Thursday, April 06, 2017

7 Fakta Tentang Senjata Kimia Sarin Yang Digunakan Untuk Membunuh Rakyat Syria

April 6, 201710:11 AM
Malaysia Lifeline of Syria, Muslim Volunteer Malaysia, Tangisan Syria di Bumi Jordan dan Mycorps.
Pada tanggal 4 April baru-baru ini sewaktu penghuni Khan Sheikhoun, daerah Idlib Utara masih diulit mimpi, siapa sangka satu tragedi kejam bakal terjadi kepada mereka. Satu serangan senjata kimia menggunakan gas sarin telah dilepaskan daripada pesawat pejuang di ruang udara bandar ini.
Atas rasa ingin tahu maka saya membuat carian di internet untuk mendapatkan lebih maklumat tentang apakah senjata kimia bernama gas sarin ini. Daripada pembacaan saya dapat disimpulkan gas sarin adalah seperti berikut:
1. Ia diklasifikasikan sebagai gas saraf yang menyerang dan merencat fungsi sistem otot. Mereka yang terhidu gas ini bakal mengalami kekejangan dan kesukaran bernafas, sistem saraf pusat terhenti dan otot di sekitar paru-paru menjadi lumpuh. Sarin boleh membunuh walaupun mangsa terdedah kepada dos yang sangat rendah.
Gejala yang muncul apabila seseorang terkena gas ini antara lain adalah mual dan sakit kepala yang teruk, penglihatan menjadi kabur, kejang otot, gangguan pernafasan dan tidak sedarkan diri.
2. Gas sarin pada awalnya dihasilkan sebagai cubaan untuk membuat racun serangga yang lebih kuat pada tahun 1938 oleh saintis Jerman. Malahan nama sarin sendiri diambil daripada gabungan nama 4 saintis yang mencipta gas berbahaya ini iaitu Schrader, Ambros, Gerhard Ritter, dan von der Linde.
Apabila menyedari gas ini mampu memberi kesan yang membawa maut, pihak Nazi Jerman sedar ia boleh digunakan sebagai senjata kimia. Walaupun begitu gas sarin tidak digunakan sewaktu Perang Dunia ke II.
3. Sifat gas sarin berbentuk cecair yang mudah meruap di udara, tiada warna, tidak berbau dan tiada rasa.  Maka kehadirannya sukar dikesan selepas ia dilepaskan. Dan yang lebih menakutkan, ia mudah menyerap ke dalam kulit mereka yang terdedah kepada gas ini.
4. Serangan menggunakan gas sarin bukanlah perkara baru kepada dunia. Pada tahun 1994 pernah berlaku serangan gas sarin oleh kumpulan ajaran sesat Aum Shinrikyo di jaringan stesen keretapi bawah tanah di Tokyo. Malahan selepas lebih 20 tahun tragedi ini berlaku, masih ada di kalangan rakyat Jepun yang trauma.
5. Di Syria sendiri, serangan gas sarin yang berlaku beberapa hari lepas bukanlah kali pertama. Pada tahun 2013 serangan senjata kimia yang serupa pernah perlaku di Damsyik dan telah mengorbankan ratusan nyawa.
6. Namun yang menyedihkan dan kejam, serangan kali ini dilakukan pada awal pagi di saat penduduk di bandar ini masih tidur nyenyak. Dianggarkan sehingga kini lebih 100 mangsa termasuk kanak-kanak telah meninggal dunia.
Dikatakan juga bahawa serangan senjata kimia kali ini adalah yang terburuk di Syria semenjak perang saudara meletus 6 tahun lepas.
7. Malahan PBB melaporkan serangan senjata kimia bukanlah satu perkara yang asing di Syria. Gas klorin turut digunakan sebagai senjata kimia sebanyak 3 kali di antara tahun 2014 – 2015 oleh rejim Assad. Ini berdasarkan apa yang telah dikesan dan dilaporkan sahaja.
Malahan pada Januari 2016 ada laporan menyebut terdapat terdapat unsur-unsur kematian yang disebabkan oleh gas sarin daripada sampel darah mangsa terkorban yang diambil.
Jadi apa yang kita boleh buat?
Mestilah ada. Paling kurang kirimkan doa buat saudara kita di sana. Tapi bagaimana jika kita boleh lakukan lebih lagi?
Melihat situasi terkini yang melanda rakyat Syria, saya terpanggil untuk mengajak anda bersama-sama membantu dan menyumbang kepada misi konvoy menghantar 100 ambulan ke Syria. Convoy ini di bawah anjuran Unity Convoy yang akan berlepas dari UK ke Syria.
Bagi rantau Asia Tenggara, misi kutipan derma dijalankan bersama oleh
Sasaran kutipan yang disasarkan oleh badan NGO di atas adalah sebanyak RM800,000 bagi membeli 10 buah ambulan bagi mewakili rantau ini. Berdasarkan jumlah kutipan yang masih belum mencapai sasaran, saya terpanggil untuk menyeru anda turut serta membantu misi ini.
Mereka hanya ada 2 hari sahaja lagi bagi mencukupkan dana. Kutipan sehingga kini adalah sebanyak RM550,00 dan masih berbaki RM250,000. Anda boleh menyumbang secara online ke link berikut : http://www.billplz.com/ambulanceforsyria
Akhir kata, jika kita mampu tonton Beauty and the Beast, mampu berebut beli ayam McD sampai habis stok, apalah sangat dengan RM10, RM50 buat saudara kita yang sedang disembelih di sana.
Tidak akan luak harta hambaNya yang menderma dengan ikhlas, malah akan ditambah dan diberkati olehNya. Marilah kita menjadi umat yang bersatu, menjadi pembina jalan penyelesaian dan keamanan.
Syria perlukan bantuan kita, tak kira berapa kecil sekalipun. Mendermalah dan mari kita sokong misi konvoy ambulan ini. Saya kongsikan di bawah salah satu daripada ratusan video yang dimuat naik ke Facebook menceritakan situasi sebenar yang sedang berlaku di Syria selepas serangan senjata kimia tersebut.
Lagi sekali, link untuk derma http://www.billplz.com/ambulanceforsyria
Mereka di uji dengan kesusahan, dan kita di sini juga sebenarnya sedang diuji dengan kesenangan. Maka siapakah di antara kita yang sanggup menggunakan kesenangan ini dengan berkongsi sedikit dengan saudara seagama yang  berada di dalam kesusahan?

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda