Sunday, October 10, 2010

Beratnya azab Tuhan

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

penindasan yang dihadapi umat Islam saat ini, sesungguhnya menjadi kekuatan serta galakan kepada mereka yang beriman untuk terus meminta bantuan daripada Allah SWT. -Gambar hiasan



SHEIKH al-Maraghi berkata: "Allah SWT telah memberi amaran kepada orang kafir yang menindas kaum yang beriman sama ada lelaki mahupun perempuan dan memberikan galakan kepada orang yang beriman dan melakukan amal soleh serta melukiskan pahala balasan amalannya yang disediakan untuknya.
Keterangan yang menunjukkan kesempurnaan kekuasaan-Nya terhadap semuanya itu, agar menjadi penguat atas gambaran gertakan yang lalu. Seorang raja tidak akan besar dan hebat kekuasaannya melainkan dua faktor berikut:
* Sifat dermawan dan kemurahan hati yang sempurna.
* Angkatan perang yang kuat dan armada yang besar yang sanggup menentang musuhnya dan menyebabkan negara sekitarnya berasa gentar.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
Ayat ini berisi gertakan terhadap golongan Quraisy dan pendukungnya, sebaliknya menjadi penawar kepada Rasulullah SAW dan pembelanya.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
Syed Qutub berkata: "Ayat penamat ini merupakan penamat yang hakiki bagi perjuangan itu. Itulah hakikat daripada penjelasan yang pertama mengenai peristiwa parit api supaya hakikat ini tertanam di dalam hati kumpulan kecil orang-orang yang beriman di negeri Mekah pada masa itu. Juga tertanam dalam hati setiap yang beriman yang menghadapi penindasan di sepanjang abad.
Firman Allah SWT: Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
Ibnu Kathir berkata: "Yakni dengan kekuatan dan kekuasaan-Nya yang sempurna Dia memulakan penciptaan dan kemudian mengembalikannya lagi seperti sediakala tanpa ada yang menghalangi dan tidak pula mencegah.
Firman Allah SWT: Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya.
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu mengampuni orang-orang yang bertaubat dan tunduk kepada-Nya, apa pun dosanya. Sedangkan mengenai al-Wadud, Ibnu Abbas dan juga lainnya mengatakan: "Iaitu yang penuh cinta dan kasih.
Firman Allah SWT: Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya.
Syed Qutub berkata: "Inilah sifat Allah yang banyak menjadi kenyataan dan sentiasa bertindak. Dia mempunyai iradat yang bebas. Dia memilih apa yang disukai-Nya. Dia membuat apa yang dikehendaki-Nya. Dia selama-lamanya begitu dan itulah sifat-Nya. Sekali Dia mahukan orang-orang mukmin mencapai kemenangan di bumi ini kerana sesuatu hikmah yang dikehendaki-Nya, dan sekali pula Dia mahukan keimanan mengatasi malapetaka penindasan dan mahukan tubuh badan yang fana itu terkorban kerana sesuatu hikmat yang dikehendaki-Nya. Dan sekali pula Dia mahu bertindak terus membinasakan manusia-manusia yang zalim di bumi, dan sekali Dia mahu menangguhkan balasan terhadap mereka sehingga tiba Hari Kiamat yang dijanjikan itu kerana suatu hikmah yang tertentu yang direalitikan di dunia ini dan akhirat sana mengikut perencanaan-Nya yang tersusun.
Inilah sebahagian daripada tindakan Allah yang bebas mengikut kehendak dan iradat-Nya yang sesuai dengan peristiwa parit api dan sesuai dengan cerita kebinasaan kaum Firaun dan Thamud pada ayat akan datang.
Hakikat iradat dan kudrat Allah yang bebas di sebalik peristiwa-peristiwa, di sebalik kehidupan dan di sebalik alam itu akan terus bertindak di alam buana ini.

Kamal mohamed noordin

5 DON'TS when you are sleeping


 
1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.



2 - DON'T SLEEP WITH BRA

Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.



3 - DON'T SLEEP WITH PHONE

Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.



4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP

People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.


Lastly.....


5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND

You may never wake up again. :

Tips mudah nak jimatkan bil elektrik TNB

Tenaga Nasional Berhad adalah pembekal tunggal tenaga elektrik di Malaysia. Jadi, setiap rumah akan menerima bil elekrik TNB setiap bulan. Jika bil anda dibawah Rm20 sebulan, maka untunglah anda, bil elektrik anda percuma tetapi kepada pengguna yang menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dalam sebulan, maka anda akan dikenakan charge rate yang lebih tinggi. Senang cakap, semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin mahal bil elektrik TNB anda.

Disini disertakan tarif bil elektrik terkini Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kegunaan domestik

Effective 1 March 2009, a new electricity tariff structure will be in place.
Tariff A – Domestic Tariff
For Monthly Consumption Between 0-400 kWh/month
For the first 200 kWh (1 – 200 kWh) per month sen/kWh 21.8
For the next 200 kWh (201 -400 kWh) per month sen/kWh 33.4
The minimum monthly charge is RM3.00
For Monthly Consumption More Than 400 kWh/month
For the first 500kWh (1-500kWh) per month sen/kWh 28.6
For the next 100 kWh (501-600kWh) per month sen/kWh 37.8
For the next 100 kWh (601-700kWh) per month sen/kWh 38.7
For the next 100 kWh (701-800kWh) per month sen/kWh 39.7
For the next 100 kWh (801-900kWh) per month sen/kWh 41.7
For the next kWh (901 kWh onwards) per month sen/kWh 44.6
The minimum monthly charge is RM3.00


Jika melihat dari tariff tersebut, perkiraannya bil bulanan adalah seperti dibawah
RM 43.60 kebawah = 21.8 sen/kWh
RM 110.07 kebawah = 33.4 sen/kWh

Semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin mahallah bil elektrik bulanan anda. Jadi, jika anda ingin mengurangkan bil elektrik bulanan anda, disini saya sertakan cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik TNB anda.

Tukar lampu: Jika anda masih menggunakan lampu mentol yang berwarna kuning, tukarlah kepada lampu kalimantang (fluorescent) . Ianya bukan sahaja menjimatkan elektrik, malah lampu fluorescent ini mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun lamanya dan ianya juga menghasilkan haba yang sedikit.

Gunakan kipas: Angin dapat menurunkan sedikit suhu bilik dalam beberapa darjah celcius. Cuma jangan lupa untuk menutup kipas apabila anda keluar bilik. Ingat, kipas untuk menyejukkan badan anda, bukannya menyejukkan bilik.

Mencabut plug: Gajet seperti pengecas telefon bimbit dan microwave oven menghauskan tenaga elektrik, selagi mana ia disambungkan ke soket elektrik. Alat elektrik yang tidak digunakan dan dibiarkan dalam keadaan standby akan menggunakan lebih kurang 5%-10% dari jumlah bil elektrik bulanan anda. Jadi, sentiasa pastikan alat elektrik yang tidak digunakan ditutup siusnya.

Beli alat elektrik jimat tenaga: Jika anda masih menggunakan peti sejuk yang berumur 10 tahun atau lebih, tukarlah kepada peti sejuk yang terbaru. Ini kerana kebanyakkan alat elektrik pada masa sekarang lebih cekap tenaga. Beli alat elektrik yang mempunyai rating Energy Star yang tinggi.

Pengunanan mesin basuh: Basuhlah baju anda hanya dengan muatan kain penuh. Ini akan menjimatkan tenaga elektrik dan juga air.

Servis penghawa dingin: Penghawa dingin yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menyejukkan bilik anda sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik yang digunakan. Cuci filter penghawa dingin sekurang-kurangnya setahun sekali.

Disertakan juga beberapa alat elektrik yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik
Pemanas air bilik mandi 4,000 watts
Pam air 3,000 watts
Pengering rambut 1,200 watts
Dapur gas elektrik 1,000 watts
Peti sejuk 1,000 watts
Komputer dan monitor 400 watts
Lampu mentol 100 watts

Formula untuk pengiraan harga penggunaan alat elekrik:
Komputer = 400 watts = A
Tempoh penggunaan = 5.5 jam = B
Kadar tariff = 28.6 sen/kWh

Kadar harga alat elektrik = A x B x Kadar tarif/100000

Untuk kes pengiraan komputer diatas:
Kadar harga penggunaan komputer yang berkuasa 400 watts selama 5.5 jam = 400 x 5.5 x 28.6 /100000 = RM0.6292 ~ 63 sen.

Jika cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik TNB ini berjaya dipraktikkan, tidak mustahil anda akan melihat penjimatan sebanyak 30%-40% bil elektrik rumah anda.
 

Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden

by Mohamad Zameer Bin Zailan on Sunday, September 26, 2010 at 9:55pm
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs342.ash2/62215_157445050941354_100000275796825_451510_3592789_n.jpg
Baca detail mengenai isu ini >>>http://www.facebook.com/note.php?note_id=476163510820

Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.
RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).
Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs010.ash2/33848_157445697607956_100000275796825_451514_6026822_n.jpg
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs026.snc4/33675_157446144274578_100000275796825_451515_3208439_n.jpg
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs713.snc4/63297_157446210941238_100000275796825_451516_4953114_n.jpg
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs662.snc4/60265_157446284274564_100000275796825_451517_4285275_n.jpg
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
 Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

Mendidik Anak Cara Nabi Ibrahim

Kawinilah wanita yang kamu cintai lagi subur (banyak melahirkan) karena aku akan bangga dengan banyaknya kamu terhadap umat lainnya. [HR. Al-Hakim]
Begitulah anjuran Rasulullah saw kepada umatnya untuk memiliki anak - anak yang ramai .Sehingga lahirnya anak bukan saja penantian kedua orang tuanya, tetapi suatu hal yang dinanti oleh Rasulullah saw. Dan tentu saja anak yang dinanti adalah anak yang akan menjadi umatnya Muhammad saw. Bererti, ada satu amanah yang dipikul oleh kedua orang tua, iaitu bagaimana menjadikan atau mentarbiyah anak yang titipan Allah itu agar menjadi umat Muhammad saw.
Untuk menjadi umat Muhammad saw. harus memiliki karakteristik yang disebutkan oleh Allah swt.:
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. [QS. Al-Fath, 48: 29]
Jadi karakteristik umat Muhammad saw adalah: [1] keras terhadap orang Kafir, keras dalam prinsip, [2] berkasih sayang terhadap sesama umat Muhammad, [3] mendirikan solat, [4] terdapat dampak positif dari aktiviti shalatnya, sehingga orang-orang yang lurus, yang hanif menyukainya dan tentu saja orang-orang yang turut serta mentarbiyahnya.
Untuk mentarbiyah anak yang akan menjadi Umat Muhammad saw, ialah dengan cara kita mengambil pelajaran dari caranya Nabi Ibrahim, yang Allah ceritakan dari isi doanya Nabi Ibrahim dalam surah Ibrahim berikut ini:
Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berhampiran rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit.
Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”. [Ibrahim: 37-41]
Dari doanya itu kita dapat melihat bagaimana cara Nabi Ibrahim mendidik anak, keluarga dan keturunannya yang hasilnya sudah kita ketahui, kedua anaknya Ismail dan Ishaq menjadi manusia pilihan Allah:
Cara pertama mentarbiyah anak adalah mencari, membentuk biah (persekitaran) yang sholehah. Representasi lingkungan yang solehah bagi Nabi Ibrahim Baitullah [rumah Allah], dan kalau kita adalah masjid [rumah Allah]. Maka, kita tinggal dekat dengan masjid atau anak-anak kita lebih sering ke masjid agar mereka mencintai masjid. Bukankah salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di saat tidak ada lagi naungan adalah pemuda yang hatinya cenderung kepada masjid.
Kendala yang mungkin kita akan temukan adalah teladan. Padahal cara belajar yang paling mudah itu adalah dengan meniru. Ayah-ayah sekarang yang bertolak ke tempat kerjanya sebelum Subuh yang mungkin tidak sempat ke masjid dan sampai ke rumah sebelum Isya mengakibatkan anak tidak melihat contoh solat di masjid dari orang tuanya. Selain itu,   kendala yang sering kita hadapi adalah mencari masjid yang ramah anak, para pengurus masjid dan jamaahnya terlihat kurang suka melihat anak-anak dan khawatir terganggu kekhusyukannya, dan ini dipengaruhi oleh pengalamannya selama ini bahawa anak-anak sulit untuk tertib di masjid.
Cara kedua adalah mentarbiyah anak agar mendirikan solat. Mendirikan solat ini merupakan karakter umat Muhammad saw sebagaimana yang telah dihuraiakan di atas. Nabi Ibrahim bahkan lebih khusus di ayat yang ke-40 dari surat Ibrahim berdoa agar anak keturunannya tetap mendirikan solat. Solat merupakan salah satu pembeza antara umat Muhammad saw dengan selainnya. Solat merupakan sesuatu yang sangat penting, mengingat Rasulullah saw memberikan arahan tentang keharusan pembelajaran solat kepada anak: suruhlah anak solat pada usia 7 tahun, dan pukullah bila tidak solat pada usia 10 tahun. Rasulullah saw membolehkan memukul anak di usia 10 tahun kalau dia tidak melakukan solat dari pertama kali disuruh di usia 7 tahun. Ini ertinya ada masa 3 tahun, orang tua untuk mendidik anak-anaknya untuk solat. Dan waktu yang cukup untuk melakukan pendidikan shalat.
Proses tarbiyah anak dalam melakukan solat, sering mengalami gangguan dari berbagai kalangan dan lingkungan. Dari pendisiplinan formal di sekolah dan di rumah, kadang membuat kegiatan pendidikan shalat menjadi kurang efektif dan bahkan gagal sama sekali, terutama cara membangun citra solat dalam pandangan anak. Baru-baru ini, ada seorang  istri yang mengadu kepada seorang ustazah tentang suaminya yang tidak pernah solat, ketika ditanya penyebabnya, ternyata dia trauma dengan perintah solat. Setiap mendengar perintah solat maka terbayang mesti tidur di luar rumah, karena ketika kecil bila tidak solat harus keluar dari rumah. Sehingga kesan yang terbentuk di kepala anak kegiatan solat itu tidak menyenangkan, dan bahkan menyebalkan. Kalau hal ini terbentuk bertahun-tahun tanpa ada perbaikan, maka sudah pasti dibayangkan hasilnya, terbentuknya seorang anak muslim yang tidak solat.
Cara ketiga adalah mentarbiyah anak agar dapat menjemput rezeki yang Allah telah siapkan bagi setiap orang. Anak ditarbiyah untuk memiliki life skill [keterampilan hidup] dan skill to life [keterampilan untuk hidup]. Rezeki yang telah Allah siapkan. Setelah itu anak diajarkan untuk bersyukur.
Cara keempat adalah mentarbiyah anak agar disenangi ramai orang. Orang senang bergaul dengan anak kita, seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah saw: “Berinteraksilah dengan manusia dengan akhlaq yang baik.” [HR. Bukhari].
Anak kita diberikan cerita tentang Rasulullah saw, supaya muncul kebanggaan dan kekaguman kepada nabinya, yang pada gilirannya menjadikan Rasulullah menjadi teladannya. Kalau anak kita dapat meneladani Rasulullah saw, bererti mereka sudah memiliki akhlaq yang baik karena sebagaimana kita ketahui, Rasulullah memiliki akhlaq yang baik seperti pujian Allah di dalam al-Quran: “Sesungguhnya engkau [Muhammad] berakhlaq yang agung.” [Al-Qalam, 68: 4]
Cara kelima adalah mentarbiyah anak dengan mempertebal terus keimanan, sampai harus merasakan kebersamaan dan pengawasan Allah kepada mereka. Hasilnya, seorang budak penggembala kambing enggan menjualkan kambing milik tuannya kepada Umar Al-Khattab lalu mempersoalkan kembali "Di mana Allah ?" untuk dia melakukan hal tersebut. Begitu juga kisah anak penjual susu yang menghalang niat ibunya yang berhasrat mencampurkan air ke dalam susu. Inilah teladan yang kita perlu contohkan kepada anak - anak zaman sekarang yang berada dalam persekitaran yang penuh dengan maksiat.
Cara keenam adalah mentarbiyah anak agar tetap memperhatikan orang-orang yang berjasa, walaupun sekadar doa dan mengambil berat terhadap orang-orang yang beriman yang ada di sekitarnya baik yang ada sekarang maupun yang telah mendahuluinya. Mendampingi orang - orang soleh akan mempengaruhi akhlak si anak. Semoga mereka membesar dengan penuh kebaikan dan memberi manfaat seperti para salafussoleh.
--
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُول
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. [al-Isra' 17:36]

ESTAWOO (Arrange yourselves) - SubhanAllah!

FACEBOOK ....... BETUL-BETUL CELAKA

LAMAN sembang facebook sejak dua minggu terakhir ini banyak menimbulkan celaka dan bala.
Dua minggu lalu, seorang pelajar perempuan kolej berusia 18 tahun di Terengganu trauma apabila rakannya sendiri memasukkan koleksi gambar separuh bogelnya ke dalam akaun facebooknya, menyebabkan gambar berahi dan penuh seksi itu ditonton ribuan mata serigala lapar.

Beberapa hari selepas itu, seorang pelajar di sebuah sekolah asrama di Perak, cedera di mata dan mukanya apabila dia dibelasah oleh rakannya sendiri atas dakwaan menceroboh akaun facebook rakannya itu. Mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital kerana parah di mata, walaupun menafikan dia melakukan perbuatan menceroboh seperti didakwa.

Tiga hari lalu, di Johor seorang lelaki 20-an ditikam sehingga cedera oleh rakannya juga kerana bertengkar fasal laman facebook.

Dan kira-kira jam 2 pagi kelmarin, celaka angkara laman facebook berlaku lagi apabila seorag pemuda, Mohd Nazreen Akmar Nazlan, 20, dibelasah sekumpulan 50 orang di sebuah restoran di Taman Tun Razak, Kuala Lumpur.

Mohd Nazreen dikatakan mahu berjumpa seorang rakan sosial laman facebooknya dikenali sebagai Linda, sebelum teman lelaki wanita itu bersama beberapa yang lain mengepung dan menuduh Nazreen menghantar SMS lucah kepada Linda.

Namun Nazreen menafikannya kerana katanya dia hanya mengenali Linda menerusi facebook dan tidak pernah bercakap menerusi telefon atau bertemu sebelum ini. Bagaimanapun, dia dan kawannya dibelasah teruk. Bapa dan abangnya yang datang, termasuk dua anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan juga cedera.

Nampak benar, bodoh manusia. Gara-gara facebook masing-masing hilang pertimbangan!

kredit : singalaut.blogspot

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda