Thursday, May 10, 2018

'Punchline' Tun M

'Punchline' Tun M sepanjang PRU14 berbekas di hati netizen

Azyyati Ahmad, Astro Awani

'Punchline' Tun M sepanjang PRU14 berbekas di hati netizen
Sejak PRU14 bermula, kelantangannya menjawab soalan media dan memberi ceramah menjadi bualan baru dan 'punchline' baru yang membanggakan rakyat. - REUTERS









KUALA LUMPUR: Individu yang paling disebut-sebut rakyat sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14, sudah tentulah Perdana Menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Paling menarik di media sosial, petikan kata-kata Dr Mahathir yang mencuit hati dan sangat bermakna dimuat naik netizen di media sosial.
Dr Mahathir, 93 tahun, adalah sosok yang tidak asing lagi kepada rakyat.
Sejak PRU14 bermula, kelantangannya menjawab soalan media dan memberi ceramah menjadi bualan baru dan 'punchline' baru yang membanggakan rakyat.
Mungkinkah tiada lagi 'troll' kepada PM selepas ini, tetapi digantikan dengan petikan-petikan yang lebih bermakna.









Purata gaji di Malaysia di bawah RM2000.00 sahaja untuk sebulan


Oleh : ZF Zamir
AHLI PARLIMEN KERJA DATANG KENDURI & CUCI LONGKANG
Purata gaji paling rendah RM1200 iaitu di Kelantan, diikuti RM1240 di Sabah, RM1350 di Sarawak, RM1500 di Kedah & Terengganu.
Dengan Pahang join duduk nombor 6 dengan purata gaji RM1600, lengkaplah negeri Pantai Timur mengungguli carta gaji terendah di Malaysia di samping Sabah & Sarawak.
Separuh buruh (orang yang direkodkan bekerja) di negara ini bergaji bawah dari RM1703.
1. Bagaimanakah agaknya keluarga yang mempunyai gaji di bawah RM1200 seperti di Kelantan?
2. Bagaimana agaknya mereka menyara keluarga atau anak yang perlu belajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan gaji di bawah RM1500?
3. Apakah yang akan berlaku jika salah seorang penyara utama dalam keluarga jatuh sakit?
4. Adakah keluarga ini mempunyai wang simpanan untuk kecemasan?
5. Adakah keluarga ini mempunyai wang simpanan untuk bayaran kesihatan jika perlu masuk hospital?
Gaji penengah untuk warga pedalaman adalah RM 1256 berbanding warga bandar iaitu RM 2000.
Gaji penengah untuk warga dengan tahap pendidikan SPM adalah RM 1600 berbanding warga yang keluar institusi pengajian tinggi iaitu RM3274.
Gaji penengah bangsa Melayu adalah RM 1931 berbanding bangsa Cina iaitu RM2350.
Jadi Tuan-tuan, kerja Ahli Parlimen yang kita akan undi Rabu minggu depan tu bukannya untuk datang kenduri, tar jalan, salam orang kat pasar atau cuci longkang kat pekan.
Kerja sebenar mereka adalah untuk fikir, dengan bebanan kos sara hidup tahun 2018 ni kat mana harga purata Teh Tarik pun dah cecah RM1.50 dan Ikan Kembong sampai RM16 sekilo, macam mana nak bagi ahli dalam kawasan parlimen depa dapat gaji yang setimpal dengan usaha dan berbaloi untuk hidup berkualiti.
Berkualiti tu maksudnya cukup duit makan minum satu keluarga, cukup buat belanja pendidikan anak-anak termasuk beli laptop dan duit makan serta cukup wang kalau ada kecemasan atau kena masuk hospital.
Kalau tak percaya, data bantuan kewangan BFF untuk mahasiswa pun menyokong bahawa anak mahasiswa yang banyak minta bantuan adalah anak dari negeri Pantai Timur. Tak percaya tanya Halimaton Mohamad.
Tapi kalau dah kita memang suka kat Ahli Parlimen yang suka datang pasar salam orang lepas tu cuci longkang lepas balik kenduri, okay.
Pakat undi deme lagi lah.

Sunday, January 07, 2018

Tuesday, November 28, 2017

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW





ISIS Sinai pelaku teror di Masjid Raudah


TSsyahril Adam Sr. is with Khairul Ariffin.
21 hrs
Sayyidi Syeikh Mutawalli Asy-Sya’rawi pernah bertanya kepada seorang pemuda Wahabi yang berhaluan keras dan suka mengkafirkan, "Apakah mengebom sebuah klub malam di negara Muslim itu halal atau haram?" Dia menjawab, "Tentu saja halal, membunuh mereka itu boleh."
Beliau bertanya lagi, "Jika seandainya engkau membunuh mereka, sedangkan mereka bermaksiat kepada Allah, kemana mereka akan ditempatkan?" Dengan yakin pemuda itu menjawab, "Tentu di neraka." "Kemana pula setan menjerumuskan manusia?" Beliau bertanya lagi. Dia menjawab, "Tentu saja ke neraka. Mustahil setan membawa manusia ke surga."
Selanjutnya beliau berkata, "Jika demikian, engkau dan setan memiliki tujuan yang sama, yaitu memasukkan manusia ke dalam neraka." Beliau lalu menyebutkan sebuah kisah dimana ketika ada mayat seorang Yahudi lewat di hadapan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam, beliau lalu menangis. Para sahabat bertanya mengapa beliau menangis. Beliau menjawab, "Telah lolos dariku satu jiwa dan ia masuk ke dalam neraka."
"Perhatikan perbedaan kalian dengan Rasulullah yang berusaha memberi petunjuk dan menjauhkan mereka dari neraka. Kalian berada di satu lembah, sedangkan Rasulullah berada di lembah lain." Pemuda itu hanya diam membisu mendengarnya.
Peristiwa pembantaian kaum Sufi oleh teroris ISIS di Mesir baru-baru ini, adalah dasar dari pemahaman Wahabi yang menyatakan bahwa para Sufi merupakan pelaku bid'ah dan musyrik sehingga halal darahnya untuk ditumpahkan, mirip seperti pemikiran pemuda radikal di atas. Mereka fikir inilah jihad yang bisa mengirim sesama Muslim -yang mereka anggap musuh- ke dalam neraka.
Padahal sebagaimana yang dikatakan dikatakan Imam Jalaluddin Ar-Rumi bahwa kaum Sufi adalah mereka yang patah hati terhadap dunia. Karenanya bagi mereka, kematian bukanlah suatu hal yang mengerikan, sebab dengan itulah perjumpaan dengan Sang Kekasih yang selama ini mereka idam-idamkan segera terlaksana.
Lalu mereka yang meyakini ini adalah jihad, apa yang telah mereka raih? 72 Bidadari? Kekuasaan Khilafah? Tidak ada sama sekali! Satu-satunya yang dapat mereka raih dari perbuatan keji tersebut adalah citra buruk Islam di mata dunia sebab mereka membunuh atas nama Islam.
Foto : ISIS Sinai pelaku teror di Masjid Raudah ketika memenggal kepala Al-Allamah Syeikh Sulaiman Abu Kharraz ibnu Sawarka Asy-Syafi'i Asy-Syadzili, tokoh Sufi yang paling dihormati di Sinai, dengan alasan musyrik. Beliau berasal dari desa tempat Masjid Raudah berada.
Instagram @tobudarkah
www.darkah.com

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda