Friday, October 08, 2010

Maher Zain



SEGALA PUJI BAGI ALLAH DAN SAYA MAHUN KEAMPUNAN DARI ALLAH ATAS KEJAHILAN DAN KEKURANGAN SAYA YANG HINA .......

Kepada Taufik saya mohon banyak maaf atas kebodohan saya ...yang mentah - mentah tolak saranan beliau supaya mendengar lagu maher zain ...dan dengan sikap bongkak saya , saya tolak mentah - mentah ..itulah ah kebodohan saya yang tersemat dengan sikap riak & takabur serta belagak .................penat guru saya nasihat saya supaya mempunyai baik sangka dan belapang dada ........tetapi masih lagi membara kepada diri saya sifat - sifat negatif ini ..................SAYA MEMOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH "ALLAH HU AKABAR".....DAN MEMBIMBING DIRI SAYA INI KEPADA "PURE OF LOVE" HANYA KEPADA ALLAH.

Sebenarnya , saya takpasti bila saya mendengar lagu ini , namun bila dah dengar .....apa yang boleh saya kata saya tertarik dengan penyanyi yang bernama Maher Zain. Siapa Maher Zain, tak kenal pun?

Dengar lagu dia , masaAllah ...............

KETERANGAN MAHER ZAIN DARI BLOG LAIN...
Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.
**********************************************************************************

Saya berminat dengan konsep dan kelunakkan suara dan konsep yang dia  lebih kepada islamik &dakwah dimana menjatuh CINTA KEPADA ALLAH ............jangan konsep ini nak dibawa takut jual album tak laku ...............semua lagu-lagu dari dia memang superb dan sesuai untuk saya dan anak - anak saya , bagi saya ianya ada kekekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu. Kebanyakkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan dan moderate untuk semua golongan ................

Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh cinta dengannya, SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MEMPUNYAI KEBESARANYA...allah hu akbar

Kita akan terasa dengan kehilangan......Kerana ALLAH SENTIASA BERADA DI SISI KITA , INSYALLAH ...KITA PASTI AKAN PASTI MENEMUINYA........

Sekian
Otam


Hari ini orang memperkatakan pasal muzik Islamik yang dibawakan oleh Maher Zain yang mendamaikan dan menyedapkan halwa telinga. Selain irama dan alunan suaranya yang indah, lagu-lagu pula dihiasi lirik yang mendalam dan menyentuh hati.

Hasrat murni Maher untuk menyampaikan mesej melalui lagu-lagunya tercapai apabila dia diterima dengan baik sekali malah dia sendiri tidak sangka dapat menarik perhatian dalam masa yang singkat. Mengapa Maher tampil dengan muzik sedemikian?


Terima gold disc album terjual lebih 30,000 unit di Malaysia.
Kata Maher: "Lebih tiga tahun lalu saya seorang yang tidak baik. Saya sangat jauh dengan Allah. Jauhnya saya sehingga saya lupa membaca ayat Al-fatihah. Saya telah melakukan banyak perkara yang tidak baik.


"Saya dibesarkan di Eropah dan bergaul dengan kawan-kawan yang tidak baik. Saya hanya mengikut saja apa-apa bersama kawan-kawan. Sebenarnya pada masa itu saya tahu jiwa saya bukan ke arah itu. Saya rasa janggal dan selalu berhujjah dengan kawan-kawan saya.

"Saya tidak pernah berasa aman membuat apa yang saya buat itu, tapi saya tidak tahu apa yang saya cari sebenarnya. Sehinggalah saya berjumpa dengan  seseorang yang membawa saya ke masjid. Barulah saya tahu itulah dia yang saya cari selama ini.

Kongsi cerita dengan media.
"Saya besyukur kerana Allah masih menerima saya kembali dengan apa yang telah saya lalui. Muzik dan lagu-lagu yang saya hasilkan ini menceritakan apa yang saya mahu luahkan. Saya harap ada orang dapat manfaat daripada pengalaman yang pernah saya lalui."

Sebelum menjadi penyanyi, Maher, warga Sweden yang berdarah Lebanon itu pernah terlibat dalam bidang seni sebagai penerbit dan penyusun muzik. Dia tidak pernah bercita-cita menjadi penyanyi sebelum ini. Apabila berhijrah dan kembali mengingati Allah, segala-galanya berubah.

"Bila saya mendapat petunjuk, saya berfikir panjang sama ada meninggalkan terus bidang muzik atau sebaliknya. Saya ambil masa panjang untuk memutuskannya. Sebenarnya pada awalnya saya rakam lagu Always Be There sebagai demo tape untuk diberikan kepada penyanyi Islam lain. Akhirnya saya memutuskan untuk merakam album dan menjadi penyanyi.

"Sebab utama saya membuat album ini kerana kemahuan saya untuk berkongsi perasaan dan pemikiran saya kepada semua orang. Saya mahu mereka tersentuh dengan apa yang telah menyentuh saya serta berkongsi jawapan yang saya temui dalam pelbagai soalan yang bermain dalam fikiran saya sebelum ini," kata Maher.




01. Always Be There
http://www.4shared.com/file/192547198/ad0fe8d7/01_Always_Be_There_-_Maher_Zai.html
02. Ya Nabi Salam Alayka
http://www.4shared.com/file/192549862/254c51ba/02_Ya_Nabi_Salam_Alayka_-_Mahe.html
03. Inshallah
http://www.4shared.com/file/192551880/ad151c47/03_Inshallah_-_Maher_Zain.html
04. Palestine Will Be Free
http://www.4shared.com/file/192552865/51496aa8/04_Palestine_Will_Be_Free_-_Ma.html
05. Thank You Allah
http://www.4shared.com/file/192555143/181aae29/05_Thank_You_Allah_-_Maher_Zai.html
06. Allah Allah Kiya Karo (Ft Irfan Makki)
http://www.4shared.com/file/192560473/4582b5e3/_2__06_Allah_Allah_Kiya_Karo__.html
07. The Chosen One
http://www.4shared.com/file/192561458/58da698c/07_The_Chosen_One__-_Maher_Zai.html

08. Baraka Allah Lakuma

http://www.4shared.com/file/192563997/c60160c9/08_Baraka_Allah_Lakuma_-_Maher.html
09. For The Rest Of My Life

http://www.4shared.com/file/192565682/8147bde6/09_For_The_Rest_Of_My_Life-_Ma.html

10. Hold My Hand

http://www.4shared.com/file/192567211/648c3742/10_Hold_My_Hand_-_Maher_Zain.html

11. Awaken

http://www.4shared.com/file/192568531/b965313/11_Awaken_-_Maher_Zain.html

12. Subhana Allah (Ft Mesut Kurtis)

http://www.4shared.com/file/192570025/ebff65ff/12_Subhana_Allah__Ft_Mesut_Kur.html
13. Open Your Eyes
http://www.4shared.com/file/192572442/8ec1378d/13_Open_Your_Eyes_-_Maher_Zain.html
14. Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track)
http://www.4shared.com/file/192574284/eaf1feda/14_Ya_Nabi__Arabic_Version_-_B.html

15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus Track)

http://www.4shared.com/file/192575655/97ed7fb8/15_Thank_You_Allah__Acoustic_V.html

MENGKEBUMIKAN BABI HUTAN

Seorang kanak-kanak datang mengadap Rasulullah SAW sambil menangis. Hal itu menghairankan Rasulullah yang sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya.

"Mengapa engkau menangis anakku?" tanya Rasulullah.

"Ayahku telah meninggal, tapi tidak seorang pun datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan. Siapakah yang akan memandikan ayahku dan mengkebumikannya? tanya anak itu.

Lalu, Nabi menyuruh Abu Bakar dan Umar pergi melihat jenazah tersebut. Kedua mereka amat terkejut setelah melihat mayat itu sudah bertukar menjadi babi hutan. Mereka pun segerea pergi memberitahu Rasulullah.

Maka, Rasulullah datang sendiri ke rumah anak itu. Baginda berdoa kepada Allah sehingga babi hutan itu bertukar menjadi jenazah manusia. Kemudian, Rasulullah menyembahyangkan jenazah tersebut. Ketika jenazah itu hendak dikebumikan, ia berubah menjadi babi hutan semula.

Melihat kejadian itu, Rasulullah bertanya kepada kanak-kanak tersebut, apakah yang dilakukan oleh ayahnya sewaktu hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat sepanjang hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda keapda para sahabatnya. "Para sahabat lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya, bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

posted by mushahidah

BONUS AMAL SOLEH DI DUNIA

Alkisah, tiga orang sahabat pernah bermalam di sebuah gua dalam suatu perjalanan musafirnya. Tiba-tiba sebuah batu gunung yang besar jatuh persis di hadapan pintu gua itu. Apa daya, mulut gua yang tadinya terbuka kini tertutup rapat. Tiga sahabat ini berusaha untuk mendorong batu, tetapi tenaga mereka tidak mampu untuk menggesernya walau sedikit. Mereka hampir-hampir putus asa lantaran tidak menemukan jalan keluar yang boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Salah seorang dari mereka kemudian berkata, "Apakah kita pernah melakukan suatu amal kebajikan besar sepanjang hidup? Apabila pernah, kita mhon saja dari Allah ganjarannya boleh diberikan segera biar kita boleh sela dari malapetaka ini."

Mereka berusaha untuk mengingat-ingat amal kebajikan besar apa yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya. Kerana mungkin dengan cara seperti ini, Allah berkenan untuk menyelamatkan mereka dari maut yang tidak dikehendakinya itu.

Yang pertama berkata dalam doanya, "Illahi, dahulu aku punya orang tua. Ku pelihara mereka dari anak isteriku seklipun. Bahkan aku tidak akan menyentuh makanan sebelum tangan kedua mereka yang menyentuhnya. Illahi suatu hari aku pulang larut malam kerana mencarai nafkah. Ku dapati kedua orang tuaku, isteriku dan anak-anakku sudah tertidur. Kusiapkan makanan mereka dan ku hidangkan untuk kedua orang tuaku. Aku tidak mahu membangunkan tidur mereka kerana khuatir mengganggu. Kutunggui mereka sampailah fajar terbit. Anak-anakku menangis dan bergelentangan di kakiku meminta makanan. Tapi, ya Rabbi, aku tidak beri mereka makanan itu sampailah kedua orang tuaku bangun dan memakannya. Illahi, apabila yang ku lakukan itu semata-mata keranan wajah-Mu dan ada nilainya di sisi-Mu, maka selamatkanlah kami dari bencana ini."

Tiba-tiba dengan batu gunung yang besar itu, dengan kuasa Allah bergeser sedikit dari tempatnya. Namun, mereka masih belum boleh keluar dari sana.

Yang kedua berdoa, "Allahumma, ya Allah, dahulu aku punya seorang sepupu perempuan. Aku sangat mencintainya. Suatu hari aku berniat jahat padanya, tetapi dia menolak. Selang berapa tahun kemudian, dia mendatangiku. Ku berikan padanya wang seratus dua puluh dinar dengan syarat dia mahu melayaniku. Ketika aku akan menyentuhnya, dia berkata padaku, 'ittaqullah, takutlah kamu pada Allah. Tiada berhak seseorang menyentuh wanita lain kecuali isterinya." Aku lari meninggalkannya padahal dia adalah wanita yang paling ku cintai. Aku juga tidak mengambil kembali wang yang telah ku berikan padanya. Illahi ya Rabbi, apabila yang ku lakukan itu ada nilainya di sisi Mu, maka selamatkanlah kami dari tempat ini."

Tiba-tiba dengan kuasa Allah batu raksasa itu bergeser lagi sedikit. Akan tetapi, mereka masih belum boleh keluar.

Yang ketiga berdoa, "Ya Allah ya Rabbi. Dahulu aku ada banyak pekerja. Setiap saat ku bayar gaji mereka dengan penuh. Suatu hari salah seorang dari mereka tidak datang untuk mengambil gajinya. Ku simpan wangnya dan ku jadikan modal usaha sampai akhirnya ia berkembang. Kemudian dia datang untuk meminta gajinya. Ku katakan padanya bahawa binatang-binatang ternak yang ada, unta, sapi, kambing, dan hamba-hamba sahaya itu adalah milikmu. Semula dia tidak percaya, tetapi setelah aku jelaskan di ambil semua miliknya dan tidak sedikit pun dibiarkannya untuk ku. Ya Allah ya Rabbi, apabila yang ku lakukan itu ada nilainya di sisi-Mu, maka selamatkan kami dari tempat ini."

Dengan kuasa Allah, batu gunung yang besar itu akhirnya bergeser lagi. Akhirnya mereka keluar dan selamat dari bencana besar itu.

Mengomentari cerita ini, Ibnu Hajar berkata, "Jika bertawasul dengan amal soleh dan amal kebajikan boleh bermanfaat, apa lagi bertawasul dengan tokoh-tokoh amal soleh."

posted by mushahidah

LELAKI TIDAK DIKENALI

Wanita itu dilihatnya menggendong bekas berisi air pada punggungnya, sedang menuju rumahnya. Tersentuhlah hatinya melihat keadaan dan kelemahan wanita itu, lalu diambilnya kirbat itu dari gendongan si wanita beralih ke atas punggung lelaki yang belum dikenali itu.

Ketika sampai ke rumah, tampak anak-anaknya tengah menunggu-nunggu kedatangannya dan tatkala kirbat itu telah turun dari punggungnya, bertanyalah lelaki itu kepadanya. "Tampaknya tidak ada seorang pun lelaki yang membantu. Sekiranya ada, tentu dialah yang menggantikan engkau mengambil air. Kenapakah engkau sampai begini?"

"Suamiku adalah seorang tentera. Dia telah dikirim oleh Ali bin Abi Thalib ke daerah perbatasan. Namun, dia terbunuh di sana."

Setelah mendengar jawaban wanita itu, maka lelaki itu pun pergilah. Namun demikian, agaknya dia memikirkan wanita itu dan anak-anaknya. Oleh sebab itu, hari berikutnya dia muncul lagi ke rumah wanita itu, membawa daging, tepung terigu dan kurma yang dapat dia persiapkan, dan sesampainya di rumah itu, dia mengetuk pintunya: "Siapa mengetuk pintu?"

"Siapa...yang kemaren membawakan kirbatmu. Sekarang saya datang lagi membawa makanan untuk anak-anakmu."

"Semoga Allah meridhai mu dan mengadili antara kami dengan Ali bin Abi Talib."

Pintu dibuka, dan lelaki itu pun masuk lalu meletakkan makanan yang dia bawa di atas lantai. Kemudian, dihampirinya wanita itu seraya berkata: "Saya ingin memperoleh suatu pahala. Izinkanlah saya mengadun tepung ini, biar ku jadikan roti. Atau sayalah yang menjaga anak-anak ini."

"Akan tetapi, aku dapat mengadun tepung dan membuat roti dengan baik. Kau sajalah yang menjagai anak-anak itu."

Setelah wanita itu pergi menunaikan pekerjaannya, lelaki itu bangkit lalu dimasaknya beberapa potong daging yang ia bawa, dan ia hidangkan kepada anak-anak itu dengan sedikit kurma. Anak-anak itu dia suapi seraya berkata kepada mereka: "Maafkan Ali bin Abi Thalib, kalau dia telah menyia-nyiakan hakmu."

Ketika wanita itu selesai mempersiapkan adunan, dia memanggil lelaki tiu dan disuruhnya menyalakan tungku api. Lelaki itu menurut. Kemudian berkobarlah api dalam tungku. Panasnya menyentuh kulit, maka berkatalah lelaki itu dalam hati, "rasakan panas api...inilah balasan bagi orang yang lalai terhadap hak-hak para janda dan anak-anak yatim"

Namun di saat itulah, tiba-tiba datang seorang wanita tetangga, masuk ke rumah itu, dan ketika pandangannya jatuh pada lelaki yang tengah menyalakan tungku, berkatalah ia kepada pemilik rumah: "Tidakkah kau kenal, siapakah lelaki yang kau mintai tolong itu? Sesungguhnya dia adalah Amirul Mukminin Ali Bin Abi Talib."

Seketika itu juga wanita yang lemah itu pun menghampiri al-imam, memohon maaf. "Tidak jangan kau meminta maaf jesteru akulah yang meminta maaf kepadamu, kerana akulah yang telah menyia-nyiakanmu."

Segala puji bagi Allah , Rasullah SAW mempunyai sahabat dan akhlak terbaik daripada 4 Amirul Mukminin

posted by mushahidah

SEGANTANG GANDUM MAKANAN 1000 ORANG


Jabir RA berkata pada masa pertahanan Khandak, aku lihat Rasulullah dalam keadaan lapar sekali. Aku pun bertanya kepada isteriku kalau ada apa-apa yang boelh dimasak untuk Rasulullah. Kata isteriku, "Kita cuma ada segantang gandumd an seekor kambing sahaja."

Lalu aku pun menyemeblih kambing itu sedang isteriku mengadunkan roti. Setelah selesai, aku pun pergi menjemput Rasulullah dan beberapa orang sahabat. Mendengarkan jemputan ini, Rasulullah lalu menghebahkannya kepada semua tentera Khandak.

Bilangan mereka hampir 1000 orang, sedangkan makanan yang Jabir sediakan hanya untuk beberapa orang sahaja. Jabir menjadi gelisah, tetapi sebelum pulang, Rasulullah berpesan kepada Jabir, "Jangan kamu turunkan kualimu dan jangan kamu masak dahulu roti itu sebelum aku datang."

Beberapa lama kemudian, Rasulullah pun sampai. Aku dan isteriku merasa resah dan pasti kami akan mendapat malu di hadapan Rasulullah dengan makanan yang sedikit ini.

Maka aku pun mengeluarkan roti itu lalu diberkati oleh Rasulullah, begitu juga dengan daging dan kambingnya. Rasulullah berkata kepada isteriku, "Dapatkan seorang tukang roti untuk membantumu, kemudian ceduklah kuah itu dari tempatnya.

Setelah siap, lalu makanlah semua yang datang dengan cukupnya malahan mereka makan dengan kenyang. Aku (Jabir) bersumpah dengan nama Allah, setelah mereka semua pulang, kualiku masih penuh seperti sediakala begitu juga dengan rotinya.

SATU DALAM 600,000 ORANG

SATU DALAM 600,000 ORANG

Abdullah bin Mubarak menceritakan sewaktu beliau tertidur di Masjidil Haram, beliau ternampak dua malaikat turun dari langit. Berkata salah seorang darinya, “Berapa ramai bilangan yang menunaikan haji tahun ini?” Jawab yang disebelahnya, “600,000 orang.”

“Di antara mereka berapakah yang diterima hajinya?” Jawab malaikat kedua, “Di antara mereka, hanya seorang saja. Namanya Muwaffaq, dia tinggal di Damsyik, pekerjaannya sebagai tukang kasut, dia tidak dapat berhaji, tetapi hajinya diterima oleh Allah,” Bila tersedar dari tidur, Abdullah segera berangkat ke Damsyik untuk mencari lelaki ini.

Setelah bertemu, Abdullah pun bertanya, “Terangkan padaku, apakah amalanmu sehingga mencapai darjat yang tinggi?” Jawab Muwaffaq, “Dengan rahmat Allah, aku telah mengumpulkan wang sebanyak 300 dirham yang aku simpankannya untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Wwaktu itu, isteriku sedang hamil dan dia telah tercium sesuatu dari rumah jiran dan dia menyuruhku memintanya sedikit kerana mengidam.

Aku pun mendapatkan jiranku itu. Berkata jiranku kepadaku, “Aku terpaksa memberitahumu satu perkara, anak-anakku sudah tiga hari tidak makan.”

Sewaktu aku keluar mencari makanan, aku terjumpa bangkai himar lalu aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini halal bagi kami tetapi haram bagimu.

Mendengarkan kata-kata wanita ini, aku segera pulang ke rumah dan mengambil wang 300 dirham itu lalu aku berikan padanya. Aku berkata kepada diriku, “hajiku hanya di pintu rumah jiranku.” Hanya itulah saja amalanku.

Demikianlah besarnya rahmat Allah kepada hambanya, sesungguhnya Allah tidak memandang pada harga yang kita ada tetapi niat yang ikhlas lagi suci.

SUNGAI YANG TUNDUK ATAS PERINTAH SAIYIDINA UMAR IBNUL KHATTAB

Tatkala negeri Mesir mula ditakluki oleh tentara Islam Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah Kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru Bin Al As sebagai gabenor di wilayah islam yang baru itu. Amru Bin Al As memang terkenal seorang pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap dan bijaksana.

Semasa Amru Bin Al As menjadi gabenor Mesir, suatu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk-penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah ialah mengorbankan seorang anak gadis yang cantik ke dalam sungai itu. Mereka mendesak Amru Bin Al As supaya melakukan upacara itu. Beliau yang sebagai pemerintah Islam dan tokoh sahabat Rasulullah SAW tentu sekali berkeras tidak mahu melakukan sebab terang sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.

Tidak berapa lama kemudian air sungai Nil benar-benar mulai kering. Oleh kerana pertanian di negeri Mesir itu bergantung kepada air sungai tersebut, penduduk-penduduk pun menjadi semakin cemas. Ada sebahagian mereka terpaksa berpindah ke kawasan tanah lain yang lebih subur.

Keadaan ini akhirnya memaksa Amru Bin Al As menulis surat kepada Khalifah Umar Ibnul Khattab di Madinah untuk meminta pandangannya. Amru Bin Al As sendiri merasa serba salah tentang bagaimana hendak menyelesaikan masaalah yang dihadapinyaitu. Tidak lama kemudian Saiyidina Umar Ibnul Khattab pun mengirim jawapannya melalui sepucuk surat. Tetapi apakala surat itu sampe ke tangan Amru Bin Al As gabnor Mesir itu didapatinya surat itu tidak ditujukan keapdanya bahkan kepada Sungai Nil itu sendiri. Sebelum Amru Bin Al As mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil yang hampir kekeringan itu ia sempat juga membaca isi surat itu yang berbunyui kira-kira demikian:

"Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin.

"Wahai Sungai Nil! Jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah swt maka kepadaNya kami pohonkan agar mengalirkan air di sungai ini."

Demi setelah surat itu Gabenor Amru mencampakkan ke dalam sungai tersebut, adalah diriwayatkan bahawa sungai itu pun dipenuhi semula oleh air sedalam empat-puluh lapan kaki pada malam itu. Semenjak hari itu lenyaplah amalan-amalan jahiliah yang lama lagi karut itu di kalangan penduduk Mesir.

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda