Sunday, November 15, 2009

Pernah kah kita check apa yang masuk ke tekak kita nie Halal ?

Salam,

Tuan dan Puan yang dirahmati Allah.

Pernahkah terfikir apa yang dimasukan kedalam tekak kita nie...Halal & Haram.

Kita selalunya menyerahkan status halal tersebut kepada para pekedai ynag kita tak kenal , mrk bukan saudara mara kita & sahabat dan kebanyakan Non Muslim ...Kenapa kita yakin sangat mereka itu jujur atau tak ambil untung atau nak ikut peraturan cara Islam ( betul kita kena baik sangka ......soalan kenapa bila manusia kita kena baik sangka , kenapa dengan Allah kita tak baik sangka ????????

Betul ke sijil tu ..kebanyakan photostate .........mereka tak boleh ke dapatkan pendua "duplicate copy" .....atau liminate ........pernahkan kita sebagai penguna sahkan Jakim keluarkan atau Jabatan Agama ......pernah kita tanya..........jika tak betul pernah ke kita buat aduan

Jawapan nya , kebanyakan kita nie jenia tak kesah...............apa kah pernah kita kesah nak masuk Syurga ke Neraka.....kalu kita tak kisah ..maka mungkin kita masuk Neraka.....tetapi namun semua daripada kita nak masuk Syurga ..........? sebab tiada org yang nak masuk Neraka .......ini menujukan niat dan tindakan kita tak selari......betul ke Islam kita nie....atau hanya pada nama sahaja.......

Doa Yang Tidak Diperkenankan
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”
(Muslim)



Kita boleh peruntukan masa yang banyak untuk melayari internet.....baca suratkhabar ...berita politik ...cerita artis ...tengok blue filem atau sewaktu dengannya......

Namun , berapa ramia dari kita memperuntukan masa bagi cari pasal maklumat halal

Kita lebih suka beli makan daripada non muslim berbanding perniaga muslim atas alasan mahal tak elok , cepat basi , tak glamour , packing tak cantik .............dan seribu 1000 alasan......adakah tuan / puan dapat jamin bahawa pekedai yang non muslim tu akan jadi saksi kita di hadapan Allah SWT.........di sebabkan kita beli bukan barangan Halal .

Maka , tuan / paun budiman ..sila lawat web site nie.......

1. http://www.halal.gov.my
2. http://www.halal.gov.my/aduan_siar.php ( aduan yang telah dikemukan kepada pihak Jakim dan balasan pihak Jakim ...........nanti kita boleh nampak org yang tuan percayai telah menipu anda terang 2.....kenapa urusan Agama Islam kita serahkan kepada orang lain dan kita tak kisah untuk check.....ini termasuk dari saya juga.....).
3. hdcgolbal.com


Lepas nie timbanglah..................kalau tuan / puan...........................ada jawapan nanti untuk menjawap soalan daripada apa yang kamu makan ?

Sekian
Otam 67

Friday, November 13, 2009

Golongan Lelaki Dan Wanita Ahli Neraka

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
wanita ke neraka pada mPeristiwa alam Mikraj
Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan memberi pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah masanya Allah Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk berhenti bekerja, langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu nyawa pun dicabut..?

Bila datang perintah Allah, maka sudah pasti tubuh badan kita tidak mampu menidakkannya.. Namun..

Berapa banyakkah perintah Allah selama ini kita nafikan..?

Berhati-Hatilah Dengan Fitnah Akhir Zaman

Kita sudah berada di penghujung akhir dunia ini. Zaman yang mana disebut akhir zaman. Semua tanda-tanda kiamat kecil sudah dipenuhi. Hanya menunggu tanda-tanda kiamat besar yang hanya menunggu masa memperlihatkan diri.

Betapa malangnya umat Islam hari ini langsung tidak menghiraukan amaran dan tanda-tanda ini yang telah diberitahu oleh Rasulullah Salallahu Alaih wasalam 1400 tahun yang dulu. Malah kita semakin hari semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Malah kebanyakan manusia hari ini berlumba-lumba untuk mengejar nikmat dan harta dunia yang hanya sementara.

Hakikat bahawa kehidupan kita ini adalah ujian dan sementara dipandang remeh-temeh sahaja. Kita mengejar dunia seolah-olah kita tidak akan langsung mati. Dunialah segalanya. Kerana harta dan wang, maruah diri dan agama sendiri diperdagangkan. Terlupa bahawa kita pengembara dunia yang bila-bila masa akan dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Lalu segala yang digariskan di dalam Kitab Suci dan hadis nabi ditinggalkan begitu sahaja.

Semakin dunia tua, semakin jauhlah juga manusia dengan tuhannya. Ditambah dengan perancangan teliti Dajjal dan musuh-musuh Islam, umat manusia semakin lena. Lena yang ditambah dengan dengkuran yang keras. Tidak langsung mengetahui mereka sudah terperangkap dengan syurga dunia yang dibawa oleh Dajjal al-masih. Lalu jadilah mereka alat dan goyyim pihak musuh dan zionis. Di mana goyyim adalah lembu atau binatang ternakan, malah bisa sahaja lebih teruk dari itu.

Maka berhati-hatilah dengan segelintir mereka yang kononnya mempunya ilmu agama yang tinggi. Yang mana bisa sahaja mempunyai pelbagai gelaran dan sijil. Namun yang jelasnya ajaran yang dibawa tidak sinonim dengan ajaran Islam dan mazhab Fiqh Shafiee yang diwarisi oleh kita dari ulama-ulama yang terdahulu. Bukan sedikit yang keliru dan terjebak. Antara sedar atau tidak, racun-racun ini telah menyusup masuk ke dalam urat saraf ummah.

Negeri ini dari dahulu lagi berpegang kepada Mazhab Fiqh As-Syafie, akidah ASyairah dan berpegang kepada tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid Al-Baghdadi. Ia dipegang kukuh oleh umat Islam nusantara sehingga menjadi darah daging umat Islam di sini lalu terhasillah
umat Melayu yang bersopan santun dan baik budi bahasa.

Malangnya adab bertandang ke rumah orang semakin dilupakan orang Melayu dewasa ini. Masuk ke rumah orang lalu mengomel dan tidak puas hati dengan hiasan dan susunan perabot tuan rumah. Di sini tidak sesuai, di sana tidak cantik. Andai kita sebagai tuan rumah, apakah perasaan kita apabila bertemu dengan tetamu seperti ini.

Imam Shafie apabila menjadi imam solat di masjid Imam Abu Hanifah pada waktu subuh tidak membaca doa qunut. Apabila ditanya mengapa beliau tidak membaca doa qunut, sedangkan dalam mazhab Shafie doa qunut hukumnya sunat Muakad beliau menjawab bahawa beliau menghormati tuan rumah. Menghormati Imam Abu Hanifah yang telah menghadap Allah pada masa itu.

Begitulah ketinggian adab dan perlakuan seorang ulama dan mujtahid mutlak. Tidak seperti kebanyakan orang pada hari ini yang merasakan ilmunya sudah cukup tinggi. Maka habis semua yang dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu dilabelkan sebagai bidaah. Ini tiada nas, itu tidak pernah dilakukan oleh nabi. Semakin banyak dia bercakap, semakin terserlah kejelekan peribadi yang ada pada dirinya. Di mana perginya adab sebagai seorang yang berilmu?

Maka fahaman-fahaman ini semakin meresap terutamanya kepada pelajar-pelajar IPT. Mula bertanyakan soalan-soalan yang bisa sahaja merentap jantung dan perasaan. Mengapa kita perlu bermazhab? Bukankah mazhab itu juga satu bidaah. Amalan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi. Bermaksud Islam yang selama ini diamalkan oleh nenek moyang kita ini terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Maka perlulah satu gerakan pembaharuan yang membetulkan kembali ajaran Islam yang diamalkan pada hari ini. Betapa malang dan jumudnya pemikiran seperti ini. Tidak pernahkah mereka mengetahui berapa ramai wali-wali Allah pernah muncul di bumi Nusantara ini? Yang selama ini menjadi pemangkin dan benteng ahli sunnah wal jamaah di bumi bertuah ini?

Maka kita sendiri usahlah menjadi alat-alat tanpa disedari. Menyokong secara membabi buta. Sibuk bertanya di mana dalil ini di mana dalil itu. Analoginya cukup mudah. Jika kita menjadi seorang Imam solat, lalu apabila selesai sahaja kita memberi salam, dilihat makmum yang 2-3 saf tadi sudah hilang. Hanya tinggal kita sahaja. Agaknya apakah perasaan kita?

Adakah itu adab dan nilai akhlak Islam 'sebenar' yang ingin dibawa. Adakah itu cantik dan itulah yang dituntut di dalam Islam ? Sedangkan akhlak-akhlak orang terdahulu cukup tinggi. Begitu juga ulama-ulama' yang terdahulu. Amalan yang sedikit semakin disempitkan dengan larangan itu dan ini. Hasilnya, tidak payah beramal kerana ternyata itu semua tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah. Ulamak sekarang ini dengan senang mengutuk ulamak terdahulu, adakah kita pernah tanya ulamak yang dikutuk itu telah berapa ribu kitab yang telah dilahirkan sejak berzaman...ulamak yang mengutuk tak sampai 50 ...ulamak dahulu buat kitab dan selepas itu bawa kitab dan letak di atas Kaabah dan memohon keredhaan Allah .....jika ada unsur riak dan salah serta menghina Nabi , kaka di mohon kitab tersebut di panah petir & hancur....ulamak sekarang ada buat ke macam ini....apa yang ada ..bila kitab dah siap dengan segera buat promosi dan siap sign autograf lain.....tolong check cermin sikit.....siapa yang kejar dunia....

Berhati-hatilah wahai saudaraku. Lidah mereka begitu lembut menutur kata. Tetapi ia bisa sahaja membelit akidah dan pegangan kita. Dicanang mereka bahawa ini masalah furu'. Masalah ranting. Memang betul itu masalah furu'. Tetapi siapakah yang mencanangkan masalah-masalah furu' ini menjadi begitu besar seolah-olah ia adalah satu syirik yang wajib diperangi.

Berhati-hatilah wahai saudaraku. Tangan-tangan ghaib yang dimanipulasi oleh 'hidden hand'
akhir zaman cukup licik menjalankan peranannya. Peristiwa tempoh hari seolah-olah satu bola tanggung untuk memperlihatkan dan mengumpan simpati masyarakat seolah-olah merekalah di pihak yang teraniaya. Perasan atau tidak, 2-3 hari ini di muka utama tiada muka orang lain yang dipaparkan. Begitu juga selepas berlakunya peristiwa itu, maka sidang media besar-besaran di jalankan untuk memberi publisiti hebat kepada orang itu.

Berhati-hatilah. Belajarlah. Jangan lupa juga adab dalam menuntut ilmu dan cara mencari guru. Kerana barakah guru-guru inilah yang membentuk diri kita adakah semakin hari semakin baik atau sebaliknya. Janganlah kita menjadi di kalangan orang yang rugi. Minta dijauhkan Allah di waktu nyawa kita di halkum barulah kita mengetahui hakikat yang sebenarnya. Sesungguhnya fitnah akhir zaman itu terlalu hebat dan terpalit kepada semua umat manusia!

Untuk menjaga akidah diri dan berpegang kepada ajaran Islam pada masa ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Berhati-hatilah saudaraku.

Tanda Allah sayang

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesungguhnya Allah Ta’ala apabila mencintai seseorang hamba, lalu memanggil Jibril kemudian berfirman: “Sesungguhnya Aku menyayangi si Fulan, maka sayangilah dia.” Jibril lalu menyayanginya. Seterusnya Jibril memanggil pada seluruh penghuni langit lalu berkata: “Sesungguhnya Allah menyayangi si Fulan, maka sayangilah olehmu semua si Fulan itu.” Orang itu pun lalu disayangi oleh para penghuni langit. Selanjutnya diletakkanlah penerimaan – kecintaan itu baginya dalam hati para penghuni bumi.

Dan jikalau Allah membenci seseorang hamba, maka dipanggillah Jibril lalu berfirman: “Sesungguhnya Saya membenci si Fulan itu, maka bencilah engkau padanya.”Jibril lalu membencinya, kemudian ia memanggil semua penghuni langit sambil berkata: “Sesungguhnya Allah membenci si Fulan, maka bencilah engkau semua padanya.”

Selanjutnya diletakkanlah rasa kebencian itu dalam hati para penghuni bumi.” Dalam hadith di atas Allah memberitahu malaikat bila dia sayang kepada seseorang. Rasulullah saw sendiri memberitahu sahabatnya dia sayang kepada mereka. Dalam sebuah hadith disebut, “kalau kamu sayang kawanmu, beritahu dia”. Sayang disini ialah perasaan cinta yang tidak dicampuri nafsu.

Orang Islam hendaklah menyayangi antara satu sama lain kerana mereka adalah bersaudara. Sekiranya ada orang Islam yang fasik dan melakukan maksiat secara terbuka, dakwahlah mereka dengan nasihat kerana sayang kepada mereka dan takut mereka diazab. Kita hendaklah membenci seseorang yang dibenci Allah. Misalnya Allah membenci orang kafir, maka bencilah mereka. Orang yang tidak mahu menyembah Allah adalah orang yang sombong: “…orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya,(An- Nisaa 173)

Dalam masa yang sama berdakwahlah kepada mereka yang kafir dan nasihatlah kepada orang Islam yang fasik.

Bencilah apa jua yang dibenci oleh Allah dan Rasul.

Kata-kata Hikmah, penawar bagi hati...

Moga Dapat direnungkan bersama kata-kata di bawah.. Kata-kata Hikmah,penawar bagi ha ti...

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupunhanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalahiman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalupenting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembalikepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan hartaada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangandan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bilamasa ia akan pecah.

Atasi Sikap Bertangguh

Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:

1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.

4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.

5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan.

Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini:

1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.

2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.

3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga.
Sudah Terbukti - saya salah seorang yang mengamalkan nya.

4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.

5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!

6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.
7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita.

8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku!

9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.

10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.

11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.

12. Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid.

13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidap perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.

14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azandan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoahanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencingmanis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda