Friday, May 15, 2009

HARTA DAN DIRI HANYA PINJAMAN

Bismilahirohmanirohim

TERDAPAT empat golongan manusia yang tidak akan merasa runsing atau gelisah, ketika seluruh manusia menempuh kegawatab pada hari kebangkitan di Mashsyar kelak. Malah golongan berkenaan akan ditempatkan oleh Allah SWT di suatu bukit
“ KASTURI” yang sangat harum dan nyaman. Betapa mewah dan selesanya keadaan mereka sebelum memasuki syurga lagi.

Golongan bertuah itu seperti dijelaskan oleh Sabda Rasulullah S.A.W.sebelum yang bermaksud:

1) “Seorang yang membaca al-Quran semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.
2) Orang yang menjadi iman(imam solat atau pemimpin masyarakat) dalam situasi disenangi(diredai) orang ramai.
3) Seseorang yang melaungkan azan di masjid dan berdoa kepada Allah Azza wa Jalla semata-mata untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT.
4) Seseorang yang dibala dengan harta(sama ada kemisikinan atau kekayaan) di dunia, tetapi ujian harta tersebut tidak menjejaskan amalan akhirnya”.

Golongan pertama, ialah mereka yang penuh keyakinan bahawa membaca al-Quran adalah ibadat yang disukai Allah SWT. Mereka senantiasa membacanya, bukan untuk berlagu dan menarik perhatian orang ramai, sebaliknya hanya untuk mendapatkan reda dari Allah SWT.

Disamping membaca, mereka berusaha memahami maksud dan mengambil hidayah, hukum hakam, iktibar serta peringatan daripada wahyu Allah SWT yang dibacanya itu.

Golongan Kedua, ialah orang yang jadi imam kepada sesuatu kaum, sama ada imam solat atau imam sebagai pemimpin masyarakat. Dalam keadaan orang ramai reda dan menyukainya, disebabkan akhlaknya yang mulia, nasihatnya yang baik dan menepati kehendak Allah SWT serta kepimpinannya yang adil.

Golongan Ketiga, ialah seorang lelaki yang azan di masjid, musalla atau di mana jua kerana Allah Taala, semata-mata azan untuk mendapat pahala kerana sebutan pertama dalam azan adalah menyebut nama Allah SWT dan Rasul-Nya.

Mereka melaungkan azan kerana terdapat didalam azan perkataan dan seruan yang baik, mengajak manusia mendirikan solat ( hayya alas solah) dan mengajak manusia mencapai kejayaan ( hayya alas falah ). Nasihat yang baik termasuk seruan “As Solatu Khairun Minan Naum” ( sembahyang lebih baik daripada tidur).

Golongan Keempat, ialah seorang yang ditimpakan bala(ujian) harta oleh Allah SWT di dunia ini, tetapi bala itu tidak menjejaskan amalan akhiratnya. Diuji dengan rezeki sama ada miskin ataupun kaya. Kemiskinan sememangnya menyusahkan seseorang . Tetapi kekayaan juga boleh jadi ujian yang berat kepada manusia.

Kekadang-kadang orang yang kaya sangat berat untuk menderma, kerana walaupun hartawan kadangkala hatinya miskin (bakhil). Berat untuk mengeluarkan harta bagi kebajikan orang lain.

Namun golongan keEMPAT yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, itu, bala rezeki sama ada miskin atau kaya tidak menjejaskan kerja amalannya untuk akhirat.


Dalam susah kerana dibalakan dengan kemiskinan, mereka masih mampu menyenarai dan memperuntukkan sebahagian hartanya untuk menderma bagi kepentingan agama walau sedikit tetapi ikhlas untuk pahala akhirat, di samping untuk keperluan diri dan rumah tangganya.

Kekayaan juga kadangkala menjadi malapetaka kepada seseorang, mereka terlalu sibuk untuk mengurusnya hingga lupa kebajikan jiran tetangga dan ahli masyarakat yang miskin serta memerlukan.

Sebahagian hartawan pada umumnya merasa kehidupannya amat selesa, keselesaan menjdikan mereka lupa Tuhan tempat bergantung segala-galanya. Justeru masyarakat sekeliling tidak mendapat sebarang manafaat daripada kekayaan hartawan itu, kerana harta mereka sedang dilabur dalam mana-mana instituasi kewangan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Bagaimanapun Nabi S.A.W. menegaskan, ada orang yang diselamatkan oleh Allah SWT daripada bala harta, kekayaan tidak menjdikan mereka lupa daratan sebagaimana yang terjadi kepada Tsa’labah dan Qarun.

Orang yang diselamatkan Allah SWT itu, semakin dia hartawan semakin meningkat rasa tanggungjawabnya, bahkan bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan harta melimpah.

Dengan harta yang banyak itu mereka banyak pula mengeluarkan zakat, bermurah hati membantu orang yang memerlukan, kerana dia sedar bahawa harta dan dirinya hanya PINJAMAN dan AMANAH Allah SWT.

Jika kehidupan di dunia manusia memerlukan harta dan wang untuk menyelesaikan pelbagai urusan, di akhirat juga manusia memerlukan sesuatu untuk mencapai kebebasan daripada azab neraka, juga untuk memasuki syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Yang dimaksudkan “SESUATU” itu adalah pahala. Pahala adalah tanda keredaan Allah SWT. Harapan seseorang untuk mencapai kebahagian akhirat dalam syurga, hanya jika pahala mengatasi dosa.

Antara cabang pahala di akhirat kelak adalah pahala akan menjadi nor (cahaya). Cahaya menjadi suatu keperluan manusia di alam barzah dan juga akhirat. Jika manusia terpaksa menyediakan lampu untuk menerangi rumah pada malam hari yang gelap gelita, maka mereka juga mesti berusaha untuk menyediakan cahaya untuk dirinya di akhirat.

Solat yang khusyuk dan sempurna adalah antara ibadat yang akan menjadi cahaya bagi menerangi seseorang pada hari akhirat kelak.

Orang lain tidak mungkin dapat menumpang cahaya dari nor ibadat seseorang pada hari akhirat. Kerana cerah cahaya pada hari akhirat itu ibarat cerah penglihatan seseorang, yang manaafatnya hanya untuk individu berkenaan sahaja. “Orang buta tidak mungkin matanya dapat menumpang cerah penglihatan orang lain”..Amin

Hanya dengan Allah SWT kita menyerah diri, agar memperolehi taufik dan hidayah-Nya

Sekian. Wa billahi taufiq wassalamu’alaikum warahmatulllahi wabarakaahtuh untuk kali ini semoga kita akan dipertemuakan dilain bicara

Insya Allah

HARAPAN WANITA KEPADA LELAKI

MEMPUNYAI tubuh badan hebat seperti Brad Pitt atau berotot sepertimana The ROCK, memang perkara yang amat didambakan oleh setipa kaum yang bergelar LELAKI. Tapi, iyu tidak bererti wanita yang datang, akan suka dan jatuh cinta kepada anda sebagai LELAKI…”PENAMPILAN bukan segalanya, yang penting adalah difat dan perilaku,” begitulah kata-kata kebanyakan insane yang bergelar WANITA masa kini. Tapi yang mengelirukan kaum lelaki, sifat dan perlaku seperti apakah yang kaum wanita dambakan daripada seorang lelaki.

PERHATIAN
Senyum manis, pujian, serinh bertanya khabar, baik saat bertatapan secara lansung atau melalui telepfon, email, atau SMS, adalah langak-langkah tepat untuk meluluhkan jiwa wanita.


ROMANTIS DAN LEMBUT
Buat dia berasa seksi dan feminin.Rendahkan nada bicara ketika berbual dengannya.Hai itu akan membuatnya merasa amat disayangi.


PENUH KEJUTAN
Kaum wanita suka dengan ekejutani terutama yang dilakukan oleh teman lelaki mereka. Jadilah lelaki yang gemarkan kejutan, spontan dan penuh idea. Tentu sahaja kejutan manis. Pasti mereka berasa terharu dengan kejutan yan anda lakukan.


PENGERTIAN
Fahami betul-betul makna ucapan John Gary…iaitu “Wanita berasal dari Venus, sedangkan lelaki dari Mars..” Itu ertinya, anda dan dia memang punyai perbezaan yang signifikan. Tunjukkan bahawa anda memahami dirinya.


JAGA SIKAP DAN PERLAKUAN ANDA
Wanita memiliki kadar cemburu yang begitu besar. Oleh itu pandai-pandailah mengawal diri anda agar teman wanita anda tidak makan hati dengan sikap anda yang keterbiasaannya mudah mesra dengan kaum wanita. Mencuba untuk setia dan mengutamakan dirinya, adalah cara yang paling tepat untuk meluluhkan hatinya.


DEWASA
Meski pun wanita suka dengan humor, ketahuilah wanita menyukai figura lelaki yang mempunyai sifat mirip ayahnya seperti… DEWASA…TEGAS… PROAKTIF dan TAHU MENGHORMATI seorang WANITA. Oleh itu belajar-belajarlah untuk menghormati insane yang bergelar WANITA.

Apabila seorang lelaki mempunyai sebahagian besar sifat itu..maka wajah tidak begitu tidak begitu menjadi masaalah.


**Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu**jika kamu cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati**Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi**

BENCI TAKDIR BOLEH BAWA KEKUFURAN

Assalammu’alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh..

Bismilahirohmanirohim


SESEORANG meminta kepada Allah S.W.T., supaya hidup berkat dan selamat, lalu Allah S.W.T., memilih untuknya TAKDIR yang TERBAIK. Tetapi dia marah dan enggan menerima TAKDIR Allah S.W.T., dengan berkata : “ Mengapa Tuhan memberiku harta yang sedikit sedangkan saudaraku yang lain kaya raya? Tuhan tidak adil!! Na’uzubillah.

Sepanjang suami isteri lama berkahwin, berbelas-belas tahun menanti kehadiran anak, Sedangkan jiran mereka mempunyai sembilan anak perempuan. Akhirnya mereka pun dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Ketentuan Allah S.W.T., tiba, bayi mereka meninggal kerana sakit. Ayah memandang langit mencari jawapan atas TAKDIR Tuhan, dia berkata: “ Mengapa tidak Engkau ambil anak mereka yang ramai itu, malah anak kami yang seorang juga yang Engkau mahu, dimana KEADILAN-MU ya Tuhan? Na’uzubillah.


Membenci TAKDIR boleh membawa kepada kekufuran. Membenci maksudnya MARAH, TIDAK SUKA, MENOLAK, MENYATAKAN TIDAK PUAS HATI dan YANG PALING RINGAN IALAH MENGELUH TANDA TIDAK SELESA.

Sebaik-baik orang yan mencinta ialah dia reda dengan perbuatan kekasihnya. Apakah perbuatan Allah S.W.T., semuanya baik untuk makhluk-Nya…”Ya”!. Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak pernah memnzalimi hamba-Nya. Melainkan mereka memilih kezaliman itu sendiri. Ada hikmah di sebalik musibah dan ada kebaikan yang masih tersembunyi bagi mereka yang reda dan sabar. Segala TAKDIR manusia itu berada pada ketentuan ilmu Allah S.W.T., tiada seorang hamba pun mengetahui rahsia TAKDIR Allah S.W.T.


Kisah didalam surah nal-Kahfi banyak memberikan pengajaran kepada diri kita. Kisah ilmu Allah S.W.T. dikurniakan kepada Khidr, beliau memiliki pengetahuan luas tentang Qada dan Qadar Allah S.W.T., kepada makhluknya.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari yang mafhumnya.” Ketika Nabi Musa berucap kepada kaumnya, seorang bertanya: Adakah sesiapa di muka bumi ini yang lebih ilmunya daripada tuan?..Nabi Musa menjawab: Tidak ada.” Lalu ditegur oleh Allah S.W.T.: Ada seorang hamba-Ku yang lebih ilmunya daripada kamu.”

Kemudian Nabi Musa menghadap Khidr untuk berguru kepadanya. Dalam perjalanan mereka berdua berlaku beberapa perkara pelik yang dilakukan oleh Khidr: Yang pertama beliau membocorkan perahu milik orang msikin…Kedua membunuh seorang pemuda dan Ketiga membangun tembok yang hamper runtuh tanpa meminta upah pada hal di Bandar itu penduduknya amat bengis terhadap mereka berdua.

Perbuatan Khidr jika dilihat dengan mata kasar amat menggusarkan hati Nabi Musa. Beliau sedih dan terkejut menyaksikan perbuatan Khidr itu. Nabi Musa menegur Khidr supaya dia menerangkan hikmah disebalik peristiwa itu. Khidr rasa sampailah waktu perpisahannya dengan Nabi Musa.

Dia berkata melalui firman Allah bermaksud: “ Adapun perahu itu, ia adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja dilaut. Oleh itu aku bocorkan dengan tujuan mencacatkannya. Kerana di belakang mereka ada seorang Raja yang mahu merampas setiap perahu yang tidak cacat.. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan zalim dan kufur.


Kami berharap supaya Tuhan menggantikan bagi mereka anak yang lebih baik darinya, yang bersih jiwanya dan mesra kasih sayangnya. Adapun tembok Itu, ia dimiliki oleh dua anak yatim di Bandar itu yang di bawahnya ada harta terpendam dan bapa mereka pula orang salih. Maka Tuhanmu mengkhendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai suatu rahmat dari Tuhan, dan aku tidak melakukannya menurut pemikiranku sendiri. Demikianlah penjelasaan mengenai maksud dan tujuan perkara yang engkau( Nabi Musa) tidak dapat bersabar mengenainya.” (Surah al-Kahfi: ayat 79-82).

Demikianlah rahsia ilmu Allah S.W.T., yang Maha luas dan Maha dalam. Tiada seorang makhluk pun boleh memahami semuanya dengan tepat. Qada dan Qadar Allah S.W.T. itu semuanya baik belaka. Itulah pilihan Allah S.W.T., untuk kita. Hassan al-Basri pernah berkata: Wahai anak Adam, Musa menegur Khidr sebanyak tiga kali, sehingga Khidr berkata: “ Inilah saat perpisahanku denganmu. “ Itu yang dilakukan oleh Khidr kepada Musa, maka bagaimanakah dengan Tuhanmu yang kamu menentangnya berulang kali dalam sehari?..Apakah kamu takut Tuhan akan berkata: Inilah saat perpisahaan-Ku dengan-mu…?

Sikap yang terbaik adalah akur dan redha atas apa saja ketentuannya. Tetapi jangan sikap menyerah kepada TAKDIR tanpa berikthiar kerana itu adalah penipuan yang berbahaya. Syarat redha mestilah dengan ikthiar. Hal ini pernah terjadi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.

Beliau dan tenteranya hendak memasuki suatu Bandar di Syaria. Tetapi tertahan wabak menular yang menyerang Bandar itu. Pengalima tenteranya, Saidina Abu Ubaidah berkata: Apakah tuan lari daripada Qada Allah S.W.T.,? Umar menjawab: “Ya” kita lari daripada Qada Allah S.W.T., kepada Qadar Allah S.W.T., juga.

Makna Qada adalah ketentuan yang terjadi dan Qadar adalah ketentuan belum terjadi. Untuk ikhtiar adalah wajib bagi mereka yang mengaku redha atas ketentuan Allah S.W.T., Dan jangan sekali-kali memilih atas apa yang Allah S.W.T. pilihkan untuk hidup kita. Sabda baginda bermaksud:” Apabila kami ditimpa musibah janganlah kamu katakana begini, nescaya akan jadi begini dan begini, tetapi katakanlah: Ia semua ketentuan Allah S.W.T., dan apa apa yang DIA kehendaki pasti terjadi, sesungguhnya ungkapan “seandainya” itu membuka peluang bagi perbuatan syaitan.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

HATI YANG GELAP

Bismilahirohmanirohim

UNTUK MEMAHAMI PENGERTIAN TAQWA, CUBA KITA SELAMI KATA-KATA SYAIDINA ALI k.w. YANG MENURUTNYA MEMPUNYAI EMAPT CIRI PENTING.

1. GERUNKAN ALLAH S.W.T. TIADA
2. BERPEDOMANKAN WAHYU
3. REDHA DENGAN KETETAPAN HUKUM DAN KEPUTUSAN TAKDIR
4. SEDIA HADAPI KUBUR SEBELUM KE KUBUR DENGAN MENYEDIAKAN AMAL SOLEH.

KEGERUNAN kepada Allah S.W.T., adalah menjauhi segala larangan-Nya. Nabi S.A.W., bersabda :” Setiap raja mempunyai taman larangan, maka taman larangan Tuhan adalah setiap yang haram”

Umat Islam yang menghindarkan dirinya daripada yang diharapkan syarak bermakna dia gerunkan Allah S.W.T., Harus di ingat, sesiapa sahaja yang tidak memperdulikan larangan syarak adalah keras hatinya. PENYAKIT keras hati pada berpunca dari pencabulan terhadap hokum Allah S.W.T. Sebagai contoh..dengan hanya meninggalkan majlis ilmu agama selama empat(40)puluh hari sahaja yangmana hati kita menjadi KERAS. Fikirkanlah berapa besarnya kesan yang selama ini kita abaikan.

BERPEDOMANKAN WAHYU, pula bererti mengikut panduan nas-nas qat’I dan zanni- al-Quran dan hadis yang sahih. Ini khususnya dalam sebarang taklif yang mencukupi hokum suruhan seperti SOLAT, SEDEKAH dan sebagainya.

BAGAIMANA HATI GELAP

Tidak kira peringkat atau darjat, setiap insane yang mengabaikan suruhan Allah S.W.T., akan gelap hatinya. Misalnya..Tuhan menyuruh kita berlaku adil, tapi kita bersikap sebaliknya dan bercanggah dengan nilai-nilai kesaksamaan.

Hati yang telah gelap pula amat sukar menerima HIDAYAH seperti lubang gua, meskipun dipancarkan sinar suria di waktu panas, masih tetap kelam juga. Malah ada sebilangan manusia sejak zaman berzaman, meskipun telah diberitahu tabligh agama yang diutuskan oleh Allah S.W.T. silih berganti generasi masih juga menolak segala kebenaran. Inilah keadaan yang lebih berat kerana hati mereka sudah pekat dengan kegelapan kufur, Fasik, Maksiat Dan Kejahilan.

HATI YANG MATI

Harus diingat, jika kita mengabai atau membelakangi kedua-duanya iaitu apa yang ditegah dilakukan dan yang disuruh diabaikan, hatinya akan mati.

Bila hati sudah mati, segala saranan hidayah akan ditolak, sebagaimana yang menimpa Firaun, Abu Jahal, Qarun, Kaum Add dan Kaum Thamud. Ibnu al-Jauzi menjelaskan hati insan untuk menghayati seruan iman ialah:

a. HATI YANG HIDUP
b. HATI YANG SAKIT
c. HATI YANG MATI

HATI YANG HIDUP:- Menjunjung Taklifiah dan mengetahui batas halal dan haram serta redha dengan Ketetapan hukum dan Takdir Ilahi tanpa rungutan, protes dan penuh dengan perasaan kecewa.

HATI YANG SAKIT:- Terumbang ambing dalam berpegang dengan ajaran agama tetapi lumrahnya lebih berat berpengaruh dengan maksiat serta keindahan dunia. Selain itu, hati yang tidak ghairah beramal. Ia seperti pohon yang tidak banyak mengeluarkan buah, malah buahnya tidaklah enak dan lazat.

HATI YANG MATI:- Adalah amat celaka kerana keadaannya amat bertentangan dengan lunas-lunas kebenaran, bahkan bercanggah dengan pedoman wahyu atau petunjuk syarak. Ia ibarat pokok yang tidak berfungsi akar umbinya, daun-daunnya kering kegugguran serta ranting-rantingnya pula rapuh dan patah. Yang tinggal Cuma batang yang belum lagi tumbang ke bumi. Itulah yang dikatakan “MATI DALAM HIDUP”,yangmana satu kerugian yang teramat didalam kehidupan yang hanya sementara ini dimuka bumi ini.

IMBANGKAN ILMU

Dalam satu syair Iman Shafie menegaskan “ Siapa Yang Tidak Menuntut Ilmu Di Awal Remajanya, Maka Takbirlah Keatas Dirinya EMPAT KALI TAKBIR Lantaran Dia Telah Mati”. Jelasnya lagi, Jika tidak mengimbangi ilmu dan iman seseorang insane itu akan mati dalam kecelakaan seperti sebagai mana Iman Abu Hanifah menegaskan: “ Seseorang Hamba DiBimbangi Matinya Dalam Kecelakaan Lantaran Tiga Sebab Kecuali Dengan Limpahan Rahmat Allah S.W.T”, iaitu:-

a TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT IMAN

b TIDAK GENTAR DENGAN SESUDAHAN HAYAT YANG JAHAT ATAU MATI DALAM MAKSIAT DAN DOSA. YANG LEBIH-LEBIH JAHAT LAGI ADALAH MATI DALAM KEADAAN IMAN YANG TERLUCUT.

c KEZALIMAN SESEORANG HAMBA TANPA BATAS KESUDAHAN IAITU TIDAK BERTAUBAT MESKIPUN USIA TELAH LANJUT DAN MENYIMPAN DOSA YANG BANYAK PADA HATI YANG HIDUP

Sesungguhnya pada hati yang hidup iaitu hamba yang bertaqwa, tetap BERISTIQAMAH dalam menghindarkan diri dari pada bahaya dosa dan maksiat sekaligus menjunjung taklif syarak.

Bila kedua-dua fungsi negative dan positif itu di awasinya, itulah tanda dia redha dengan hukum agama yang dianutinya. Andaikata sebaiknya, tidak akan lahir sifat redha dari seseorang manusia itu.

Jika sudah pasti setiap insane mencapai ketiga-tiga hal itu, yakni menjauhi apa yang dilarang, menunaikan apa yang diperintahkan serta redha dengan tugas tersebut maka dia akan m endapat istiqamah yang disebut “DAWAMUD-DIN, iaitu sentiada dalam penghayatan agama. Inilah ukuran TAQWA.

Jelas berdasarkan penerangan diatas, di sisi Allah S.W.T., insane yang termulia bukanlah kerana pangkat, harta kekayaan, keturunan ataupun cantik rupawan, tetapi taqwa yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat.

KETAQWAAN dapatlah diibaratkan usaha mempertingkatkan martabat seseorang hamba, seperti mempersiapkan wahyu dimana:-

a IMAN SEBAGAI RANGKA BERDASARKAN NAS ZANNI DARI NABI S.A.W. YANG BERSABDA: “ Iman Adalah Telanjang Dan Pakaiannya Adalah Taqwa”

b AMAL SEBAGAI TAMPALAN KERTAS YANG MEMBALUTNYA DENGAN RUPA YANG MENARIK DAN TERHIAS INDAH.

c TERAJU SEBAGAI APA YANG DIIBARATKAN DENGAN KEJANGAN YANG HAK SEDANGKAN TALI YANG TEGUH LAGI PANJANG UNTUK MENARIK ATAU MELAYANGKANNYA DI RUANG ANGKASA IALAH KESABARAN.

Metafora ini adalah interprestasi daripada sejumlah ayat dalam
surah al-Asr,Untuk kita renungkan bersama- sama temanku yang
amat ku Sayangi dan Hormati seAdAnya…Insya Allah..Amin..

BESAR MANFAATNYA

CUBA kita hayati EMPAT nikmat yang hanya dirasai setelah tiba
masanya yang Ditegaskan oleh seorang ahli TASAWUF bernama
Hatim Al-Assum:-

1 NIKMAT HIDUP:- Dirasakan betapa besar fadhilat dan manfaatnya setelah kemalangan dan lebih-lebih lagi setelah mati. Ketika seseorang hamba sedang menghadapi “SAKARATULMAUT”, dia meminta agar Allah S.W.T., panjangkan usia agar dapat meneruskan hidup dan bertaubat. Tapi segala-galanya telah terlambat. Takkan ada simpati bagi untuknya lagi.

2 NIKMAT ILMU:- Ia disedari oleh seseorang itu setelah menjangkau usia tua. Waktu itulah diperlukan ibadat. Tapi mana mungkin ibadat dapat dikerjakan tanpa ‘ILMU”


3 NIKMAT SEDEKAH:- Ia tidak dirasakan perlu bahkan merugikan kecuali bila menghadapi mati. Sedekah adalah PENAWAR KESAKITAN bila ROH akan keluar dari jasad. Sedekah juga PERISAI pada bencana, khususnya kesakitan mengadapi MAUT.

4 NIMMAT SOLAT:- Ia tidak dirasakan kecuali selepas berada di DALAM KUBUR. Ibarat yang utama ini seperti peguambela siperlakunya bila dia memasuki alam barzakh.

KETAQWAAN diletakan sebagai matlamat utama di hayat
keduniaan ini. Ia Berfungsi memperbetulkan diri agar sejajar
dengan hemat agama. Peluang Mendapatkannya sangat luas, selagi
hayat masih dikandung badan. Rasulullah S.A.W., menggariskan
agar ditekankan lima perkara sebelum ia hilang, iaitu:-

1 WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT
2 WAKTU LAPANG SEBELUM SIBUK
3 WAKTU KAYA SEBELUM PAPA
4 WAKTU MUDA SEBELUM TUA
5 WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

LIHAT DAN PERHATIKANLAH, nikmat hidup adalah besar sekali sebagai kurniaan ilahi terhadap seseorang hambanya. Nabi Muhammad S.A.W., menegaskan agar menggunakan setiap ruang kehidupan sengan amal yang BERPAHALA agar di akhirat nanti kita TIDAK AKAN RUGI. Bagainda sekali menegaskan “ SEBAIK-BAIK ORANG MUKMIN SIAPA YANG TERLEBIH BANYAK MENABURKAN MANFAAT UNTUK ORANG LAIN”.

USIA TERBATAS

USIA manusia terbatas kepada had-had tertentu. Lingkungan antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun sahaja. Tanda-tanda dibawah menunjukan PANGGILAN IZRAIL hamper pada seseorang, Iaitu:-

A MATA KABUR
B UBAN BERTABUR
C KULIT KENDUR
D GIGI GUGUR
E STAMINA LUNTUR

MATI adalah KIAMAT bagi individu, JUSTERU, dengan sisa-sisa usia yang masih ada, hendaklah dipergunakan dengan amal yang bermanfaat sama ada mencakupi iman terhadap Allah S.W.T., dan Rasul-Nya, mahupun yang bersangkutan dengan JIHAD, pada jalan Allah S.W.T, atau apa jua yang membawa kebaikan pada diri sendiri.

JADI orang BERTAQWA amat memerlukan usia panjang untuk membina JAMBATAN KETAQWAAN. Kesempurnaan iman malahan cantik atau tidaknya kelengakapan ISLAM seseorang itu dapat diibaratkan dengan bagaimana persediaan wahyu itu sebelum ia dilayangkan ke ruang angkasa…Wa’lahualam.

“DISISI ALLAH S.A.W., INSAN YANG TERMULIA BUKANLAH KERANA PANGKAT, HARTA KEKAYAAN, KETURUNAN ATAU RUPA CANTIK RUPAWAN, TETAPI TAQWA YANG AKAN MEMBAWA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT”
Insya Allah.Amin

Wassalam
Hamba Allah
Kamarul

MENCARI REDHA ALLAH S.W.T

Assalammu’alaikum warahmatullahi wabarakahtuh…
Bismilahirohmanirohim

KEHIDUPAN…yang diwarni dengan KECERIAN dan KESERONOKAN memberikan kekuatan dan semangat untuk terus mengharungi kehidupan seharian, walau apa rintangan yang bakal terjadi. Kehidupan akan menjdi lebih bermakna apabila matlamat mencari keredhaan Allah S.W.T., diletakan dalam senarai yang paling atas yang ingin dicapai. Bila mana ini terjadi, semua pemasalahan hidup menjadi suatu ujian yang perlu dihadapi dengan perasaan ceria dan menyeronokkan.

Seorang sahabiyyah bernama Ummu Sulaim binti Mihlhan diuji Allah S.W.T. dengan kematian anak lelakinya semasa ketiadaan suaminya dirumah ketika itu. Pada saat itu suaminya Abu Thalhah keluar bermusafir ke jalan Allah S.W.T. Beliau memahami keadaan suaminya yang akan pulang dari musfirnya, pasti suaminya amat meinduikan untuk bertemu dengan isteri dan anak-anaknya yang sudah sekian lama ditinggalkan, Bagaimana perasaan suaminya nanti apabila mendapati anak kesayangannya telah meninggal dunia?

Ummu Sulain menghadapi suasana ini dengan penuh kebijaksanaan. Belia berpesan kepada ahli keluarga: “ Jangan kamu beritahu Abu Thalhah tentang anaknya sehinggalah aku memberitahunya”. Kepulangan suaminya, Abu Thalhah disambut keseronokan, seolah-olah tidak ada apa-apa perkara penting terjadi dirumah semenjak suaminya keluar bermusafir. Ummu Sulaim menghidangkan makan malam yang istimewa dan makan bersama-sama dengan peunuh kasih-sayang. Layanan pada malam itu amat istimewa jika dibandingkan dengan keadaan sebelumnya. Setelah selesai menjamu selera, mereka bersam-sama melakukan hubungan kelamin pada malam itu.

Setelah selesai melayan suami tercinta Ummu Sulain mendekati suaminya dan berkata:” Wahai Ibu Thalhah, apa pandangan kamu kalaulah suatu kaum meminjam barangan mereka kepada seorang ahli rumah, kemudian mereka menuntut balik barang pinjaman itu, apakah mereka berhak untuk dihalang? Jawabnya:” Tidak”, Ummu Sulaim berkata lagi:” Maka serakanlah anakmu kepada Tuhan”. Berita kematian anaknya itu telah mengejutkan Abu Thalhah sehingga menimbulkan kemarahan dalam hatinya. Pada keesokkan harinya, Abu Thalhah menemui Rasulullah S.A.W., bagi menceritkan peristimewa malam itu, Nabi S.A.W., bersabda “ Semoga Allah S.W.T. memberkati kamu berdua pada apa yang telah berlaku dimalam yang lalu”..Berkat kesabaran Ummu Sulaim melayan suaminya, dengan kekusaan Allah S.W.T, beliau telah hamil hasil hubungan kelamin pada malam tersebut.

Semasa peristiwa Pembukaan Kota Mekah, Ummu Sulaim turut menyertai rombongan Rasulullah S.A.W. dan tentera Muslimin ke Kota Mekah. Pada saat itu kandungan Ummu Sulain sudah masuk bulan akhir, tetapi kandunganya itu tidak menghalang keiiginan dan kehendaknya untuk menemani suaminya Abu Thalhah bagi memperolehi kemuliaan jihad pada jalan Allah. Abu Thalhah memahami kesukaran yang bakal dialami oleh peringkat akhir itu. Hatinya amat berat untuk membenarkna isterinya turut serta. Keadaan ini memaksanya menemui Rasulullah S.A.W. untuk meminta izin membawa isterinya bersama. Rasulullah S.A.W.

Memahami semangat jihad dan kekentalan iman dalam diri Ummu Sulaim, lalu Baginda S.A.W, mengizinkan Ummu Sulaim ikut serta. Kebenaran daripada Nabi S,A,W, cukup memberi kegembiran kepada Ummu Sulaim kerana beliau dapat menyaksikan sendiri Pembukaan Kota Mekah. Akhirnya dalam peristiwa itu Kota Mekah kembali menjadi hak milik kaum Muslimin tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah.Alhamdulilah.

Tidak beberapa lama selepas pembukaan Kota Mekah, terjadi pula peperangan Hunain apabila tentera Rom dan Parsi menyerang Kota Mekah. Peperangan Hunain membuktikan kekuatan iman dan semangat juang Ummu Sulaim turut serta secara aktif dalam Peperangan Hunain walaupun dirinya sedang sarat mengandung.

Dalam satu situasi, Ummu Sulaim telah mengambil khanjar dan bergerak ikut dibelakang Rasulullah S.A.W., Abu Thalhah melihat keadaan itu, lalu beliau berkata kepada Rasulullah :” Wahai Rasulullah S.A.W.,, ini Ummu Sulaim membawa bersamanya khanjar,” Rasulullah bertanya kepadanya:’ Untuk apa khanjar itu? “ Ummu Sulaim menjawab:” Aku membawanya, sekiranya menghampiriku salah seorang musyrik aku akan belah perutnya”. Lalu Rasulullah S.A.W. ketawa. Kata Ummu Sulaim lagi: “ Wahai Rasulullah, bunuhlah orang yang selepas kita(yang melarikan diri) daripada kalangan mereka yang masuk Islam pada hari pembukaan Kota Mekah, kamu kalah kerana mereka”

Sabda Rasululah S.A.W., “ Wahai Ummu Sulaim, sesungguhnya Allah S.A.W. telah mencukupkan dan telah melakukan yang baik”(Riwayat Bukhari)

Maka tidak hairanlah Allah S.W.T., mengetahui kebenaran iman Ummu Sulaim, lalu datanglah berita gembira tentang syurga pada lidah Rasulullah S.A.W., Baginda S.A.W. bersabda: “ Aku telah memasuki syurga lalu aku mendengar eKhasyafahi, lalu aku bertanya siapakah itu? Lalu mereka menjawab:” Inilah al-Ghumaisha( Gelaran dan panggilan bagi Ummu Sulaim kerana tahi mata yang ada pada matanya) binti Milhan, ibu Abas bin Malik”(Sahih Bukhari)

Wassalam

KETENANGAN JIWA.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakahtuh..

Bismilahirohmanirohim

Ketenangan jiwa adalah terhindAr dari gangguan dan penyakit kejiwaan. Istilah lain mengatakan bahawa ketenangan jiwa itu ialah kemampuan sesorang menyesuaikan diri didalam menghadapi sesuatu maupun setiap masaalah dan kegoyahan dalam kehidupan kita seharian didalam apa jua bentuk sesuatu perkara itu.

Kesehatan jiwa atau mental kita juga merupakan kemampuan terhadap diri kita maupun setiap individu dalam merasakan setiap kebahagian, kekuatan diri dan memahami akan erti harga diri kita sendiri yangmana jangan pedulikan siapa akan diri kita. Seseorang yang dapat menghubung kaitkan fungsi jiwa mereka dengan sesuatu yang positive dan kebaikan adalah orang yang berusaha agar dirinya dan jiwanya tetap dalam keadaan sehat walafiat yangmana kita pasti mengetahui akan keadaan nya kerana diri kita adalah kita.

Jika seseorang dalam keadaan terganggu jiwanya, selalunya dan kebarangkalian akan berpengarauh terhadap perasaan, fikiran, kelakuan, kesehatan fizikal dan juga moral kita juga akan terbabit secara tidak lansung ianya akan ujud dikala kita didalam TERGANGGU JIWA ketika itu. Pada kebiasaan nya perasaan akan merasa CEMAS, TAKUT, IRI, DENGKI, SEDIH, tanpa alas an yang dapat diterima, marah terhadap sesuatu yang remeh temeh, selalu dalam kebimbangan, kebinggungan, perasaan tertekan, cepat putus asa, acuh tak acuh dan kadangkala meminta pendapat dari orang masih lagi gundah memikirkan akan apa yang terjadi sedangkan sebahagian dari gangguan tersebut telah dibantu oleh pihak pihak yang diminta cadangan maupun pendapat yangmana kita hanya untuk membuat penyuraian yangmana jalan yang terbaik..Jika ianya berlaku maka dengan itu menujukan keparahan yang teramat di JIWA tersebut.

Jikamana JIWA atau fikiran, mental seseorang itu terganggu, kemampuan berfikir menjadi kurang, tidak dapat memusatkan perhatian dalam sesuatu perkara itu, menjadi orang muda pelupa(lebih teruk dari orang nyanyuk), serta tidak dapat meneruskan usaha yang telah direncanakan mnegikut apa yang dirancang sebelumnya. Begitu juga akan berpengaruh kepada sifar-sifat yang NEGATIF. Seperti nakal, pendusta, mengganggu dan menganiaya orang lain, menyinggung perasaan orang lain dan sebagainya yang bersangkutan disebabkan fikiran jiwa kita tergganggu.

Gangguan jiwa juga menyebabkan terjejasnya kesehatan fizikal, serta dapat menimbulkan berbagai penyakit. Jiwa seseorang yang tidak sehat, membuat dirinya menjadi tidak terurus, tidak menghiraukan aturan kehidupan yang sempurna, akhirnya berbagai penyakit akan datang menimpanya.

Dengan ini jelaslah KETENANGAN JIWA itu ialah, terhindarnya dari berbagai penyakit kejiwaan, mampu menyesuaikan diri dengan berbagai keadaan, sanggup menghadapi setiap masalah yang mendatang. Serta merasakan diri sendiri itu sangat berguna dan berharga sekaligus dapat menggunakan potensi yang ada dalam diri kita sendiri dengan sebaik-baiknya kerana ianya adalah nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada sekalian hamba-hambanya.

Penyakit jiwa seperti putus asa, kecewa, dengkim bakhil, hanya cinta pada dunia sahaja dan sebagainya itu, meskipun tidak nampak dimata, namun kita tidak dapat menafikannya bahawasanya jumlah oarng yang sakit jiwa itu lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah orang yang sakit fizikal. Kebarangkalian dan kemungkinan saja setiap kita sekarang ini sedang mengalami sakit kejiwaan tanpa kita sedari telah berada didalam diri kita.

Mereka yang diserang sakit kejiwaan, adalah mereka yang lupa akan tujuan hidup mereka didunia yang fana. Kebanyakan kita berlagak, bongkak dan sombong, seakan-akan hidup didunia ini untuk selama-lamanya. Walhal tanggungjawab kita tersangat amat berat sekali. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:-

Bismilahirohmanirohim.. “ Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang sebelummu, agar kamu bertaqwa”

Jika jiwa ingin tetap sehat, hadapilah suatu perkara, mushibah maupun pekerjaan itu dengan tenang. Sebab apabila suatu perkara, mushibah maupun pekerjaan, dikerjakan dengan tergesa-gesa, makan semakin lama kita akan dapat menyelesaikan dengan keadaan yang tenang dan sempurna seadanya dan matlamat akhirnya akan dapat diselesaikan dengan sebaik-baik yang ada. Teruskan dengan cara yang baik sehingga sampai ayang yang dicita-citakan dan apa juga yang hendak diselasaikan..Sepertimana perpatah ada berkata..”Jadilah seperti pohon pisang, pantang mati sebelum berbuah”.

Hindari dari gangguan-gangguan yang dapat menimbulkan perasaan amarah. Kerana perasaan amarah itu dimulai dari fikiran yang tidak tenang, sempurna dan akan berakhir dengan kekecewaan dan penyelesaian yang tidak kesudahnya nanti. Perbanyakkanlah mendengar sesuatu yang berunsur kebajikan,Tazkirah, Berzikirullah, kerana Allah SWT memberikan kepada satu lidah dan dua telinga itu, mengisyaratkan agar manusia lebih banyak mendengar dari berbicara. Sebab jika kita terlalu banyak berbicara akan menyebabkan banyak kesalahan-kesalahan yang akhirnya kita kan menyesal tapi kekita itu seolah-olah sepertimana nasi telah menjadi bubur.

Ketenangan jiwa, bererti terhindarnya daripada bebagai penyakit kejiwaan, yang dapat menyebabkan seseorang itu menjadi kecewa dan menderita diatas perbuatan diri sendiri juga. Oleh sebab itu didalam islam tidak membolehkan umatnya dalam keadaan kecewa yang berterusan. Islam menginginkan agar umatnya tetap dalam keadaan sehat baik fizikal maupun mental, dengan demikian kita akan dapat melaksanakan tugas dan kewajipan selaku manusia dengan keputusan yang baik.

“Tenangkanlah Hati Dalam Waktu-Waktu Tertentu, Kerana Jika Hati Itu Merasa Letih Ia Akan Menjadi Buta”

Hanya dengan Allah SWT kita menyerah diri, agar memperolehi taufik dan hidayah-Nya

Sekian. Wa billahi taufiq wassalamu’alaikum warahmatulllahi wabarakaahtuh untuk kali ini semoga kita akan dipertemuakan dilain bicara

PENYAKIT JIWA

Assalamu’alaikum warahmatuhllahi wabarakahtuh.

SEGALA pujian bagi Allah SWT Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hingga ke hari kiamat.

Syhukur kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan inayah-Nya telah mengizinkan saya menyebarluaskan bahan-bahan bacaan bagi untuk dimanafaatkan serta sesuai untuk keperluaan semasa dan juga pertanyaan yang di usulkan kepada saya oleh pihak-pihak tertentu didalam group dan juga kehidupan umat Islam sejagat.

Besar harapan saya semoga penjelasan ini akan memberi manafat dan bimbingan kepada sekalian muslimin dan muslimat agar memperolehi ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan didunia ini serta mendapat keredhaan Allah SWT diakhirat kelak. Insya Allah.

Dengan ini jua jika ada sebarang kesilapan harap dimaafkan dan saya meminta keampunan Allah SWT atas yang sedemikian itu kerana tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolongan-Nya.

Teguran yang membina adalah amat saya alu-alukan.

Sekian. Wa billahi taufiq wassalamn’alaikum waramatuhllahi wabarakatuh.

Untuk kali ini saya ingin menperjelaskan sepertimana yang saya perkata dipermulaan mukadimah saya,yangmana teman-teman ada bertanya kepada saya dan memerlukan penjelasaan berkenaan email yang saya posting ke group tempuh yang terdekat tempuhhar berkenaan “”.:- sebenarnya berkenaan Penyakit Jiwa ianya punyai Beberapa Aspek ianya bersangkutan TENTANG JIWA...Disini saya ingin menghuraikan intipatinya secara generally sahaja akan apa itu “PENYAKIT JIWA” adalah seperti berikut:-

KEHIDUPAN di dunia ini bagaikan pergantian musim. Ada musim bunga dan ada musim gugur. Ada musim hujan dan ada musim kemarau. Semuanya terjadi dengan silih berganti. Begitulah corak kehidupan kita, akan mengalami musim yang bertukar-tukar.

Begitu juga jiwa kita, akan mengalami bebagai perubahan dan pengaruh. Ada yang penuh kedamaian, tenang dan bahagia, namum ada juga yang gelisah dan tidak tentu arah. Ramai orang yang tidak tahu apa sebabnya mereka gelisah dan tidak tenang. Mereka merasakan jiwa yang hampa dan kosong. Meskipun sebenarnya mereka memiliki harta yang banyak.

Begtulah keadaan jiwa yang selalu berubah. Sama juga dengan fizikal, jiwapun mengalami perubahan-perubahan itu. Jika fizikal memiliki berbagai macam penyakit maka jiwapun demikian pula.

“ Demi masa, Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat-menasihati supaya menjalankan kesabaran’’
(Surah Al-Ashr ayat 1-3)

Mereka yang merugi adalah mereka yang memiliki jiwa yang kosong, selalu ditimpa keresahan dan kebimbingan.Mencari kebahagian hidup dengan menuruti kehendak hawa nafsu belaka, mengikuti arus zaman yang semakin lari dari kebenaran. Kebenaran yang diagungkan bukanlah kebenaran yang menurut konsep Allah SWT. Namun kebenaran menurut pemikiran mereka sahaja, yang direka sesuai dengan kehendak nafsu dan selera mereka sendiri.

Kerana tidak memiliki kefahaman tentang agama serta tidak menjalankan ajaran islam, menyebabkan orang tidak dapat menolong mententeramkan hatinya sendiri. Sebab ilmu pengetahuan lebih banyak hanya mengisi fikiran tetapi tidak menolong tentang ketenangan perasaan dan jiwa.

Penyakit-penyakit kejiwaan hanya akan menimbulkan KERESAHAN, KEBIMBANGAN, KESUNYIAN, KEKOSONGAN HATI, RENDAH DIRI, PUTUS ASA dan sebagainya. Ini terjadi umumnya pada mereka yang telah banyak melakukan bebbagai kesalahan dan dosa besar. Sehingga dengan sendirinya, hari demi hari keresahan itu bersarang didalam jiwa.

PENYAKIT JIWA itu antara lain:-

1. Merupakan sifat buruk dan merosakan dalam batin manusia yang menggangu kebahagian.

2. Merupakan sikap mental yang buruk, merosak dan menghalangi peribadi daripada memperolehi keredhaan Allah SWT.

3. Merupakan sifat dan sikap didalam jiwa yang tidak diredhai oleh Allah SWT, sifat dan sikap mental yang mendorong peribadi melakukan perbuatan buruk dan dilarang oleh agama.

Banyak lagi sebab-sebab seseorang dapat dihinggapi penyakit jiwa ini. Seperti dengki, hasad, nifak, cemas, pengecut, pemalas, dukacita, lemah, bakhil, sombong, zalim, dan lain-lain lagi. Semuanya itu merupakan gegala-gegala PENYAKIT JIWA yang boleh terjadi pada setiap manusia.

Didalam Al-Quran banyak diterangkan tentang gejala-gegala penyakit jiwa ini. Salah satu diantara penyakit jiwa itu ialah lemah dalam menganalisa kebenaran. Hati mereka tertutup oleh kabus dosa, sehingga tidak dapat melihat kebenaran yang ditunjukan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT:-

“ Dan adapun orang-orang didalam hati mereka ada penyakit, maka dengan perintah Allah SWT, bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya yang telah ada, dan mereka mati dalam keadaan kafir.”..(At-Taubah:- ayat 125)

Kemudian Allah SWT jelaskan lagi, dalam firman-Nya, bermaksud:

“ Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta ialah hati yang didalam dada”. (Al-Haj:- ayat 46)

Gelisah dan keluh kesah juga merupakan di antara penyakit jiwa. Orang yang selalu mengalami kegelisahan meraka akan lalai dengan perintah-perintah Allah SWT. Mereka tidak menemukan sesuatu yang dicari, jiwa mereka tidak sihat, senantiasa merasakan kehilangan sesuatu, kerana jiwa mereka kosong dari kebenaran. Firman Allah SWT maksudnya:-

“ Sesungguhnya manusia, diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solat.“ (Al-Ma’rij:- ayat: 19-23)

Orang yang telah dihinggapi penyakit kejiwaan ini, tidak senang melihat orang lain senang. Mereka berburuk sangka, suka curiga dan menfitnah orang lain. Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:

“ Dan ingatlah ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata “ Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.”
( Al-Ahzab:- ayat 12)

Segala macam penyakit kejiwaan itu seperti hasad, cemas, pengecut, dukacita, malas, lemah, bakhil, sombong, angkuh, zalim dan sebagainya itu hanya membuat seseorang menjadi tidak sihat. PENYAKIT JIWA itu dating dari diri sendiri, dan jika dibiarkan akan merosak diri kita sendiri.

Pada asaanya, manusia adalah makhluk yang lemah, selau melakukan kesalahan-kesalahan. Manusia selau ditipu oleh hawa nafsunya sendiri dan syaitan-syaitan, yang menjadi manusia hina di sisi Tuhannya. Ingatlah pesan Allah SWT maksudnya:-

“ Dan syaitan mengganggumu dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia-lah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”(Fussilaat:- ayat 36)

Bismilahirohmanirohim
SEGALA puji bagi Allah SWT, yang telah memberikan kekuatan kepada kita semua. Selawat dan salam dilimpahkan kepada Rasul kita Mihammad SAW.

Saya bermohon kepada Ilahi, semoga penjelasan ini dapat memberi penawar dalam setiap jiwa dan penerang kearah jalan keimanan.

(Ali bin Abi Tahalib) berpesan:

“Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati kita merasa letih ia akan menjadi buta”

Hanya kepada Allah SWT kita menyerah diri, agar memperolehi taufik dan hidayah-Nya. Insya Allah.

Wassalam

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda