang trauma.
5. Di Syria sendiri, serangan gas sarin yang berlaku beberapa hari lepas bukanlah kali pertama. Pada tahun 2013 serangan senjata kimia yang serupa pernah perlaku di Damsyik dan telah mengorbankan ratusan nyawa.
6. Namun yang menyedihkan dan kejam, serangan kali ini dilakukan pada awal pagi di saat penduduk di bandar ini masih tidur nyenyak. Dianggarkan sehingga kini lebih 100 mangsa termasuk kanak-kanak telah meninggal dunia.
Dikatakan juga bahawa serangan senjata kimia kali ini adalah yang terburuk di Syria semenjak perang saudara meletus 6 tahun lepas.
7. Malahan PBB melaporkan serangan senjata kimia bukanlah satu perkara yang asing di Syria. Gas klorin turut digunakan sebagai senjata kimia sebanyak 3 kali di antara tahun 2014 – 2015 oleh rejim Assad. Ini berdasarkan apa yang telah dikesan dan dilaporkan sahaja.
Malahan pada Januari 2016 ada laporan menyebut terdapat terdapat unsur-unsur kematian yang disebabkan oleh gas sarin daripada sampel darah mangsa terkorban yang diambil.
Jadi apa yang kita boleh buat?
Mestilah ada. Paling kurang kirimkan doa buat saudara kita di sana. Tapi bagaimana jika kita boleh lakukan lebih lagi?
Melihat situasi terkini yang melanda rakyat Syria, saya terpanggil untuk mengajak anda bersama-sama membantu dan menyumbang kepada misi konvoy menghantar 100 ambulan ke Syria. Convoy ini di bawah anjuran Unity Convoy yang akan berlepas dari UK ke Syria.
Bagi rantau Asia Tenggara, misi kutipan derma dijalankan bersama oleh
Sasaran kutipan yang disasarkan oleh badan NGO di atas adalah sebanyak RM800,000 bagi membeli 10 buah ambulan bagi mewakili rantau ini. Berdasarkan jumlah kutipan yang masih belum mencapai sasaran, saya terpanggil untuk menyeru anda turut serta membantu misi ini.
Mereka hanya ada 2 hari sahaja lagi bagi mencukupkan dana. Kutipan sehingga kini adalah sebanyak RM550,00 dan masih berbaki RM250,000. Anda boleh menyumbang secara online ke link berikut : http://www.billplz.com/ambulanceforsyria
Akhir kata, jika kita mampu tonton Beauty and the Beast, mampu berebut beli ayam McD sampai habis stok, apalah sangat dengan RM10, RM50 buat saudara kita yang sedang disembelih di sana.
Tidak akan luak harta hambaNya yang menderma dengan ikhlas, malah akan ditambah dan diberkati olehNya. Marilah kita menjadi umat yang bersatu, menjadi pembina jalan penyelesaian dan keamanan.
Syria perlukan bantuan kita, tak kira berapa kecil sekalipun. Mendermalah dan mari kita sokong misi konvoy ambulan ini. Saya kongsikan di bawah salah satu daripada ratusan video yang dimuat naik ke Facebook menceritakan situasi sebenar yang sedang berlaku di Syria selepas serangan senjata kimia tersebut.
Lagi sekali, link untuk derma http://www.billplz.com/ambulanceforsyria
Mereka di uji dengan kesusahan, dan kita di sini juga sebenarnya sedang diuji dengan kesenangan. Maka siapakah di antara kita yang sanggup menggunakan kesenangan ini dengan berkongsi sedikit dengan saudara seagama yang  berada di dalam kesusahan?

Monday, March 27, 2017

PANTUN SIFAT 20

PANTUN SIFAT 20
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.
Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda