"Engkau merasakan dirikau wujud,satu dosa yang tak boleh di uraikan"
Tuesday, December 15, 2009
Muhasabah diri
Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada
Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.
Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”
Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah: * Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari? * Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan? * Apakah Ilmu Allah yang telah disebari? * Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan? * Bagaimanakah rezeki Allah digunakan? * Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam? * Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam? * Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin? * Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah? * Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? * Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.
No comments:
Post a Comment