Tuesday, December 15, 2009

Muhasabah diri

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada

Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
* Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
* Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
* Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
* Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
* Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
* Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
* Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
* Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
* Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
* Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
* Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api nerak
a”.

Baik Sangka

Hubungan Baik antara Sesama Manusia Di samping perhubungan manusia dengan Allah, Islam menitikberatkan juga perhubungan antara manusia dengan manusia.

Allah s.w.t berfirman, maksudnya, “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”. (Ali ‘Imran : 112).

Apabila disebut, perhubungan baik dengan manusia, maka skop perhungan itu bukan di kalangan manusia semata, tetapi meliputi alam_makhluk yang bernyawa dan yang tidak bernyawa_yang ternyata merupakan komponan atau mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan manusia.

Sudah menjadi kenyataan, apabila tidak ada perhubungan baik antara manusia dengan alam, misalnya sekelompok manusia melakukan kerosakan di mana-mana di atas muka bumi ini, maka berlakukah gejala alam yang bukan saja mejejaskan kehidupan kelompok manusia itu sendiri malah kelompok-kelompok manusia yang lain. Pemeliharaan alam ini jelas menjadi kewajipan dan tanggungjawab manusia, kerana Allah menjadikan manuisa sebagai khlifah di muka bumi ini (Maksud ayat 30, surah al-Baqarah).

Dalam konteks perhubungan baik antara sesama manusia, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, “Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kalian daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawa), dan Kami jadikan kalian berbagai bangsa dan suku agar kalian saling kenal-mengenali (antara satu sama lain)”. (al-Hujurat : 13). Perhubungan manusia dengan Allah pula merupakan tujuan pokok manusia didiciptakan-Nya. Allah berfirman, bermaksud, “Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada-Ku”. (al-Dzariat : 56).

Tentang perhubungan baik yang khusus antara sesama manusia di kalangan ummah, iaitu persaudaraan seagama (ukhuwah Islamiyyah), Islam memperuntukkan peraturan atau undang-undang dalam sistem kehidupan sosial yang adil dan harmoni yang disebut sebagai Syari'at Islamiyyah. Semua perkara dalam hal ini terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis. Dan, semuanya adalah untuk kebaikan, kebajikan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia seluruhnya, di dunia dan akhirat. Untuk kesejahteraan ummah, Islam menganjurkan penganutnya agar saling menjalinkan kasih sayang (mahabbah), hormat-menghormati, bekerjasama, bertimbangrasa, tolong-menolong, nasihat-menasihati, berbaik-baik sangka antara satu sama lain.

Antara firman-firman Allah yang berkaitan ialah: ”Hai orang-orang beriman, janganlah berolok-olok satu kaum kepada kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diprolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan itu), jangan juga wanita-wanita kepada wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan itu) lebih baik daripada wanita-wanita (yang mengolok-olokkan itu), janganlah kalian mencela diri kalian sendiri dan janganlah kalian panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk.… Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka.

Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian memakan daging saudaranya yang mati?". (al-Hujurat : 11 dan 12). Demikianlah, larangan Allah. Umat islam, bukan sahaja dilarang daripada melakukan perlakuan atau tindakan yang boleh mencederakan fizakal atau mengorbankan nyawa orang lain, tetapi juga ditegah daripada melakukan apa sahaja perbuatan yang boleh menyinggung atau menyakiti hati atau boleh memutuskan tali perhubungan.

Sebaliknya, Islam menekankan galakan agar manusia melakukan apa sahaja perbuatan yang akan menyenangkan hati dan membahagiakan kehidupan manusia yang lain. Sehinggakan senyuman kepada seseorang itu dikira sebagai satu sedekah (Maksud Hadis). Islam menggalakkan perpaduan ummah. Allah berfirman, mafhumnya : "Sesungguhnya segala orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan antara dua saudara yang bersengketa". (al-Hujurat : 10). Rasulullah bersabda, "mukmin dengan mukmin itu umpama bangunan, sebahagiannya saling berkaitan dengan bahagian yang lain"; dan "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".

Untuk mengekalkan perpaduan ummah, Islam melarang sebarang perbuatan yang merupakan penindasan, penipuan atau penganiyaan antara satu sama lain, seperti rasuah, menyorok barang jualan, menabur fitnah, menghadu-dumba, makan riba, makan harta anak yatim dan sebagainya. Dilarang juga umat Islam melayani nafsu dan membiarkan hati dijangikiti penyakit mazmumah seperti hasad, tamak, riyak, 'ujub, takabbur dan sebagainya. Di samping mendatangkan manfaat duniawi, jalinan persaudaraan sesama penganut Islam itu juga akan menghasilkan manfaat ukhrawi. Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Barangsiapa menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga". Mu'az bin Jabal meriwayaatkan: Rasulullah bersabda (maksudnya): "Suatu kelompok manusia pada hari kiamat kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arasy.

Wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul-qadar. Waktu itu manusia panik sedangkan mereka tidak berasa panik dan manusia takut padahal mereka tidak berasa takut. Mereka itu adalah aulia Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir". Lalu Mu'az bertanya: "Siapakah aulia itu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah". (Riwayat Ahmad dan Hakim) Abu Hurairah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Allah berfirmaan pada hari kiamat: 'Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku'".

Maksud persaudaraan kerana Allah itu ialah persaudaraan yang berasakan matlamat menegakkan kalimah Allah, mempertahnkan kebenaran (hak) dan menentang kebatilan. Mereka yang terlibat menjalinkan cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah (Maksud Hadis, riwayat Ibnu Hibban dan Hakim daripada Anas bin Malik). eriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Allah berfirmaan pada hari kiamat: 'Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku'". Maksud persaudaraan kerana Allah itu ialah persaudaraan yang berasakan matlamat menegakkan kalimah Allah, mempertahnkan kebenaran (hak) dan menentang kebatilan.

Mereka yang terlibat menjalinkan cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah (Maksud Hadis, riwayat Ibnu Hibban dan Hakim daripada Anas bin Malik).

Monday, December 14, 2009

Bagaimana Arak Memabukkan?

90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya
(Al-Maidah : 90)

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan Negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu) , cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 million. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai “very important and attractive market” dengan melabur sebanyak US$ 20 million bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 million liter arak setahun.

Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon , hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol. Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama? Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza.Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen &hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai ruh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf. Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya?

Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya.

Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol. Perbuatan minum arak secara “tipu-tipu” dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya. Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk kedalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku. ….dan Gulp.

Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan. Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang “melarut”. Sekiranya terdapat anugerah “Paling Terlarut” antara unsure-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air.Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu..”Pemisah Darah dari Otak”, atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB). Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi Blood Brain Barrier memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain.

Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori “boleh merentasi Blood Brain Barrier”, seterusnya halal dimakan. Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil “mabuk”. Cerebral cortex yang terjejas akan menyebabkan pusat pemikiran menjadi luar kawal. Keupayaan deria juga akan berkurangan.

Hal ini menerangkan mengapa orang yang mabuk seringkali mengambil tindakan di luar jangkaan yang mengakibatkan kemudaratan diri sendiri dan orang lain seperti terjun bangunan, berguling-guling di jalan raya mahupun terhuyung-hayag tidak tentu arah. Kebiasaannya apabila ditanya kembali aktiviti yang dilakukan ketika sedang mabuk, mereka pasti tidak mengingatinya kerana ketika itu kerosakan cerebral cortex berlaku.

Terjejasnya limbic system pula menyebabkan seseorang terlampau emosi. Pemabuk yang marah akan menjadi bertambah tambah tambah marah manakala pemabuk yang gembira akan menjadi terlampau lampau lampau gembira diluar kebiasaan fitrah manusia. Hal ini menerangkan kebiasaan pemabuk senyum-senyum sendiri, murung yang teramat dan kadang-kadang “tiada ekspresi”. Cerebellum pula pada asalnya bertugas mengawal pergerakan-pergerakan badan yang memerlukan fokus dan teliti. Contohnya seperti menulis dan melukis.

Terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat. Sekiranya anda terserempak dengan pemabuk, cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri.Pasti mereka tidak mampu melakukannya, kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi. Medulla pula mengawal aktiviti luar kawal seperti pernafasan, degupan jantung dan kerdipan mata. Terdapat risiko pernafasan akan berhenti secara tiba-tiba, degupan jantung terlampau cepat atau terlampau lambat berkerja, selalunya dipanggil sebagai “jantung yang bercuti selepas berparti” (Holiday Heart).Boleh jadi mata pemabuk akan berkedip tidak henti-henti ataupun langsung tidak berkedip. Selain daripada terjejasnya pusat kawalan otak, bahagian-bahagian badan lain yang akan terjejas adalah terlampau banyak sehingga tidak mampu disenaraikan disni. Antaranya kanser mulut, lidah, dan esofagus.

Kanser hati, cirrhosis, dan hepatitis. Penyakit jantung, darah tinggi dan strok. Untuk wanita yang mengandung, kemungkinan besar akan mengalami penyakit “Fetal Alcohol Syndrome” . Antara ciri-ciri bayi dengan Fetal Alcohol Syndrome adalah kepala dan otak yang kecil, terlampau aktif, koordinasi yang lemah dan kurang akal.(mentally retarded) Indahnya Islam bukan sahaja melarang orang-orang beriman minum arak, malah melarang umat Islam mendekatinya.Larangsn tersebut lengkap ditujukan daripada penanam anggur untuk dibuat arak, penuai, pembawa, pekerja lori, pekerja kilang, pekerja kedai, bos kedai, pelayan, pemesan dan peminum.

Berlainan dengan Amerika Syarikat yang mengambil “langkah berjaga-jaga” dengan menetapkan bahawa pembelian arak yang “halal” di sisi undang-undang adalah apabila telah berumur 21 tahun dan ke atas. “Langkah berjaga-jaga” ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti peminum arak malah mendatangkan kerugian kepada negara sehingga terpaksa menubuhkan National Institute On Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA). Secara umumnya, agama Islam dan kepercayaan-kepercayaan lain mempunyai pandangan yang sama dalam hal pelarangan arak. Al-Quran jelas menyatakan pengharamannya (antaranya) melalui surah Al-Maidah ayat 90 & 91 .

Kepercayaan Buddha juga menolak arak dalam salah satu daripada lapan Precepts of Buddhism , dengan menyatakan “Orang-orang Buddha perlu menahan diri daripada liquor”. Pengamal Buddha juga dilarang untuk menjual liqour sebagai sumber perncarian. Dalam bible, the Book of Proverbs Chapter 23:29-33 ada “menasihatkan”, “Do not look atwine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly.At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things, and your mind utter perverse things” ..

Manakala tokoh Hindu, Thiruvalluvar ada “berpesan”, “they that drink liqour are no other than poison drinkers and therefore do not differ from dead man.” Alhamdulillah sebagai muslim yang faham, sebab yang paling utama untuk kita jauhi arak adalah kerana ia adalah larangan daripada Allah, dan bukannya kerana terbukti oleh kajian intelektual bahawa arak tersebut memudaratkan.

Sekiranya pada suatu hari nanti akan terciptanya arak yang memabukkan tetapi tidak memudaratkan adakah kita akan meminumya? Persoalan yang lebih penting adalah bagaimana mengajak masyarakat sekeliling kearah penjauhan arak menggunakan ilmu yang kita ketahui? Dan tidaklah sesuatu ilmu itu dipelajari melainkan untuk diamalkan. Semoga dengan adannya pengetahuan mengenai arak ini dapat merealisasikan “masyarakat yang jauh dari larangan-larangan Allah”..Amin

Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.
Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.
Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.
Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.
Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.
Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.
Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.
Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.
Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.
Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!
Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya
“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”
!!!!!!!!!
Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.
Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.
Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.
Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..
Ah jantung ku ... kau bagai ditusuk sembilu.

Monday, December 07, 2009

Kubur

INGATLAH


KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;


1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu

membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,

Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,

Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,

Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,

Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya

kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;


1. Dunia itu racun,

Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,

Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,

Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,

Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,

Ramadhan itu ubatnya.


MENGENAI WANITA

1 Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang

lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal

tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa

orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka

beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap

hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 sejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah

mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-

dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan

daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,

maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan

ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya

seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang

yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu

diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,

barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia

memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah

akan memasukkan mereka ke dalam syurga lebih dahulu daripada

suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa bulan ramadhan,

memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari

pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih

besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula

berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah

panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung

diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya

selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan

puasanya..

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu

neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu

yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku

(Nabi s.a.w ) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara

perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu

dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka

dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada

anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka

mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi,

janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang

membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi

meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Wednesday, December 02, 2009

20 Sebab Lelaki Tak Kawin...hehehe

1."Duit lum cukup lagi". Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin". Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot". Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan". Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la". Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat.
Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la". Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri". Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan". Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.
10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la". Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot". Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka". Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la". Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat". Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah". Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la". Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la". Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda