Friday, March 06, 2009

THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY !!

IS IT GOLD !!!!
NO IS IT DIAMOND !!!!!!
NO IS IT MONEY !!!
NO IS IT OIL !!!!!!
NO IS IT NOT WOMEN
NO IS IT NOT DRUG
NO CAN YOU GUESS ?????
THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20 TH CENTURY

BUT STILL PEOPLE GET BIND ??????
Please forward this to everyone who don't know about this fact
Most of us don't even know the actual situation.
For the all Muslim, who are sleeping , please see and just imagine if this happen to you , kids and your family , what is you reaction

Bantulah kami ......dengan apa yang ada kami bangunkan







Sebarang pertanyaan mengenai PMKT

Keterangan lanjut sila lawat di http:\\www.pmkt.com.my



Muhasabah diri

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada

Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
* Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
* Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
* Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
* Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
* Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
* Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
* Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
* Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
* Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
* Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
* Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.

Thursday, March 05, 2009

terowong baru mengancam masjid masjid al Aqsa

“Yayasan al-Aqsa” dedah terowong baru mengancam masjid ‘Ain Salwan dan bangunan berhampiran.

Jumaat, 06/02/2009 - ‘Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa’ dalam satu kenyataan pada pagi Khamis 2/5/2009 mendedahkan bahawa pihak berkuasa muzium Zionis membiayai dan merestui sebuah persatuan penempatan Zionis (Il’ad) menggali terowong baru yang terletak di sebelah kiri masjid ‘Ain Salwan, Kampung Salwan di al-Quds, yang terletak di sebelah selatan Masjid al-Aqsa.

Penggalian terowong ini bertujuan untuk menyambungnya dengan rangkaian terowong-terowong yang telah digali di Kampung Salwan sepanjang ratusan meter sehingga sampai ke bahagian bawah Masjid al-Aqsa pada bahagian Barat Laut. Penggalian terowong yang dijalankan akhir-akhir ini juga mengancam keselamatan masjid tersebut dan juga rumah-rumah berhampiran.

Yayasan itu juga berkata dalam kenyatannya, “proses penggalian rangkaian terowong yang panjang terus dilakukan yang sesetengahnya bermula dari kawasan Ain Salwan, menghala ke arah Masjid al-Aqsa.” Beberapa hari lalu, yayasan ini telah menjalankan beberapa siri rondaan bagi kawasan masjid Ain Salwan. Dalam rondaan tersebut, didapati apa yang dinamakan sebagai “Pihak Berkuasa Muzium Zionis” melakukan penggalian terowong baru.

Rancangan itu dilaksana dan dibiayai oleh satu badan penempatan Zionis yang bernama Il’ad. Satu bahagian daripada terowong itu berjaya ditemui yang digali dari bahagian kiri masjid Ain Salwan dan bersetentang dengan jalan. Sehingga kini, 6-8 meter telah digali. Terowong itu lebarnya lebih kurang 5 meter dan tingginya mencapai ketinggian 4 meter. Pada tempat penggalian baru itu juga ditemui beberapa tangga, dinding besar, bekas-bekas tembikar, tulang dan matawang lama.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Saturday, February 21, 2009

Pertubuhan PMKT ,Memerlukan sumbangan yang berbentuk kewangan & barangan , sedekah jariah, zakat perniagaan , fidiah puasa dan sebagainya untuk membina seperti berikut :-

  • Lima (5) buah wakaf bertingkat, alatradision selaras budaya Melayu & Islam di mana mampu menempat pelajar sekitar 40 – 45 orang dalam sesuatu masa.
  • 100 (buah) pondok kecil, bagi tempat penginapan pelajar & kelas pengajian secara TALAKI kumpulan kecil seramai 5 org
  • Sebuah mussala (surau) bagi pelajar dan kemudahan awam seperti tandas, gelanggang permainan, dewan makan ,pagar, rumah tenaga pengajar , perpustakaan dan lain-lain lagi.
  • Kemudahan komputer sever system untuk pembelajaran e-jawi, e -al Quran dan e-hadis dan e-kitab sebagai rujukan dengan bantuan/kawal selia tenaga pelajar. Moga bakal pelajar & ustaz akan celik IT & e-daie

Sila panjangkan maklumat ini kepada rakan muslim dan semoga usaha ini dirahmati Allah s.w.t.Dengan izin Allah s.w.t , siila saksi vidoe dibawah atas kesungguhan kami berserta dengan sumber kewangan yang ada kami bangunkan pondok tersebut dan segala puji bagi Allah , Tuhan Semesta Alam.

Tuan - tuan yang budiman , boleh melawat ke tapak projek bila - bla masa (24 jam) bagi membuktikan kebenaran projek ini dan jika memerlukan penerangan atau dokumen lanjut/ surat kebenaran .

Sila hubungi Ustaz Zul di talian 013-2619765 atau Tuan Hj Abd Mutalib di talian 017-29211321 atau sila email kepada zulpmkt@streamyx.com atau zulpmkt@yahoo.com

Kelas pengajian sudah bermula bagi pelajar sepenuh masa , separuh masa (Jumaat-Ahad) & Dewasa Lelaki & Wanita akan bermula pada Awal Januari 2008, sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Zul di talian 013-2619765 atau Tuan Hj Abd Mutalib di talian 017-29211321,

SEBARANG SUMBANGAN KEWANGAN SILA SALURKAN DI :-

No Akaun : 2-54068-0000014-5
Nama : PMKT
Bank : RHB BANK BERHAD

Friday, February 20, 2009

Bantulah kami ...moga Allah akan membantu kamu dengan sedekah jariah ini

  • Pertubuhan PMKT , mempunyai msi dan visi menguasai ilmu-ilmu Kitab Turath sama ada daiam bahasa Arab, Jawi atau Rumi serta mengembangkan dan memartabatkan pengamalan-pengamalan syariat Islam berdasarkan mazhab Al-Syafie.

    Memerlukan sumbangan yang berbentuk kewangan & barangan , sedekah jariah fidiah puasa dan sebagainya yang dibenarkan oleh hukum syarak Islam.

    Segala yang diterima ini membolehkan PMKT membina seperti berikut :-

  • Lima (5) buah wakaf bertingkat, alatradision selaras budaya Melayu & Islam di mana mampu menempat pelajar sekitar 40 – 45 orang dalam sesuatu masa.
  • 100 (buah) pondok kecil, bagi tempat penginapan pelajar serta kelas pengajian secara kumpulan kecil seramai 5 org
  • Sebuah mussala (surau) bagi pelajar & penduduk sekitar
  • Sila panjangkan email ini kepada rakan muslim dan semoga usaha ini dirahmati Allah s.w.t.

    Tuan - tuan yang budiman , boleh melawat ke tapak projek bila - bla masa (24 jam) bagi membuktikan kebenaran projek ini dan jika memerlukan penerangan atau dokumen lanjut/ surat kebenaran sila hubungi Cikgu Zul di talian 013-2619765 atau Tuan Hj Abd Mutalib di talian 017-29211321 atau sila email kepada zulpmkt@streamyx.com

    Kelas pengajian akan bermula bagi pelajar & Dewasa Lelaki & Wanita akan bermula pada Awal Januari 2008, sebarang pertanyaan sila hubungi talian diatas

    Semoga dengan dengan niat yang ikhlas dan murni dalam melaksanakan bantuan / sedekah jariah / zakat / fidiah ini memungkinkan kita meraih ganjaran Ilahi buat bekalan di hari akhirat kemudian."

    Sekian
    otam

Saturday, February 07, 2009

Erdogan


Sungguh menarik kisah Erdogan mengutuk kezaliman Israel dihadapan seluruh pemimpin Dunia dalam satu Forum di Davos. Paling menarik pada ketika itu Presiden Israel, Simon Peres berada disebelahnya dan beliau bercakap sambil menudingkan jarinya kepada Presiden bangsa penzalim itu.

Inilah yang kita mahu Perdana Menteri Malaysia lakukan sebagai anak jantan agar bekas Pengerusi OIC di Malaysia ini terus mendapat perhatian dan sokongan dunia Islam. Malangnya apa yang berlaku, PM Malaysia hanya mampu mengeluarkan kenyataan sahaja tanpa apa-apa tindakan yang jelas bagi menekan Israel.


Aksi Erdogan itu tidak berhenti disitu kerana Erdogan seterusnya melangkah dengan penuh bangga dan terus berlalu dihadapan Simon dan pemimpin dunia lain walaupun Forum itu belum tamat sebagai tanda protesnya terhadap kezaliman Israel itu.

Erdogan tampak lebih disanjungi rakyatnya apabila kepulangannya dari Davos disambut oleh 5000 orang rakyatnya dilapangan terbang dengan sorakkan dan tepukkan gemuruh.


Artikel Oleh hermansamsudeen

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda